Assalamualaikum.....


Banyak juga undangan perkahwinan kan. Kalau pergi tu, macam2 jenis makanan yang ada. Kalau tak mengikut piawaian, kita diam saja lah...bukan tuan rumah yang masak pun. Lagipun, siapa lah yang nak hidangkan makanan tak sedap, kan. Cuma mungkin bukan rezeki kita untuk dapat makanan sedap masa itu.



Tapi, masa perkahwinan anak sepupu saya yang saya tak rapat langsung dengan dia sebab duduk berjauhan, Mak Ngah saya telah top up pulut kuning dengan sambal tumis udang ni daripada hidangan yang disediakan oleh caterer. Aduhai....terbayang2 lagi sampai sekarang. Mak Ngah kalau masak, memang terbaik lah....

Yang saya kagum, Mak Ngah saya dah tak larat...dah kurang sihat. Umur dah lanjut. Bila berjalan, guna tongkat melangkah perlahan2. Tapi sungguhlah, additional kasih saying yang menjadikan semuanya sedap. Lagipun, ini perkahwinan cucu pertama beliau.

Oh, pengantinnya ringkas, majlisnya ringkas. Doa, MC dan selawat semuanya diuruskan oleh adik beradik lelaki beliau sendiri. Saya suka....


.
Read More
Assalamualaikum.....

Beberapa hari yang lepas, penulisnya mengumumkan akan novel barunya yang akan mula dipasarkan hari ini di Jom Heboh, Melaka. Hanya akan muncul di.kedai buku dalam bulan April.

Saya tak sabar. Kebetulan ada di Melaka, maka ini lah yang saya berjaya sambar pagi ini. Syukur, dah ada dalam tangan.

 Saya dah baca beberapa bab dalam blog penulisnya dan saya sangat suka. Perfect setting, perfect objective, perfect lesson and yet brings you to the star and the moon.

Macam fantasi, tapi kehidupan realiti. I have no complaint at all so far.



Bonusnya, boleh beli kombo dikkk. Jimaat akak.

Siapa yang sempat, mari ramai2 terjah booth Karya Seni, sederet dengan booth Berita Terkini di Jom Heboh, Stadium Hang Jebat, Melaka.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari Jumaat ni, meh bercerita tentang makanan pula.

Ini masakan seminggu sekali di hujung minggu. Hari bekerja, memang tak la kan...penat betul drive jauh sikit jer pun sekarang.

Anyway, ini masa malam terakhir Adam dengan kami di rumah sebelum kembali ke asrama esoknya. Ada ikan tenggiri yang kami beli di pasar Kuala Sungai Baru, tempat nelayan bawak naik ikan. Sebelum tu saya dah masak macam ni untuk hubby and hubby kata sedap. Hubby suruh masak lagi macam tu bila Adam ada. Inilah asbab kenapa repeat lauk ni.



Nampak hitam melegam, tapi bila di makan, rasanya di igau2...hahaha..perasaannn.

Masakan campak2 jer. Tumbuk jer lada hitam biji ikut suka, campur dengan bawang putih 2 ulas dan bawang merah 2,3 biji yang comel2 saiznya. Sebelum tu of course goreng ikan yang dah dibalut dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng garing sikit luarnya tapi isinya biar moist. Maknanya api sederhana, tak mau api besar masa menggoreng.

Then, tumis bahan tumbuk sampai wangi dan masukkan kicap manis 2 sudu, masukkan air 100ml. Bila dah mendidih, curah jer atas ikan goreng dalam mangkuk. Siap....



Tapi, sebab nak ada yang pedas, saya buat sambal cili api ubi kentang campur dengan hirisan sosej. Laku juga. Masak juga kobis masak lemak putih. Kalau ada tauhu dan lobak merah mesti lagi sedap. Tapi tak sempat nak cari stok sayur lain, lebur jer lah apa yang ada.

Alhamdulillah, puas hati semua orang makan. Sayur kobis tu sampai di ratah2.

Rasanya kos semua hidangan kat atas, dalam 20.00 jer. Tu termasuk air honey dew satu jag besar. Untuk supper malam tu pula, saya sempat buat garlic bread garing2. Pun, best juga walau tak perfect. Next time boleh buat complete dish dah kot....

Anyway, weekend ni banyak betul urusan rasanya.... Kena bertabah dan bersabar. Tapi paling tak sabar nak tunggu ialah untuk jumpa Adam hari Ahad nanti.








.
Read More
Assalamualaikum.....

Masa pergi Ipoh last year, kami pergi ke Kuala Kangsar untuk makan laksa. Dah basi dah pun entry2 tu.

Tapi masa jalan2 tu, lalu la di sekolah yang tersohor tu. MCKK tu memang dikagumi semua kan. Dan Adam dalam hujan renyai tu berdiri la di pagar tu untuk dipotretkan atas permintaan kami. Semiga dapat semangat nak berjaya seperti mana lepasan2 MCKK.

Bila kami suami isteri bercerita tentang MCKK, Adam bukan main seronok lagi berangan. Sekurang2nya dia buka minda tentang peringkat2 pendidikan melalui sekolah.

Yang penting, kenangan kami berbahagia kerana menghabiskan masa berkualiti bersama2.


.
Read More
Assalamualaikum.....


Fried kuey tiaw wrapped in banana leave.

Read More
Assalamualaikum.....


Di tempat kerja baru ni, bossesnya Islam. Majoriti petugas ialah yang beragama Islam. Dan saya terkejut plus bersyukur kerana owner syarikat menetapkan setiap hari Selasa tgh hari adalah waktu untuk tazkirah.

Ada beberapa orang ustaz yang akan memberi tazkirah selama satu jam setiap Selasa. Ada jadual la, minggu ni ustaz mana dan seterusnya.

Makanan tengahari pun disediakan. Setiap kali mesyuarat, diamalkan membaca doa untuk lebih berkat.

Saya bersyukur...

Biarlah gaji saya kurang banyak, asalkan berkat dan bersih.

Isu hari ni? Hudud babe....!!!

.
Read More
Assalamualaikum.....

This is the latest picture of Adam. It has been a month now. He is adjusting himself. Its not easy. Involved a lot of patience from us, a lot of time to visit him, a lot of money of course to bribe him with cookies, KFC, McDs, drinks and so on and of course the most involved was, the tearsssds. Raining from him allll the time.

But yeap, tears are still raining down, bur he is fitting in. We can see that....

...
Read More
Assalamualaikum.....

Ini, memang dah ramai yang pergi try. Tapi kami yang memang orang Melaka ni tak pergi2 pula. Tercabar pula rasa. So, one fine day, pergilah dengan Mommy dan kami sekeluarga. Wah, memang sedaplah roti nan dia. Memang lembut and cheesy. So, minggu lepas saya ajak hubby pergi lagi. Kali ni kami pergi dengan Adam sebab yang sebetulnya, mamat ni yang mengidam. Kat asrama takde, katanya. Nampak tak politik dia kat situ?


Dapat meja betul2 depan kedai, depan tempayan2 pembakaran. Dapat snap gambar macam yang kat atas ni, kira ok lah sebagai panduan kan? Tapi yang sebenarnya, buka jer Waze tu dik...confirm sampai depan pintu kedai.


Walau dok depan tempat pembakaran, tapi malam tu angina banyak. So, tak ler rasa berbahang sangat. Tapi seronok juga tengokkan diorang memproses order berbagai2 jenis roti naan dengan pantas, cekap dan sambil having fun.

Yang ini, saya punya. Roti naan potato with cheese. Tebal, lembut dan mengenyangkan. Sedap betul. Kentangnya empuk, berpadu dengan cheese yang tidak memualkan. Just nice....

Kami order lauk tambahan. Ada chicken butter yang kanan sekali tu...jadi fevered Adam dan potato apa entah, dengan udang pedas yang hubby order. Banyak...sampai jenuh nak menghabiskan...


Adam order naan garlic cheese. Nampak tak ketulan2 garlicnya? Fresh...jadi bila di bakar, baunya sangat harum. Tak cukup satu...dia tambah lagi sekeping. Memang lepas geram betullah dia. Papanya hanya order naan biasa, dua keeping juga sebab dia suka makan dengan ubi kentang kuning tu.



Ha, Nampak tak muka kerek dia? Happy, tapi control happy... Konon2 biasa2 jer la kan...walhal, itu kepingan ke-2. Air yang pertama, jus tembikai dalam gambar kat atas tadi. Air pun langsaiiii. Top up lagi milo Tarik.... Heavy sungguh.

Lepas makan tu, tak sempat sampai rumah, dia dah hanyut dalam kereta. Puaslah hati dia...

Cuti sekolah ada lagi 2 hari ni. Ada sesaper nak jalan2 kat Melaka?

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama