Hari nie...bangun jer dari tidur, aku dah rasa mcm mendunggg jer cuaca dalam jiwa aku. Naik jer kereta, on radio....baru aku tau Din Beramboi telahpun pergi mengadap Ilahi. Aku sedekahkan juga sepotong dua apa-apa yang patut dengan juraian air mata. Padahal bukannya aku kenal dia personally pun. Cuma sebab selalu jer dengar lawak dia and watching him dalam tv...aku rasa sedih.

Masuk jer opis, on PC, buka e-mail...Innalillah..... Seorang staff company punya abang meninggal dunia awal pagi tadi. Maka aku pun menjalankan tugas aku dengan mengwar-warkan pada company. Pun dengan cuaca yang mendung dalam jiwa. Kemudian, aku and the gang terus naik kereta dan pergi ke Damansara untuk melawat jenazah dan petugas tu sebagai wakil syarikat dan juga sebagai sahabat. Keadaan sunyi dan tenang semasa pengkebumian tu. Mendung sungguh.


Beberapa minit yang lepas, aku melawat blog Darlene. Berita sedih, mak chaq telah menyahut seruan untuknya. AllahuAkbar.... Aku telah membesar dengan mendengar cerita mak chaq dalam hidup aku, melihat gambar mak chaq dan seolah-olah mengenali beliau secara peribadi. Tapi tak pernah jumpa pun. Tapi aku rasa sangat sedih. Al-Fatihah untuk Mak Chaq.


Perit sungguh. Hari nie terima 3 berita sedih sekaligus.

Yang sebenarnya, aku masih belum habis kesedihan sejak arwah atuk meninggalkan aku and family. Secara realitinya...aku masih belum boleh terima hakikat arwah atuk dah x der....
Sebab itulah setiap minggu on the way balik melaka dari port dickson, aku wajib lalu depan kubur atuk dan menyapa dalam hati. "Atuk apa khabar?". Aku harap, ketiga-tiga waris keluarga di atas bersabar lah dan terimalah dengan redha. Janganlah jadi macam aku sebab perasaan nie sangat menyiksa.
Read More
Pada 10hb Feb, Rabu yang lepas, hubby telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah...tiada kecederaan serius. Masa tu pagi...on the way dia nak pergi kerja, bertempat di Paya Rumput, Alor Gajah. Kat situ, memang ada satu lubang untuk U-turn. Hiway A.Gajah nie, kalau nak u-turn, kena cross 2 lane jalan raya nie cepat2 dan pusing di lebihan jalan raya semi-circle yang disediakan. Masa tu hubby tengah mengejar masa. About 90km per hour. And this kelisa merah, terus cross jalan untuk u-turn. Inilah hasilnya. Pemandunya perempuan Melayu berumur 27tahun. Dia tak cedera apa-apa. Cuma trauma sikit la. Tapi ada member dia datang, amik dia terus chow. Dia tak jumpa pun hubby untuk bincang apa-apa yang patut. Kereta dia tinggal tepi jalan jer...tapi tow truck dah angkut sekali dengan kereta hubby.
Disebabkan lepas perlanggaran tu hubby nyer kaki sakit dan tak boleh bergerak, maka polis pun call ambulan untuk bawa hubby ke hospital. Aku di KL masa tu. Masa dia call, MIL dengan FIL aku dah sampai kat dia....and dia kata tak yah kelam kabut balik. Dia ok. Kebetulan pula, memang aku tengah kritikal menyiapkan payroll. So, aku decide utk habiskan secepat yang boleh and balik Melaka terus untuk cuti sampai next weeknya. Alhamdulillah....kaki hubby tak patah. Kaki dia sakit sebab kaki kiri yang dalam kedudukan menegak masa drive (kereta auto kan pakai kaki kanan jer ) telah terhantuk panel aircond/radio di dashboard. Panel tu pecah la...
Esoknya, aku bawak dia ke workshop untuk submit documents for insurance claim. Jumpalah budak pompuan tu. Dia apologize gak. Dia kata dia cabut sebab dia takut hubby marah dia. Dia kata dia ingatkan sempat untuk cross....tau2 tak sempat pulak. Kereta dia...ini lah jadinya.




Dia memang bernasib baik laaa sebab tak cedera apa-apa pun.
Tapi hubby punya kaki bertambah sakit. That nite ingat nak bawak urut, tapi makcik tu tak berani urut. Dia suruh bawak pegi hospital sebab lebam kaki hubby lain macam. Esoknya...bawak ke Pantai Hospital...and doctor admit ward. Ada soft tissue injuries dengan salur darah dah luka and bocor. Tapi tak serius sangat. So, kaki tu kena bandage dengan ada ubat apa ntah. Pas tuh dia kena makan banyak sangat jenis ubat. Now, tengah rest kat rumah until next month.
Jadi kawan2....berhati-hatilah di jalan raya.
Read More
Adam bersungguh-sungguh minta nak join Taekwando class kat skolah dia. Masalahnya...benda tu every Saturdays. So, aku tak kasi...sbb Friday nite kena balik Melaka kan. Tapi papa dia memang tak boleh laa keciwakan anak yang satu nie. Papa dia carikan juga. Teruslah we all registerkan karate-do nyer class kat Melaka....Saturdays gak. Tapi manageable la kan..... So..inilah dia... aksi2 dia dalam first class.
Ini....kasi warm up dulu. Adam kat depan sekali, baju hitam.

Kena buat exercise macam nie, tapi al-maklumlah...sejak bercerai dengan tonsil dia, dia tak der halangan lagi dalam pilihan makanan dan minuman. Maka hasilnya..dia sudah ada air bag di bahagian perut yang mengimpossiblekan dia untuk bergolek.

Utk gerakan yang seterusnya...dia terpaksa di bantu oleh senseinya....hahahahah.

Namun...dengan azam yang jitu, dia berjaya mengikat tali pinggang uniformnya dengan kemas tanpa airbag besar lagi di perut. Sekarang Adam sudah tak ada air-bag...yeyyy.
Read More
Adik iparku baru selesai peperiksaan besaaar....iaitu SPM end of 2009. Dan dia sangat minat menyanyi. Suara...? Hmmm....ok la...50-50. Sedap macam Tok Tie tu x der la....tapi sumbang pun langsung tidak. Entertaining juga laa.... Dan dia memang sangat excited nak join AF nie. Maka dia pun telah memujuk aku utk tolong hantar dia gie audition tu. We all bertolak dari Melaka kol 5 pagi that Saturday 9th Jan 2010. Singgah opis aku jap....refresh..make up sikit ...makan sikit.....pas tuh trus gi Stadium. Sampai stadium dalam kol 8 pagi. Org x ramai pun.... and kaunter pun x bukak lagi. Pukul 8.45 baru dia buka kaunter. Berbaris lah adik ipar ku. Suasananya? Takderla havoc sangat pun. Tapi ada laa yang over confident...melalak-lalak kat public tu...konon practice nyanyi. Ada yang pakai mcm nak masuk interview keje. Ada yang dah terlebih umur...tapi nak cuba nasib....pakai sendat2...make-up ala2 burung hantu zaman 80an tu. Ada pulak yang langsunggg x senonoh. Ha... tengok sendirilah yer.....




Inilah adik iparku.... pegang form dengan bersungguh.

Ini antara yang pelik-pelik. pelik sungguh la mamat nie....

Keputusannya? Adik ipar aku berjaya nyanyi kat stage 1 jer...sebab dia tak cukup umur lagi....wakakakakkaka. Syaratnya....mesti berumur 18 tahun ke atas pada 9 Jan....hahhaha. Besday dia bulan 6 uolss....

Read More
1st January 2010:

Yahuuuuuuu.....dah masuk new year...yey.... ( Eh...dah masuk bulan 3 dah puunnnn....)

Apa nak jadi pulak tahun nie yer. Tahun lepas penuh dengan warna-warni, tapi agak dull seket laa kaler tahun lepas. Banyak sungguh kejadian hospital yang berlaku. Harap-harap tahun nie lebih prosperous lah hendaknya....Amiinnnn.

Seperti yang telah aku janjikan pada Adam dan hubby, tahun lepas nyer cuti skolah...mmg takkan pegi holiday memana....bajet holiday dah gie kat umah...heheheheh. Ada projek sket dgn umah aku. So...takderlah pegi memana. Tapi memandangkan cuti New Year nie...ujung minggu yang terlebih hari sket...Friday morning tu dok discuss laa dgn laki aku. Planningnyer nak gi visit Tanjung Piai kat Johor. Sajer jer nak menikmati alam semulajadi. Ingat nak gie amik2 gambar kat tip yang paling hujung dalam benua Asia. Pas tuh nak trekking kat hutan paya bakau ( aku nengok gambar...menarik laa flora dan fauna dia ). Pas tuh boleh makan2 seafood kat sana....then baliklah rumah. Tapi laki aku pesan...bwk jer baju spare sikit...manalah tau kekalau nak tidur kat chalet dia ke...gie mancing ke apa ke.... Aku x der laa bwk apa2 sgt sbb mmg ada spare dah dlm keter. Pas tuh tanya parents in law aku...nak join x....Pak mentua aku tak moh...so mak mentua aku jer join. Bwk cousin Adam sekali. Hubby aku pesan soh bawak baju spare gak. Tp MIL aku tak moh overnite kat memana2...dia soh balik gak mlm tu....tp bwk baju spare utk nephew aku tu jer. Taula bebudak nie...kang makan ciklat ke....tumpah kuah kari ke..apa ke....comot plak.

Kitorang pun bertolaklah dari rumah kol 11 pagi tu. Tapi bila nak masuk hiway...laki aku bisik2 kat aku.... drpd gi johor...baik 'kidnap' mak dia bwk ke KB, Kelantan....heheheh. Sebab nyer...dah a few times mak dia kata dah lama x gie KB. Pas tuh plak....bila nak bawak...dia tak moh tinggalkan rumah berhari2. Sebabnya, FIL aku tak moh gie jalan jejauh. Disebabkan FIL aku pernah ada masalah jantung, MIL aku x sampai hati nak tinggalkan hubby kesayangan dia kat umah. So...takderlaaa vacation ke mana-mana. Ini...dah alang2 dapat kidnap dia...we all pun suka2 hati mendrivekan keter ke direction yang lain drpd Johor.
Bila masuk jer area Tampin...MIL dah question2....naper x ikut hiway....nak gi mana plak...? Barulah pecah tembelang....nak kidnap dia....heheheh. Kenalah kami laki bini di'skolahkan' dalam keter tu jap...hahahhaha.

So, perjalanan ke Kelantan....tak ikut hiway. Dr Melaka....A.Gajah..ikut Tampin....ikut Bahau....ikut Keratong.....ikut Muadzam Shah then terus masuk hiway Pantai Timur tu...ke Cherating. Bukan apa...sajer jer nak menikmati pemandangan. Lagipun kononnya takder apa nak rush. On the way tu, sempatlah call Renaissance KB...booking bilik. Bajet sampai kol 9.30 malam. Tapi lupa lah plak...daripada Cherating nak sampai ke KB tu amatlah jauhnya lagi. Arrive in Cherating lebih kurang pukul 6 ptg. Mmg x sempat laa nak sampai KB kol 9 malam. Dahlah perjalanan disirami dengan hujan lebat. Ishh....cuak sungguh.
Bila sampai ke KT, aku sajerlaa gatal2 mesej Darlina....kat mana dia tinggal...tak singgah, tapi amik pemandangan jalan masuk ke rumah dia pun jadilah kan.... Aku bukan apa.....aku nie tersepit diantara dunia bini orang dan mak orang dengan dunia kanak2 ribena bersama rakan2 tercenta.... Ishhhh....Lgpun dah malam dah masa tu...kalau singgah...kang kol baper plak nak sampai KB kan.... Malangnya...disebabkan keadaan hujan lebat ( seperti mana yang diwarning oleh Darlin ) dan keadaan malam yang agak pekat sebab takder cahaya bulan sebab hujan ( ehh..apsal aku merepeat nie ) maka gagal lah aku mengambil gambar jalan masuk ke rumah Darlin. Halangan sampingannya pulak...laki aku beria2 menegakkan pendapat dia....dia kata Masjid Terapung tu...Masjid Kristal...jauh lagi kat depan... Eissshhhh...susah betul. Sampai skang dia masih dengan idealogi yang sama.
Anyway, bila sampai ke Besut, jam pun dah pukul 9 malam. Aku call lagi Renaissance. Soh diorang holdkan reservation tu...sebab aku still on the way. Receptionist tu kata ok...tapi dalam nada suara yang sangat tidak friendlynya.....pas tuh plak...mcm bercakap dlm selimut. Aku tau laa cuaca sejuk...keadaan yang perfect untuk berselimut...masalahnya...aku dalam keter...ditengah hutan tebal....dicurahi dengan hujan lebat...dengan bunyi bising hujan tu....bawa warga emas dan kanak2....!!! Eiii...geram betul. Bila aku tanya direction gi hotel...dia mcm explain lebih kurang mcm nak tak nak jer. Memang hangin betul aku. Bila aku tanya lagi sebab aku tak clear...dia mcm bengang...kata nanti dia call balik pastuh terus hang-up. Eiii....mmg hanginnn laaaa. 10 minit kemudian...ada sorang gentleman call...dari hotel tu...ckp nicely....bagi direction dengan detail dalam nada suara clear, warm and friendly and very helpful. Terubat sket jiwa aku. Tapi, bila dah nak masuk pekan KB...aku call lagi...nak make sure jalan....ada plak lelaki lain angkat...tapi bagus la cara dia..ethical laa daripada pompuan tadi tu. Dia kata reservation aku dah di cancel. Ha..amacam??? Siikiiiiiit lagi dia nak kena terima maki hamun aku masa tu. Nasib baik dia cekap...cepat2 menyelamatkan keadaan dengan menyelamatkan reservation aku. Maka dengan itu, dia pun terselamat daripada serangan komunikasi daripada aku.
Arrived kat hotel, dalam pukul 11 malam. Disambut dengan sangat tidak mesra oleh staff hotel tu. Tak ada seorang pun yang sambut kami dengan senyuman. First time aku attend hotel yang bertaraf bintang2 macam tu, without senyuman. Yer...aku tau laa aku pakai selipar dgn t-shirt jer...laki dgn anak aku pun....maklumlaa...plan asal kan nak ke hutan paya bakau....mana nak tau sampai ke situ....tapi takkanlaa nak sambut guest pun sampai tak bleh nak senyum...And kat counter pun no smiles...aku remind bilik jenis apa aku nak...dia kata ok w/out smiles gak.... and finally bila sampai bilik...mmg ternyata salah bilik. Aku mintak bilik lain...dia bagi bilik lain. Aku dah penat okkkk. Nasib baik dia hantar orang lain ke bilik untuk bawa kitorang ke bilik yang betul. Kalau dia soh aku turun amik kunci sendiri...memang menempah maut la hotel tu.

Inilah rupa we all yang baru sampai. Tapi kanak2 2 orang tu dah selamat mandi n tukar baju dah...sebab kena hujan sket. Takut demam plak nanti

Anyway...lepas refresh...lepas dining-in....we all kuar gak..ronda2 bandar. Apa lagi...wakaf Che Yeh la.... Ok lah....tapi tak heaven sgt sebab mcm banyak jer kedai yang tutup. MIL aku laa yang segera mencapai baju yang boleh sebab dia kan tak bawak baju spare langsung kan. Heheheh...dapaattt gak baju baru...hihihi.
Mlm tu balik...tidor dengan ok la jugak. Sok paginya....breakfast memang superb. Layanan semua superb. Pendek kata....sangat berbeza dengan malam tadi nyer. Ishhh....nak marah pun dah tak jadi dah. Tapi masa check-out, aku tetap la meluahkan perasaan keciwa aku. Pandai tak pandainya hotel tu kan....diorang x der plak letak assessment form kat dalam bilik. Macam tau2 jer aku nak komplen. Tapi x kira gak...aku tetap nak komplen gak. So, masa check-out, aku mintaklaa form tu. Frontdesk Officer hak yang pagi nie amatlah friendly and ramah tamah and bagusnya. Dia tanya aku kenapa....aku pun bagi lecture panjang lebar kat dia. Nasib baik tak berdarah telinga dia dengar lecture aku. Tak sempat isi form pun. Dia apologise bersungguh2. Sejuk sket hati aku. Tak sure la sbb dah lepas perasaan atau sebab dia bagus. Tapi dia kata akan follow up. Dah amik e-mail add aku...nnti dia kata management dia bagi e-mail. Ok fine.
Seterusnya...we all meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Tempat wajib kan. Hubby aku kan suka shopping2 nie. Aku pun suka gak window2 shopping...heheheheh. Dlm pada tight budget tu...sempat la layan baju la..t-shirt la...skirt labuh aku la...kasut...selipar...bunga-bungaan. Perghh...penuh gak keter. Lepas tu...x puas hati....nak gie Pengkalan Kubor plak. Aku dah aim nak beli periuk belanga. Malang sungguh.....elok sampai...kastam dah tutup gate. Ceiss.... Laki aku tetap berazam nak cuba masuk./ Cuba pusing ikut pintu seblah blakang plak. Ha....buka lagi....tapi pintu utk org kuar jer.... Selamber laki aku tarik tangan aku masuk. Sengih2 sket kat kastam yang jaga tu...dapatlaaa gie 2-3 kedai yg tengah berkemas2...heheheh. Sempat gak beli sudip kayu tembusu. Nenek aku pesan ok....
Jalan2 nak balik tu...aku tertarik dengan ini :



Buat seketika....aku rasa mcm aku dah masuk Thailand....dah ler aku baru lepas lalu kastam. Tapi aku tak rasa ada cop passport...heheheheh.

Memang pemandangan gerun la....sebab kat atas gate besar dia...ada ukiran 2 ekor lembaga hitam ekor panjang pegang macam tombak panjang.....eiii...seram.



Lepas tu...terus rushing balik melaka...hujan lebat gak.....aku dengan hubby take turn drive. Tapi time aku drive kan...aku banyak kali langgar lubang kat jalan Rantau Abang tu. Hasilnya....sport rim laki aku...kemeekkk. Sampai skang dia ungkit pasal sport rim tu. Nyampahhhh....!!

Arrive in Malacca, 8.00 a.m. tepat2. Tapi aku ralat sket laa...sebab tak sempat nak beli kopok lekor. Nak kopok lekor gak...uwaaaaaa.......
Read More


Tajuk macam formal jer kan....Sorry for the delay of this posting.

Let's start the story.


25th Nov 2009 : Brought him to the hospital. Arrived at the hospital around 2.30 pm. Since our appointment was scheduled at 3.00pm, we headed to the hospital's cafe and had a heavy lunch. He ate a full plate of spaghetti. He thought he won't be able to eat for at least the next 4-5 weeks. So I let him chose whatever menu that he likes. At 3.00pm, we went to the specialist clinic and wait. Doctor called him up, do a final check-up on the throat to make sure it's free from any infections and swelling. Once clear, he instructed the nurse to book the room and bed. I requested for the single bed room, but failed. It's full that time. No choice, we have to accept the twin bedded room. Still better than 6 bedded. My intention is to provide a comfortable access for my parents because both my parents and Ida my sis will be staying with Adam. And of course I want to be with my child too.
The double bedded room. Mom replacing Adam on the bed.
While waiting at the admission counter, a group of Indian family approached us. After a few intro, they were actually accompanying one of the man to remove the tonsil. Same case with Adam. Adam will be the first patient, and he will come in after my child. That man is 43 years old. Yet he and the whole family were hecticly worry about the operation. He has his wife, his bsiblings and his father with him. And they were amazed looking at how relax and cool Adam was. They asked Adam a lot of questions...tak takut ke...sakit tak...those sort of things and Adam answered the smart way....his way => Lepas nie boleh makan aiskrim banyak2. Heheheheh....very solid excuse, huh.
A few minutes after that, my parents arrive. With all the luggage and foods....hahahaha. Obviously they want to celebrate Hari Raya with us in the hospital. Good news kan...heheheheh.
So, after admission, Adam was trying to make full use of his last day spending with his pair of tonsilitis. He went to the playroom and enjoy himself there. He requested a long list of food and at nite, he forced me to go out and buy some sushi for him. I went to JJ, and bought 3 family packs of sushi. And he finished the entire 2 packs. Padahal, 3 days before that, hubby has already brought him to the Japanese buffet spread in Equotorial. That's because hubby will be working in Thailand on the operation day. Adam loves Japanese food so much. Anyhow, he has to fast starting from 12.00 midnite for the next day's operation. So I woke him up at 11.30 for another round of food and drinks as being adviced by the hospital. It's sort of 'sahur' for him. But he couldn't open his eyes...because he was too full and too tired. His last food was at 9.30. I was really worried that he couldn't stand the hunger and thirst for tomorrow.

The tonsils before removal. Please excuse the teeth scenery.

So, I slept on the floor with my mom. With all tikar and comforter and pillows. Heheheh..buat macam rumah sendiri yer...sila...sila....



26th November : I couldn't sleep that nite. Too worry about him. Kejap-kejap bangun, cium dia. Dalam hati...doa banyak-banyak....janganlah jadi apa-apa kat dia.
At last, at 5.00 am, I told my mom, I would like to go home for a couple of hours to take care of a few things. So I went home, wash clothes and accidently fell asleep. Woke up at 7.30 am and I was soo panick. Adam's operation scheduled at 9.00 am. and I must be by his side. I drove to hospital with my emergency light blinking all the way. When I reached hospital, Adam has been covered with the operation's dress and with wet red eye. He thought I couldn't make it because I was late. I hug him and I cried. Owh... all of us were soo deep in emotions that time.
So, sharp 8.30 a.m., the nurses came and led us to the operation room at 2nd floor. Adam hold my hand tightly. Mak, Ayah and Ida has to wait in the waiting room. I was allowed to enter the operation room with him. Just to comfort him prior to the operation process. So, while waiting at the lobby of the operation room, Adam asked me a lot of questions. He was soo worry but he didn't cry. I was the one who almost cried, but I hold it. If my child can be strong, why can't I?
So, a few questions, check-ups and preparations by the nurses and doctors, finally he was being pushed into the operation room. I was still by his side. Then the doctor asked how much his weight, how old is he and determine the amount of the anaesthetic drug for Adam. The drug was injected into his body. Once the doctor push the drugs in, the nurses sent me out from the room. I joined my family in the waiting room then. I can't talk much, more of thinking about my baby in the room and praying inside.
Half an hour after that, a nurse came to us and called me in. Adam has completed the surgery. Alhamdulillah.....syukur ke hadrat Ilahi. But he was crying upon gained his consciousness because I was not by his side. I quickly hug him and comfort him. He hugged my hands tightly and fell asleep. He was still under the drug's effect. He has to stay there for at least half an hour for observation. Once in a while he'll open his eyes to make sure that I was still there. Once he asked me : Bila nak sudah nie, mama? Lamanya doktor nie nak buat operation. I laughed and cried. He didn't feel the pain yet, so he thought he was sleeping still.
After half an hour, he woke up and cried. Sakittt...he said. He requested ice-cream to cool down the pain. I tried whatever that I can. One thing with Adam, we can't deceived him. I have to be honest with him that he was not allowed to eat and drink yet because the drugs are still in the body and it can caused vomitting and injury at his throat. And he cried.
The nurses came, pushed him back to the ward and that was when the real challenges begin. He cried and cried. At 3.00 pm, doctor was still 'invisible'. And he has been crying constantly...longing for ice creams and cold drinks. He's hungry and damn thirsty.
Still in the operation dress....
Luckily my hp managed to pull his mind off from the pain a little. He played various types of games and taking pictures. And when he's tired, he sleeps. At last the doc arrived at 5.00pm, means 17 hours of fasting and verify that Adam was in a satisfied conditions. He allowed him to drinks and eat.
I gave Adam a little bit of melting ice-cream....but as predicted, he can't swallow them. It's too painful. I pulled out the ice chocolate drink from my ice-box and he sipped twice only. We tried to give him porridge, also he can't eat. It'll take time as the nurse said.
At 6.00 pm, Mak, Ayah and Ida left us and went back to PD for Hari Raya preparations since it's approved by Adam. And 1 hour after that, Mak Ngah and family came to visit. Pity them ....not enuff chair to sit. And after 10 minutes, the nurse came, asking whether I am still interested in the single bed room. Of course I am. The nurse then helped me to move. Alhamdulillah...much more comfortable for everyone. And I said to the nurse, Adam still can't eat because it's too painful for him. The nurse then consulted the doctor and came back with the bullet drugs as the the painkiller. You know...the white bullet that we have to insert it at the rectum. Mak Ngah and family entertained Adam to make him forget about the pain. Suddenly, Adam reached his porridge and he finished the whole bowl. Alhamdulillah..... the pain killer works.
Adam with Mak Ngah's cucu ( Adam's cousin ). The boy's name is Karim.
At 9.00 pm, Mak Ngah and family went home. Alhamdulillah Adam ate much and he drinks the whole cup of cold milk. In fact, he ate the goreng pisang and goreng cempedak brought by Mak Ngah.
That nite, hubby arrived from Thailand at 2.00 am.
27th November 2009 : Adam woke up and started crying again because the pain was unbearable. He can't eat and drink. My family in law came at 9.00 after solat Hari Raya and we ate all the Hari Raya delicacies therewhile waiting for the doctor's visit. Doctor came at 10 am for check-ups and ordered pain killer to be given to him. At 11.00 am, the nurse gave him another shot of pain killer and he finished the whole plate of grilled fish for lunch. Then family in-law went back at noon. After that, Pak Su and family came. Adam's best friend in kampung. He was sooo happy and act as if he was not sick. He played with them, went to the playroom and drag his drip tower himself. It's as if we were celebrating Hari Raya. Half an hour later, my brother Abg Ngah came. That was a double happiness for him because his beloved cousin, Adleena Umairah came too. He loves her soo much because he really wants a little sister. So...ok lah...manageable for that day. It would be complete if hubby woke up though. Hubby slept the whole day because he was too busy to work and didn't sleep in Thailand.
Adleena Umairah


28th November 2009 : Adam has finally ok. He drinks a lot and eat a lot. Doctor came and verified that he was ready to go home. We packed and brought him home. He still has to continue the antibiotics and painkiller.

Removed Tonsils

Today : He eats ice cream and drink ice water as much as he wants.

Alhamdulillah....... Thank you friends for your do'a.

Read More
Yaa.....untuk kesekian kalinya, Adam demam. Macam biasa...confirm tonsil dia bengkak lagi. Ceritanya begini :

Jumaat, 6 Nov 2009, 3.15pm : Mak aku call. Dia tanya aku balik PD terus ke, atau balik Melaka dulu. Aku tanya kenapa, dia kata Adam demam. Dia dah siap bawak ke klinik, tapi maku tak nak aku risau, dia pun x derlaa inform aku.

8.00 pm : Sampai PD. Masuk jer rumah, terus nampak Adam terlantar dengan mata sangat layu, berselimut dan bertampal dahinya dengan Cool Fever. Lemah longlai aku bila tengok anak aku jadi macam tu.


8.30 pm : Mak aku soh jaga dia...control temperature dia...kena spongekan dia selalu and make sure antibiotik dia pukul 12.00 am. Mak dengan bapak aku gie kenduri kat rumah Pak Lang aku.


8.50 pm : Adam kata nak makan, tapi dia tak der selera. Aku pujuk dia makan nestum sikit, buat alas perut. Sebab semua yang dia makan, dia kuarkan balik. Dia agree untuk makan nestum.


9.10 pm : Dia kata nak duduk. Aku dudukkan...buka citer kartun, dia tengok citer Ben10. Baru seminit, dia muntah semua isi perut dia balik...bukan sekadar nestum yang baru 3 sudu dia makan.

11.20 pm : Hubby sampai PD daripada Melaka. Baru balik kerja.


12.00 am : Bagi antibotik. And dia muntahkan semua sekali semula.


12.10 am : Discuss dgn hubby, agree utk terus ke hospital Pantai di Melaka.


12.25 am : Bertolak ke Ayer Keroh dalam hujan lebat yang sedang mencurah.

1.40 am : Tiba di unit kecemasan. Tapi temperature Adam dah reduced. Doc tetap check. MO tu straight bagi order utk siapkan wad dan dripkan dia. Kenapa? Sbb tonsil Adam dah sangat besar. Almost block tekak dia. No wonder dia tidur pun nampak dia macam suffocate. And dia memang susah nak makan sebab tonsil dia dah infected dengan kronik sekali.


Nurse pun sapulah cream bius sbb nak cucuk jarum kat dia.





Selepas bertampal krim nie di ER, di bawa naik ke wad pula untuk mencucuk jarum dan kemudiannya admission ke wad.


Lepas tu, bermulalah segala macam ragam di hospital. Penat sebenarnya jaga orang sakit di hospital. Orang yang tak pernah jaga memang tak rasa. Nampak mcm duduk jer, tak der angkat barang berat mcm buruh kasar. Tapi kita sebenarnya penat perasaan. kejap2 temperature naik...nurse berlari2 call doc tgh2 malam. Pukul 4 pagi nurse masuk tanya seribu satu soklan.
- Tadi dia ada kecing tak...kaler apa
- Tadi dia minum air apa...berapa ml dia minum?
- Makan apa tadi...berapa banyak dia makan?
- Ada muntah tak
- Nak tukar antibiotik lain, boleh yer puan?



Adam pun sampai naik penat melayan 'kerenah' tonsil dia.

Adoiii.....kena sentiasa alert kan. And this time, doc very serious untuk buang tonsil dia. So, operation dia scheduled on 26th Nov 2009. Sebenarnya aku sangat takut, tapi no choice dah, sebab almost semua antibiotik dah malfunction pada dia.

Doakanlah keselamatan Adam yer....

Ameennn....







Read More
Kadang-kadang, kita sering menerima respon yang tidak dijangka dari kalangan orang disekeliling kita. Kita sering dikejutkan dengan perlakuan dan kata-kata yang mengguris hati...tanpa kita ketahui sebab musababnya. Kadang-kadang perlakuan kita disalahertikan oleh manusia di lingkungan kita sebagai pesimis, sedangkan perlakuan kita nawaitunya ada lah optimis. Maka kita pun merenung kembali dalam diri kita. Salah di mana aku hari ini? Salah kepada manusiakah ...atau salah kepada Yang Maha Berkuasa kah? Kenapa hati ini rasa cukup terguris dengan alunan respons dari orang kesayangan kita? Balasan salah akukah...atau sekadar menguji ketabahan hati? Entahlah.....bila jawapan tetap tidak ditemui, maka kita hanya mampu berserah. Tawakkaltu 'Alallah......
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama