Assalamualaikum.....

Lama sungguhhhhh buat cekodok nie. Buat cekodok sebagai bekalan anak-anak ke Tournament Karate-Do mereka tahun lepas. Kita ada mention dalam entry tu di SINI.

Buat untuk bekal dan sarapan mereka sebenarnya. Kita tambahkan dengan tortilla tuna untuk mereka seorang 2 ketul. Manalah tahu, tak dapat makan nasi ke apa nanti....

Pukul 4.00 pagi kita dah bangun untuk siapkan sarapan. Maklumlah...amatur macam kita nie, nak buat cekodok pun terhegeh2. Selain daripada tu, kami keluar rumah pada jam 6.30 pagi. Maknanya sebelum jam 6.00 pagi dah selesai packing semua barang, botol2 air, dan makanan. Itulah yang bangun awal sangat tu. Kita memang x berapa suka buat kerja rushing2. Orang bintang Taurus macam kita, memang buat kerja slow sikit sbb tak nak ada yang tertinggal atau tak menjadi....

Anyway, cekodok taugeh jer. Syukur cekodok kali nie disukai ramai. Kita nie buat cekodok main agak2 jer bancuhannya. Kadang2 keras, kadang2 lembik tertepek. Yang ini x keras, tapi agak cair sikit sebab nak kasi rangup2 bila kunyah. Maklumlah, anak dan bapak x suka taugeh, so nak kasi mereka sudi makan, kita gorenglah kasi rangup.




Nak resipi ker? Alamak...lupa laa letak tepung dan air berapa banyak. Sukatan pandai2lah semua orang adjust sendiri yer. Cuma, kita tumbukkan kasar2 cili padi sedikit, ikan bilis, dan bawang merah, gaulkan dengan tepung dan air serta tauge. Goreng dalam minyak yang panas tau....

Hmm..krap lrup krap krup mengunyah cekodok nie. Tak sedar tangan asyik mencapai ke dalam tupperware panjang nie...

Kalau tengah sejuk2 makan cekodok, best kan....? Ngeeeee.....


Read More
Assalamualaikum.....

Ada 2 benda yang kita tunggu telah tiba. Yess....!

Pertama :

Kerepek Ngaku di entry INI. Terima kasih banyak2 Nana... Ya Allah...memang sedap. Lemak2, manis2, kat hujungnya ada rasa sedikit pahit yang sangat mild sebagai penyedap. Oh yer, tak sempat nak ambil gambar, yang ada botol yg dah tinggal serdak, bukti kesedapan kerepek nie...

 Kerepek nie, bukan kita makan sorang tau. Kita share dengan kawan2 sbb nak kawan2 rasa kesedapan kerepek nie. Boss kita ckp dia pun nak order buat raya. Erkk...raya Melayu, buah ngaku nie ada lagi ker...?



Yang Kedua :

Yesss.....dah terima FM seperti yang dijanjikan oleh Cik Bambam. Kalau yang baru dan tak sempat baca storinya, meh baca kat SINI tentang keseronokan kita. Dan bila tadi adik posmen hantar, kita terus tersengih2 non-stop. Untuk pengetahuan semua, inilah hadiah pertama yg kita dapat sepanjang berblog. Sepatutnya tahun lepas masa raya dapat lagi satu dari Atok, tapi agaknya posmen Negeri Sembilan tu berkenan sangat. Tu lah bila CB minta alamat, kita bagi alamat opis jer. Lebih dipercayai gitu....
FM bunga Rafflesia... Uisshhhh....berseri2 bunga nie tau.

CB, tengkiu sesangat....... Muahhh

Hmm...saper lagi nak bagi adiah kat kita...???

Alamak, kita pun nak buat GA gak lah... Tp tgh pk nak bagi FM yg mana satu.... Nnt lah, bila dah decide, amik gambar semua, kita war2kan yer. Cuma masalah yg ada, tak reti nak buat banner GA... Kalau buat GA tak yah banner, boleh ker?

Read More
Assalamualaikum.....


Dah lama tak berentry makanan kan......

Sajerlah nak tepek story pasal maggie goreng sayur yang sempoi nie. Maggie nie kita masak pada jam 3 pagi, iaitu menyambut kepulangan hubby ke Melaka dari Kuantan. Hubby drive jauh kan...penat2 kerja dari pagi sampai ke malam, habis kerja terus drive ke Melaka, mestilah dia penat dan lapar. Kita gandingkan dengan air nescafe panas. Tak ada isi ayam, daging atau seafood pun. Memang purposely masukkan sayur yang banyak dalamnya untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, dah masuk awal pagi kan.... Perut pun nak rest juga...

Anyway, resipi sempoi :
Maggie perisa ayam 2 bungkus
Air masak 2 gelas
Telur ayam sebiji
Sayur sawi 2 tangkai
2 sudu minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah besar saiz kecil 1 biji
Cili hijau 2 biji (kita letak cili padi 6 ulas)

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan tumbuk dalam minyak sehingga wangi.
2. Masukkan tangkai sawi dan gaulkan dengan bahan tumis hingga sedikit layu.
3. Masukkan air dan biar mendidih.
4. Masukkan satu peket perencah mee segera perisa ayam dan gaulkan hingga sebati. Tak perlu letak garam lagi. Tapi kalau tak nak guna perencah, masukkan sedikit garam dan satu sudu kecil serbuk pati ayam.
5. Bila dah sebati, kecilkan api dan masukkan telur, mee segera dan daun sawi.
6. Gaulkan sekali sekala sehingga mee agak2 lembut. Teruskan goreng sehingga kering airnya.
7. Tutupkan api dan hidangkan panas2.

Ha, senangkan.....

Memang sedap dan menyegarkan....

Hubby dengan Adam memang suka sangat kalau dapat makan nie. Tapi tak boleh selalulah kan.... Be moderate....

Selamat mencuba semua....

Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua adik2, kakak2 dan kawan2 sekalian?

Yer, tajuk itu adalah me'refer'kan diri sendiri. Hehehehehe....

Terima kasih juga kepada yang sudi singgah walaupun x ada entry. Apakan daya, masa amat terbatas, kemudahan juga amat sukar.

Yang sebenarnya, kami sekeluarga pergi bercuti. Di mana? Ermm.... nantilah kita update. Yang pastinya entry bercuti akan jadi drama bersiri yang amat panjang...... Apa taknya, cerita 2 hari pun boleh jadi berminggu2, inikan pula cerita seminggu, yer tak?

Berikan kita sedikit masa untuk pelan2 kayuh beskal yer....
Read More
Assalamualaikum.....

Maaflah blog, semalam sunyi sepi. Er,, pembaca tak ada yg tunggu2 entry kan? So no problem lah. Cuma kesian kat blog jer sbb dia sunyi smalam.

Anyway, semalam kita MC sbb pergelangan tangan terseliuh. Selasa malam dah rasa sakit. Semalam pagi terus ambik ubat tahan sakit, surut bengkak dengan ubat urat lah, apa lah.... Petang, massage pula...

Alhamdulillah hari nie dah ok. Ada la juga rasa sengal2, tapi tindakan pantas semalam, cepatlah redanya. Now, menaip dgn perlahan menggunakan wrist yang berbalut...hehehhehehe

Oh yer, esok nak buat GA lah rasanya....

Ke, lepas holiday CNY? Oh..kena tengok kondisi tangan...
Read More
Assalamualaikum.....

Huhuhuhu...kita yang kena dera...huhuhuhu....

Zalim kan hubby kita....huhuhu....

Kita borak2 dengan Adam dalam kereta waktu balik dari kerja minggu lepas. Masa tu kan kita seronok sangat2 sbb hubby dan Adam jemput kita balik dari kerja...

Dalam borak2, ceritalah pasal Lady Ayu dengan Kamalia, kata mereka ajar bahasa Jepun dalam blog diorang nie. Tak banyak, tapi taulah jugak sikit2. Cakap dengan Adam, papa Adam nie, bukannya nak ajar. Ajarlah Adam sikit2, nanti dah besar pandai...

Hubby terus kata...ha, mesti ingat ni, ingat tu. Seriuslah, ajar mcm cikgu ajar dalam kelas, masa memandu. Mana lah nak ingat. Mcm mana nak tulis. Dahlah kita nie jenis yang tak boleh membaca atau menulis dalam kenderaan bergerak. Pening. Malam pulak tu. Kepala dah sakit, badan dah letih. Sampai tertidur2 dibuatnya.
Siap dia paksa belajar grammar. Gohan taberu, nomu, entah mcm mana entah. Kalau sambung dengan apa, jadik nomu, kalau cakap mcm mana, jadik lain. Serius x ingat.

Lepas2 tu, x der lagilah nak ajarnya... Adoila...nak kena belajar dari lagu pulak....

Namedaga, afureru kanashii, kisetsuwa. Darekani, dakareta, umeii wo miruu...

Ha.... sampai nak muntah2 belajar sekali harung non stop. Tak juga ingat.... huhuhuhu

So, Ayu dengan Lia, tolonglah ajar kami sikit2 yer... Dah tau dah, samuii, yuki, fuyu, sensei, auomori ...hehehehhehehe


Arigato gozaimas sensei...

OP/S : Teruk betol kita nie kan. Hubby x ajar, kita komplen, dia dah ajar pun komplen gak.. Ishhh, x bersyukur langsung.. Astaghfirullah....
Read More
Assalamualaikum.....

Ok, masih ramai lagi yang belum pasti apa itu buang Ngaku. Buah nie biasanya ada masa Chinese New Year jer...

Kita pun tahu dari Nana di SINI.

Nana banyak cerita pasal ngaku nie. Dia kata buat kerepek memang sedap. Kebetulan, Sabtu lepas, kita tengok ada orang jual kerepek nie di Melaka. Satu balang RM15.00 tau. Tp, nak rasa punya pasal, beli juga lah, sbb x sempat nak membeli buahnya dan nak proses bagai.

Oh, buahnya mcm kat bawah nie. Gambar, kita cilok dari blog Falsya kawan Nana juga. Ada dlm bloglist Nana.

Ha, mcm pernah tengok kan? Tu lah... tapi kita semua x tau makan mcm mana.

So, bila beli tu, satu balang kejappp jer abis. Rebut2 anak beranak beramai2. Tiba2, buka blog Nana semalam, Nana kata dia jual. Wehh...cepat2lah kita membelinya. X sabar nak tunggu Nana pos kan kerepek tu. Harap2nya selamatlah sampai....

Mcm mana rasanya? Mcm rasa kerepek pisang + kerepek ubi + kerepek binjai sesikit. Lemak2 dan crunchy sangat2. Memangs edap betul.

Nak rasa? Ha, apa lagi, order kat Nana sebelum buah nie kehabisan di pasaran.
Read More
Assalamualaikum.....

Alahai....kena tag dengan Dya plak kat SINI.
Hr nie last day tau. Tutup pukul 12 malam. So, sempat lagi. Meh cuba tingkatkan trafik. Apa salahnya kan....

Errr...x nak tag sesaper yang khusus. Kita nak tag semuaaaaaa yg baca entry nie...hehehhe. Dah baca? Sila buat entry ekk...

Ohh... segmen tu kat SINI.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama