Selasa, 31 Januari 2012

Cekodok Taugeh Versi Kampung

Assalamualaikum.....

Lama sungguhhhhh buat cekodok nie. Buat cekodok sebagai bekalan anak-anak ke Tournament Karate-Do mereka tahun lepas. Kita ada mention dalam entry tu di SINI.

Buat untuk bekal dan sarapan mereka sebenarnya. Kita tambahkan dengan tortilla tuna untuk mereka seorang 2 ketul. Manalah tahu, tak dapat makan nasi ke apa nanti....

Pukul 4.00 pagi kita dah bangun untuk siapkan sarapan. Maklumlah...amatur macam kita nie, nak buat cekodok pun terhegeh2. Selain daripada tu, kami keluar rumah pada jam 6.30 pagi. Maknanya sebelum jam 6.00 pagi dah selesai packing semua barang, botol2 air, dan makanan. Itulah yang bangun awal sangat tu. Kita memang x berapa suka buat kerja rushing2. Orang bintang Taurus macam kita, memang buat kerja slow sikit sbb tak nak ada yang tertinggal atau tak menjadi....

Anyway, cekodok taugeh jer. Syukur cekodok kali nie disukai ramai. Kita nie buat cekodok main agak2 jer bancuhannya. Kadang2 keras, kadang2 lembik tertepek. Yang ini x keras, tapi agak cair sikit sebab nak kasi rangup2 bila kunyah. Maklumlah, anak dan bapak x suka taugeh, so nak kasi mereka sudi makan, kita gorenglah kasi rangup.




Nak resipi ker? Alamak...lupa laa letak tepung dan air berapa banyak. Sukatan pandai2lah semua orang adjust sendiri yer. Cuma, kita tumbukkan kasar2 cili padi sedikit, ikan bilis, dan bawang merah, gaulkan dengan tepung dan air serta tauge. Goreng dalam minyak yang panas tau....

Hmm..krap lrup krap krup mengunyah cekodok nie. Tak sedar tangan asyik mencapai ke dalam tupperware panjang nie...

Kalau tengah sejuk2 makan cekodok, best kan....? Ngeeeee.....



4 thoughts..:

msredcheesecake berkata...

Mak msred rajin buat cekodok sayur... Sedap sgt...

Rahmah Ram Ram berkata...

Shedappp!!

Azham Vosovic berkata...

Akak...sedapnya cekodok...

actually saya nak bagi sesuatu ni....

boleh emel adress office/rumah akak kat saya tak? nothing actually, kalau akak sudi la hehehe

ni emelnya azhamvosovic@gmail.com

Aziela berkata...

msredcheesecake : uishhh...mesti sedap dan berkhasiat kan.. Akak sukaaa...

Rahmah : Heheehehhe...x pernah perfect wak...

Azham : Alahai dik...buat susah2 jer... Terharu akak taw.. Akak dh e-mail kat awak yer...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink