Khamis, 6 Jun 2013

Carbonara Sempoi Angel Hair Spaghetti

Assalamualaikum.....


Ok...seperti yang dijanjikan semalam, kita kenalah huraikan tentang gambar WW tu kan.

Sebenarnya kejadian nie lebih kurang 2 minggu lepas. Weekend tebang pokok tu lah....

Sabtu tu kan adik2 dah start datang rumah kita. So, tak sure diorang nak sampai pukul berapa. So, sebelum masak untuk lunch, kita prepare jer lah spaghetti nie. Manalah tahu kalau tiba2 diorang muncul jer kang, apa pulak yang nak kita hidangkan. Kalau setakat dalam rumah tu, tinggal kita berdua jer dengan Adam sebab hubby kan ada training di Colmar.

Kobek2 lemari turun temurun kat tepi dapur tu, jumpalah angel hair nie sekotak. Kita memang suka masak angel hair spaghetti nie sebab bila makan tu tak cepat muak (maka boleh makan dengan banyak), dan masa untuk memasak pun lebih pendek berbanding spaghetti biasa.

Anak2 Abang Ngah tak makan pedas. Adam pula suka yang creamy2 sikit. Nampak pula ada satuuuu jer tin Prego sos carbonara. Jadilah....buat rencah jer kan. Nak masukkan ayam dan sayur over extreme kang, budak2 nie bukannya layan. So belasah sosej jer lah...boleh menarik minat mereka sikit.

Rebus spaghetti. Sementara tu, racik dadu bawang putih, bawang besar dan cili besar hijau sebatang. Lepas tu kita racik sebatang carrot macam batang mancis, tapi lebih halus lagi. Nak ala2 sembunyikan daripada mata kasar kanak2. Janji, ada sayur.

Tumis bahan dadu, dah wangi baru masukkan carrot. Lepas tu, curah jer lah sos prego tu. Nak banyakkan kuah, masukkan sus segar dan bancuhan sedikit tepung jagung untuk pekatkannya. Bila dah mendidih, bolehlah masukkan sosej yang main hentam potong tu kan. Kalau ikutkan kita, nak potong dadu, tapi kang budak2 tak nampak rupa sosej pula. Tak menarik minat pula. Tu yang potong dadu jer tu.

Kebetulan, tengah2 masak2 didih tu semua, adik kita pun sampai. Syukur.

Bila nak tutup api, taburkan dengan serbuk oregano dan juga serbuk cheese parmesan. Bila nak makan, masukkan spaghetti dalam pinggan dan curahkan dengan kuahnya. Maknanya hidangkan spaghetti dan kuahnya berasingan lah.

Dan Alhamdulillah, lajuu pulak diorang makan. Yang kecik umur 2 tahun tu bukan main susah nak makan selalunya, tapi dengan spaghetti nie, kejap2 dia mintak lagi..kejap2 datang balik meja makan, mintak lagi. Terperanjat mak ayahnya tengok dia makan banyak.

Adam?

Tak yah tanya. Senyappppp jer cedok ke pinggan dia, terus khusyuk. Bertambah2.

Dan, org2 dewasa nie pun laju jer makannya. Termasuklah kita...hahahahaha

Bila mak ayah dan Yana sampai, terus licin lincau jadinya. Alhamdulillah....

Ada sedikit hint rasa cili, ada rasa bawang2 yang ditumis dan kuahnya tak sepekat carbonara biasa. Rasa macam makan spaghetti berkuah pun ada. So, sesuai lah dengan lidah melayu sikit.

Satu peket angel hair spaghetti tu boleh dapat satu mangkuk besaaaarrrrr spaghetti tau. Banyak juga lah.

So, mudah kan? Agak2 malas nak masak, atau nak cepat ada tetamu dah nak sampai, bolehlah cuba cara nie. Tapi, kalau nak proper, sosej tu dadulah kan. Campur dengan button mushroom dan ketulan isi ayam. Masukkan capsicum dadu sikit. Wallah..special nanti jadinya...

Ish...rasa macam nak repeat pula. Masakkan untuk hubby pula dengan in-laws this time. Weekend nie lah repeat. Insya Allah.


Ada yang tak makan western menu macam nie yer..?


.

9 thoughts..:

~Liya Sufiah~ berkata...

Memang menarik, Liya sblm kawin tak layan pasta ni, tp sejak kawin hubby and family dia mmg giler sgt dengan pasta ni... nak tak nak kena la belajar masak pasta ni.

Rai Ourkizuna berkata...

boleh tahan ni kak.. anak2 saya mmg suka makan jenis2 mi. spegeti kira mi jugak la kan..hehehe..

:: Mrs.Eady :: berkata...

sedap nyer!!!

fyna berkata...

nyum..nyum.. sedapnya ^_^

Azian Elias berkata...

it was a good time together kan.. makan sama2.. tak seddap pun kengkadang jadi sedap.

we all pun sedang memakan pasta n spaghetti je right now.. n salad..

lizz berkata...

errmmm sedap...telio ngan spegeti ni...

NzA berkata...

ADUYAI LAPAR NI..TGK SPAGGETHI TU DH XTAHAN RASA......

Cikda berkata...

hihii.. feberet si ayis ni..asal ada hotdog, semua dia bedal? bila hubby ziela ke colmar? cikda baru balik bercuti di sana.. :)

elly nadyra berkata...

anak2 aku request spaghetti utk next week, hahahhaa nampaknya kenalah den masak spaghetti next week, kelas, this week dah request ok!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink