Isnin, 9 Januari 2012

Kecohnya Di LCCT

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, seawal jam 4 pagi, kita dgn hubby dah tiba di LCCT. Flight hubby pukul 6.30 pagi, so kena check in pukul 4.30 pagi.

First time kita di LCCT seawal ini. Sangat penuh sesak dengan org ramai. Hiruk pikuk dan tak menggambarkan langsung waktu dinihari masa tu walaupun kebiasaannya kita semua enak di hayun mimpi indah pada waktu itu.

Kita nampak ada ramai dan banyak kumpulan berbangsa India yang telah siap memakai pakaian tradisi mereka. Ada juga yang memakai t-shirt bertulis Batu Caves, Malaysia. Yang nyata mereka semuanya berkaki ayam. Mereka menuju ke India, sudah tentu untuk menjalankan urusan keagamaan.

Tapi, lane yang kami, eh... yang hubby chec-in tu, amat panjang dan tak lama sangat x bergerak2. Rupa2nya mereka yang nak ke India nie, check-in secara berkumpulan, jadi ramaiii sangat. Seorang penumpang berbangsa Cina yang sama2 beratur dgn kami kata, seorang check-in utk 60 orang! Tak taulah betul ke tidak. Tapi kalau betul...mak datukk...ramainya..! Kenapalah Air Asia tak buka kaunter lain? Keadaan ini menyebabkan satu lane di satu kaunter jadi berlapis2.

Timbullah kekecohan bila dah sampai di kaunter.. Aku dulu, ko kat belakang, ko beratur lane salah, mana ada marking untuk lane, dan perbalahan diteruskan. Ada satu kumpulan Cina yang bertekak dengan pelancong luar bila dia tiba2 menyerbu ke depan. Kasihan pelancong tu, mereka memang dah beratur lama, sedangkan Cina nie tadi potong barisan. Malu sangat. Tapi mujurlah ada sepasang suami isteri berbangsa Cina juga yang baik hati, memberi laluan kepada pelancung itu mendaftar di hadapannya.

Haihh... kisah check-in di kaunter Air Asia, lebih huru hara dari bus stand. Taulah tambang murah, tapi kenapa cincai sangat?

2 thoughts..:

fizafantagiro berkata...

blh bayangkan mcm mana .. eee teruk la .. iklan kemain gempak kan .. mesra pelanggan ..ermm

Azham Vosovic berkata...

hehe, tak pernah naik flight hehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink