Khamis, 22 Disember 2011

Hospital Ayer Keroh : Kafeteria

Assalamualaikum.....

Everytime kami disini, inilah satu2nya kedai untuk kami beli makanan. Maklumlah, makanan utk yang sakit jer, yang x sakit, kenalah rayau2 kan...

Kami sekeluarga dah tersangat biasa dengan kafe nie. Sejak Adam berumur 2 tahun, hospital nie dah jadi sebahagian daripada rutin kehidupan. Masalah tonsil Adam sejak kecil memang serius. Ada a few postings dalam blog nie. Kalau nak baca, boleh search dalam kotak sebelah kanan nie yer.

Dan setiap kali ada yang masuk hospital, kami anak beranak akan berumahtangga di wad hospital. Tidur dan makan dan mandi dan main dan menonton dan sebagainya. Biasanya akan request bilik single supaya tidak mengganggu pesakit lain.

Dah beberapa hospital kita pergi. Swasta dan kerajaan, namun kafe di sinilah yang paling menggamit selera. Percaya tak, ada masa2nya, kami akan sengaja ke sini semata2 untuk makan disini.

Ini adalah kaunter cashier. Ada macam2 makanan dijual disini. Ada western dan ada local food. Local food termasuklah nasi campur, yong tau fu, kantonese noodle, soup noodle, bubur dan pengat, kuih muih, roti bakar dan sebagainya. Western pula, ada spaghetti bolognese yang sedap, smoked chicken, long John sausage set, fish and chips, dan lain2 lagi.




Kalau x nak heavy food, bolehlah sekadar nak berehat di situ sambil sembang2 dengan cappuchino dan sandwich atau apa2 saja bun dan kek. Sandwich dia memang tidak mengecewakan. Senang cerita, bukan taraf yang dijual di stesyen minyak.



Tengoklah, ini antara menu yang ada di sini. Lagi satu, kafe nie buka dari awal pagi hingga 9 malam. Memang memudahkan pengunjung dan pesakit dan penjaga org sakit.

Hmm..kenapa hospital lain x buat macam nie kan...



2 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

menarik..marbel dinding pun nampak ceria aje...yang paling penting ianya bersuasana bersih :)

che mid berkata...

Salam, Che Mid rasa hospital ni hospital kerajaan kan.. baguslah servis macam tu..yang tak sakit pun nak sakit jadi boleh selalu ke situ...he he

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink