Rabu, 11 Januari 2012

Bencana di Pejabat

Assalamualaikum.....

Kecoh, seram sejuk dan panik kami di Jabatan Sumber Manusia pagi nie.

Akuarium di sini didapati melimpah dengan air hingga banjir satu bilik mesyuarat. Entah siapalah yang tutup paip air tak ketat, ataupun ada yang buka, lupa nak tutup?

Puncanya masih menjadi misteri. Kelam kabut call cleaner soh datang bersihkan air tu sebab kami takut opis di tingkat bawah mendapat bahana.

Malangnya kami terlewat......

Kami di tkt 1, sementara penyewa di ground floor adalah syarikat yg menjalankan kajian dan ujian. Betul2 di bawah kami ialah makmalnya yang super sensitif. Mcm mana anda lihat betapa berhati2nya orang yg kerja di makmal, itulah mereka. Sehelai pun pakaian kita tak boleh melepasi pintu lapisan kedua mereka. Semuanya harus ditukar kepada baju makmal dan bersarung sepenuhnya. Lapisan ketiga, satu lagi lapisan baju dan seluruh tubuh hingga yang tinggal ialah 2 biji mata sahaja. Begitulah sensitifnya mereka kerana bahan kajian adalah sangat sensitif.

Bila kami siasat makmal mereka, segenap dinding dan syiling adalah seperti air terjun yang deras mengalir.

Terduduk kami...

Termenung sebentar....

Habislahh......

Hingga sekarang, kami masih susah hati....

Berapa jutalah agaknya kerugian yang terpaksa kami bayar kepada mereka.....

3 thoughts..:

Kamalia berkata...

Ermm..mesti kena bayar banyak tu..:(

Suhami Ahmad berkata...

lor.....nanti update perkembangan terbaru kak...

Aziela berkata...

Kamalia : X lena tidur dah kami ni semua

Suhami : Mesti jadik panjang berlanjutan kes ni tok...adoiii... seram sejuk dah nie..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink