Isnin, 9 Januari 2012

Tidur Runcit?

Assalamualaikum.....

Apa itu Tidur Runcit?

Tidur Runcit ialah istilah sukahati-anak-tekak-kita-punya-bahasa yang bermaksud tidur secara berdikit2.

Yer, itulah yang kita alami sejak 24 jam lalu. Tidur 15 minit di dalam kereta dalam perjalanan di bandar Melaka dan lagi 15 minit dalam perjalanan ke LCCT pagi tadi dan kira2 1 jam di hentian rehat lebuh raya pagi tadi.

Sekarang?

Yer.... Masih lagi beralun2 macam dalam perahu kecil di tengah lautan.

Sabtu lepas, sepupu kita dan adik kita datang ke rumah kita di Alor Gajah tu. Maka malam tu, kami buatlah BBQ secara kecil2an dan secara ekspress. Parents in law pun ada. Agak meriah lah rumah. Adik dan family serta sepupu kita tidur di rumah kita malam tu. Yang memenatkan ialah segala persediaan dan sesi mengemas, kita jalankan seorang diri sebab semua tetamu pun dah letih. Tidur lebih kurang jam 3 pagi.

Ahad, bangun waktu Subuh dan teruskan proses mengemas, menyediakan sarapan dan laundry. Kemudian kami semua keluar kerana menyelesaikan berbagai urusan hingga ke petang di bandar Melaka. Petangnya sampai rumah, proses melipat kain baju dan jahit menjahit baju seragam Adam. Lepas Maghrib, terus keluar semula kerana ada urusan. Pulang ke rumah, dah melepasi tengah malam. Terus sambung mengemas sebab tetamu semua dah balik dan perlu tinggalkan rumah. Packing luggage hubby sebab hubby sedang terbang di awan biru sekarang menuju ke Macau. Pukul 3 pagi, bersiap untuk ke LCCT. Selesai check-in dan segalanya, kita menuju ke pejabat. Singgah di hentian untuk lepaskan sedikit rasa mengantuk.

Jadi, itulah kisahnya kenapa terjadinya peristiwa Tidur Runcit. Jangan amalkan dan saya doakan anda semua tidak akan mengalami peristiwa ini.

Tak sabar nak balik rumah malam ini dan rehatkan tubuh dan minda secukupnya...


** Apalah kisah perhimpunan di Jln Duta agaknya pagi ini..?

2 thoughts..:

Rai berkata...

hahaha..tidur runcit..kalau tidur hypermarket maksudnya tidur secara besar besaran ke.. :P

Aziela berkata...

Rai : Yer....tepattt sekali...hahahhahahha

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink