Selasa, 6 Disember 2011

Makan di KL : Restoran Sambal Hijau

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Dah makan? Hari nie, kita bercerita tentang restoran nasi campur. Namanya Restoran Sambal Hijau. Restoran nie terletak bersebelahan dengan Masjid di Sg Penchala. Takkan terlepas punya. Walaupun opis kami di Bkt Jalil, tapi kami ada sorang opismate yang suka sangat makan disini. And bila tiba time dia 'mengidam', dia akan ajak kami ke sana. Biasanya dialah drive sbb dia drive mcm F1 sket. Oh..utk pengetahuan, member yang selalu mengidam nie ialah seorang lelaki...hehehhehehe.

Restoran nie menghidangkan masakan nasi campur untuk hidangan tengahari. Style masakannya ialah masakan minang. Jadi, memang banyak lauk pauk yang berunsurkan santan pekat dan cili padi kat sini. Kawan kita yang selalu mengidam tu, dia suka makan lauk 'tunjang'. Tunjang nie adalah urat besar di bahagian belakang lembu. Bila di rebus dengan lembut, dimasak pula gulai, memang rasanya jadi macam jeli, tapi pedas.

Tapi pada hari Jumaat minggu lepas, waktu rehat kan panjang. Jadi kami yang geng wanita di opis nie, bercadang untuk merempit ke situ untuk menjamu selera. Maklumlah, setiap minggu sepanjang tahun, asyik muka kami jer yang menunggu opis waktu lunch. Sekali sekala, kami nak juga keluar macam orang lain. Boleh eratkan silaturrahim dan dapat menyegarkan perut minda sikit.


Yang di atas ni adalah hidangan kita masa tu. Kita ambil nasi separuh (macam penuh pinggan kan..memang banyak nasinya), kerabu pucuk paku (sangat marvelous dan fresh), ubi kayu sagat koreng cili kering dengan ikan bilis dan kacang tanah serta ikan terubuk bakar. Tapi ikan terubuk tu keras dan kering pula. Jadi x sedap dah. Tak habis pun ikan tu kita makan.



Kawan kita Juju makanikan pari bakar. Nampak sedap, dan dia pun kata sedap. Oh yer...sayur-sayur di kedai nie, memang banyak dan sedap2 belaka.


Ha, jangan tak tau. Orang kedai nie, kata benda berlayer2 dalam bekas kat atas nie ialah bubur som-som, tapi kita rasa yangs ebenarnya ia adalah lompat tikam. Tak kisahlah apa pun, yang penting sangat sedap. Layer hijau adalah tepung pandan, putih ialah santan dan hitam adalah gula melaka. Siapa yang x makan manis, janganlah korek sampai ke bawah. Everytime datang sini, mesti ada yang borong 5-6 cawan bawa balik rumah. Kanak2 riang di rumah sure suka makan nie.
Meja kami duduk tu di tepi, so tak adalah panas sangat. Eh, kenal tak model wanita kat atas tu? Alaahh...jiran sepagar kita. Tak kenal? Meh kenal2 dengan dia kat SINI. Anyway, lagipun waktu tu orang tgh sembahnyang kat masjid sebelah, so x crowded sangat. Kalau pergi hari biasa, mak oi...orang lain belum habis makan, kita dah tunggu sebelah table soh org tu makan cecepat. Siap boleh berebut2 table kosong lagi....
Ini suasana terbaru. Dulu restoran nie guna kerusi kayu. Kriok sana sini sebab berat. Tapi dia dah tukar kerusi plastik yang cantik nie. So, damai sedikit pendengaran kat sini dan kawasan pun nampak lebih lapang.
Ini adalah area ikan bakar mereka. Ada macam2 jenis ikan. Nest time pergi, kita nak try ikan siakap bakar pula. Nampak macam menarikk jer arie tuh.


Antara view kaunter lauk pauk mereka. Bersusun2 lauknya. Bertingkat2...


Ha...tengoklah...banyak kan. Penuh dengan kepedasan di mana-mana.


Inilah restorannya. Signboard pun baru tu tau. Dah loaded dah tokey dia sekarang. Maklumlah, makanan sedap, variasi banyak dan servis pun pantas.




So, macam mana? Ada yang dah pernah makan kat sini? Oh yer, harganya, boleh tahan juga. Tak murah lah... tapi x derlah mahal sangat. Maklumlah, lauk pauknya pun kira golongan eksotik juga kan...
Lagi satu, buat mereka2 yang tak makan pedas, jangan risau. Ikan goreng, ayam goreng, sup daging, sup ayam, sup sayur dan macam2 lagi pun ada.

So, selamat menjelajah uolss...



10 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

gerenti lepas makan sekali PASTI nak datang lagi...for those yang gemarkan makanan berunsur MINANG dan PEDAS la...

Pada yang suka PEDAS tu jangan susah hati ikuti fakta-fakta yang benar dan sahih apabila memakan CILI dengan layari laman saya di:-

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2011/12/berapa-tebal-lidah-anda.html

Mira Adzlia berkata...

menyelerakan..yummy..hehe ^_^

Cik Bambam berkata...

perghhh laukkk!! gogar iman den! hahahahah

NzA berkata...

yum...yum...sedapnya nmpk semua lauk2 tu....lapar la pulak.....hu.hu.hu....

Papa Mifz berkata...

wow byk betul lauk2 kat restoran tuh...customer pun tgk meriah jer...

* kak tq bagi tips pasal PD hari tuh..atas idea akak...insyallah papa mifz pilih Laguna Condo Resort..:)

Suhami Ahmad berkata...

wah, nak torai tapi jauh la pulak...nnt atok sosek sanun, atok nak singgah la...hihi

Aziela berkata...

Rahmah : Kita geng pedas...owyeah..

Aziela berkata...

Mira, CB, NzA, Suhami : memang bestttt.... sampai selalu repeat...

Aziela berkata...

Papa Mifz : Ye ke? Enjoy the trip yer. Jgn lupa booking siap2 bilik yang elok sbb kadang2 dpt unit yg owner dia x berapa jaga, so keadaan apartment x berapa memuaskan.

KaKi Jalan berkata...

le g try nie..
huhuhu

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink