Selasa, 25 Jun 2013

Dinner : Tauge Tauhu Masak Lemak dan Sambal Telur Rebus

Assalamualaikum.....

Musim2 jerebu nie, tekak sakit, mata berair. Selera pun ke laut jer kan. Kenalah banyak minum air. Kalau boleh, cubalah pakai mask. Kita hari tu kononnya rasa boleh tahan. Konon tak berada lama di luar. Tapi bila start mata berair, hidung pedih, sikit2 nak acchuummm jer, terus rasa insaf. Now, sentiasa spare face mask dalam kereta.

Oh yer, time2 tak lalu nak makan, bila ada 2 menu simple macam di bawah nie...laju la pula menyuap nasi.




Masak lemak putih tauge dan tauhu. Kita masukkan juga lobak merah yang di racik. Untuk natural flavour rasa manis. Adam dan hubby tak suka tauge dan masak lemak putih nie, tapi dah omak eh nak makan...kita masak jer lah. Lagipun, masak kat rumah mak kita di PD. Hubby tak ada masa tu. Resipi mudah. Didihkan jer santan dengan hirisan bawang putih dan bawang merah serta beberapa ekor ikan bilis yang di belah2. Masukkan tauge, tauhu dan carrot. Perasakan garam...taraaaa dah siap! Senang kan?


Memang dah berhari2 terbayang sambal telur rebus. Bukan sambal tumis biasa, tapi kita guna cili padi. Nampak jer cenggitu, tak pedas pun. Banyak bawang jer. Ayah dan mak tak makan pedas sangat. Tapi yang penting, telur rebus tu, mestilah di goreng dulu..bagi kulit telur tu menggerutu sikit. Baru kaww. Oh, menu ini sangat tidak menyihatkan. Apologise for all the health conscious readers. Once in a while should be fine, right?

So, tengah hari nie nak makan apa yer. Bila terkenang menu kat kafe opis nie, mula lah rasa macam tak bersyukur jer dengan rezeki Allah. Makan jer lah kan.... banyak komplin pula.



.


9 thoughts..:

Rozita berkata...

sedapnya kak... dua2 tu lauk paberet kami... sedapnya... tapi yang telur tu goreng sampai tak rupa telur dah..pastu tumis merah.. pehhh...

RamRamCute berkata...

owh! sedapnya lauk simple macam ni...sumtime lauk macam nilah pembuka selera dan bertambah2 selera makan awak.

tetiba terliur saya tengok sambal telur awak ni....cili padi memang terbaik!!

nea lopah berkata...

sedap nya sambal telur. makan waktu sahur pun heaven ni. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kenapa saya sangat kecur ni????

Daddy Ziyyad berkata...

sodapnyo lah aii taugeh masak lomak tu....hahahahahah

NzA berkata...

sskali pekena mknan mcm tu best jugak...
Take care ye aziela, jerebu masih melanda negara kita....

aby berkata...

Agak2 pening tak tau nk makan apa, puasa jer. Dapat pahala sunat syaban d smping blh praktis utk ramadan. Tk gitu

hainom OKje berkata...

Suka gak masak lemak putih tu.... Lawan ngan sambal mmg le tersangat kenaya...kalau tambah goreng ikan ke,ikan masin ke.... Mesti bestkan...

Azham Vsvc berkata...

Saya pun tak suka kalau mak saya masak "masak lemak" sebab orang Utara mcm saya ni suka kari je hahaha!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink