Rabu, 30 Disember 2015

Lunch Mengancam di Btg Benar

Assalamualaikum.....

Sejak hubby kerja di Nilai ni, dia dah pandai explore makanan pedas. Batang Benar ni dekat jer dengan Nilai. So, selalulah hubby makan disini dngan kawan2nya.

Batang Benar ni memang terkenal di kalangan orang sekitarnya dengan masakan Nogori yang pekat dan pedas mengancam tu. Ramai juga blogger yang dah share, tapi saya nak share juga pengalaman saya.

Antara yang 'win' ialah ikan jenahak masak lemak cili padi campur dengan peria. Ambil pula kepala jenahak...mak aiii...berpeluh2 menyedutnya. Kuahnya memang cukup pekat, cukup lemak dan cukup pedas. Kalau ada yang tak makan pedas, tolong jangan siksa diri yer. Tapi kami sekeluarga memang cukup suka. Tapau bawa balik untuk mak dan Mommy juga.


Ini pula, pucuk  paku goreng. Bolehla...rasa macam sayur goreng biasa tu. Jauh tertinggal dibandingkan dengan kerabu pucuk paku Aunty Aini tu...

Ini....pecal. Yang ini, saya suka sangat. Saya sorang jer yang meratah. Hubby dan Adam cuit sikit2 jer.

Tengoklah anak beranak ni...posing dengan lauk pauk. Tunggu nasi dengan air jer ni..
Kat situ, ada ayam opp anggang juga. Ada juga daging kambing panggang. Hubby suka yang panggang2 ni. Saya pula lebih berkenan dengan kuah2 kuning tu.

Sedap memang sedap...tapi tak boleh selalu. Tak baik untuk paras kolesterol. Bahaya untuk kesihatan usus.

Tapi sedap, okeh...!






.

8 thoughts..:

aizamia3 berkata...

Melting tengok kuah tu kak.. Jenahak tu biasa kami buat masak kari je kak, sebab dah dibiasakan macam tu. tak pernah try makan dekat kedai lagi kalau melibatkan jenahak.

lieyalatif berkata...

ya Allah kak.... scroll satu2 gambar mmg buat lieya teliur...ni mmg lauk2 lieya sgt nieh...lauk2 kampung org kate....kak, same laa kalo pecal, mmglieya sorang jek suke mkn, yg lain usik pun cuit2 jek heheheeheheh....

selamat tahun baru 2016 kak...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ehhhh.. macam sama plak kita, suka kuah yang kuning2.. hubby suka yg panggang2. tahu tak betapa kecurnya akak baca.. sampai tertelan2 ailio.. hahaha

ujie othman berkata...

ehh..dkt sgt dgn rmh saya tu..Pajam.
Ni kedai dkt spg trafik light ya? Saya suka amik set keli bakar. Pastu minum air tebu. Sedap! Kedai hujung sekali. Yg sblh dia tu mahal.

Pak Idrus berkata...

Nice.Got to go there one of these days. Thanks for sharing.

Zoul Dahan berkata...

selamat menyambut tahun baru 2016 untuk Aziela sekeluarga.
semoga 2016 lebih baik daripada 2015.

entri pasal makan memang mengujakan.
boleh buat azam untuk 2016.
nak explore tempat2 makan yg sedap2 di negeri sendiri.
dan kemudian buat review.
tak pun masak resepi baru.
inshaAllah.

NzA berkata...

terliur sudah...meleleh2 air liur tgk...adeh..
Selamat thn baru azie

elly nadyra berkata...

yang jual kuah2 kuning tu dah tukar org baru
org lama yang niaga situ dah pindah tempat lain
sejak tukar org baru, saya belom pernah pi lagi
nanti nak cuba la pi makan situ

tokey lama tu ada bukak kedai baru di bangi
dan akan bukak juga berdekatan ngan area2 btg benar
katanya tgh proses renovasi

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink