Khamis, 1 Disember 2011

Sarapan Secara Santai di Hujung Minggu

Assalamualaikum.....

Ini sebenarnya kisah 2 minggu lepas. Sarapan pada hari Ahad. Sabtu dah banyak program hingga ke malam. Ahad tu, hubby mcm biasa nak tengok pokok2 dia bila bangun pagi. Kita pula nak masak, bahan mentah x cukup kat dapur. So, terus paksa Adam ikut pergi beli breakfast. Beli di Rembia jer.

Hubby yang kata semalamnya tu, kalau duduk lepak2 makan2 di luar rumah, best agaknya. Oklah... kita pun bawaklah segala pinggan mangkuk duduk di luar. Masalahnya, baru pukul 8 lebih dah terik matahari memancar. Adoi...panas, silau..semua ada. Tak selesa pulak jadinya. Tapi yang penting, makan bersama sekeluarga.

Kami makan simple2 jer...












Kita cakap dgn hubby, next time kalau nak lepak2 kat luar, kena malamlah. Sejuk sikit. Boleh rehat2 minda, tak terkejar sana sini.

Sebenarnya masa mula2 pindah sini dulu, kami memang selalu makan kat luar macam nie. Tapi masa tu fasa ke-2, developer belum start buat. So, depan rumah kami nyaman jer suasana kampung. Kadang2 siap site supervisor la, security la, 1-2 org buruh Indon tu pun ikut sekali minum. Borak2..lepak2. Hubby dengan kita mmg x kisah berkawan dgn sesiapa pun. Diorang pun rasa selesa lepak dengan kami. Kalau air panas ke..air sejuk ke...diorang ok jer.

Tapi dah mula ramai org nie, rasa agak lebih personal sikit jadinya. Yg org2 developer semua dah kena buat projek kat tempat lain...so jarang dpt jumpa borak2 dah...

So, how about u all? Selalu x makan2 lepak kat luar rumah mcm nie...?


4 thoughts..:

Suhami Ahmad berkata...

dulu atok selalu makan luar camtu...tp skrg ni banyak sangat kekangan maso...nak makan pun kono amik maso 5 ke 10 minit yo

Gen2Merah berkata...

kalau macam saya yang bujang ni, konfom lah makan kat luar jadi pilihan hati... ehehe.. mals nak masaik2.. ehe

Salam

Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

NzA berkata...

seronok juga breakfast kt luar rumah dgn family nie.....tambah brselera........

Papa Mifz berkata...

insyallah masuk rumah baru nanti baru berpeluang nak lepak2 kat luar rumah macam tu...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink