Assalamualaikum.....

Makan lagi di food court Taman Sepakat, Kuantan. Kalau kami repeat tu maknanya ini antara port makan sedap di Kuantan.  Hubby pula nak makan mee celup. Tapi biasalah...versi dia tak ada tauge dan dia tukarkan mee ke kuay tiaw. Ha...memang tiawwww jer dia makan. Slurppp jer gitew.


Kuay tiaw Celup



Selain daripada tu, hubby punya favourite kalau di Taman Sepakat nie ialah kambing goleknya. Kedai yang hujung sebelah sana tu. Memang dagingnya sedap dengan rempah ratus dan lembut moist dagingnya walaupun di luarnya garing. Dannn...pakcik tu tak kedekut tau.

Kita pernahlah order lamb sizzling dari kedai deret2 tu juga... tapi Masya Allah. Tak boleh makan. Bukan setakat liat, tapi keras berdenting. Hishhh....tak baik betul. Lepas tu terus dah tak order kat situ lagi.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Well.... it happenned on 9th June. Had been almost 3 weeks already..hahahahaha.

Pity Adam. We didn't organize a birthday party for him due to my illness. But his uncle and aunt came all the way to Malacca and brought a birthday cake for him. I was still hospitalized that day but luckily has managed to secured a single room a few hours before that.

The birthday cake....

Tq Abang Ngah and family.

Eh, which one the patient?

Happy face


Nyummmm


Owh...hubby was enjoying the moment. 
I wonder...did he realized that he was not the patient? Hahahahha


Abang Ngah and Yana came. Yana sponsored the cake. Thank you kak....
They brought many other foods from mamak restaurant in MITC area. Furthermore, a few food containers full with delicacies with love from mak in PD. Yummmm!

Of course I can't eat much and I didn't. But the satisfaction shown by Adam has really blew my regrets away. Pity my boy. He has to take care of me on his happy day. But he didn't complaint. Not even once. I am so blessed having him. May Allah bless him with rahmah through out his life. Amiin.

But, me and hubby had presented him a short vacation few weeks earlier for his birthday. So, at least it was done. Alhamdulillah.



Adam slept on the couch in ward. He really didn't complaint and he slept soundly. 

Oh...my baby has grow up. He is a man now...sob..sob....

From the moment he fetched me in the office, until I got discharged from the hospital, he was always glued to me. I do miss him...always.

.
Read More
Assalamualaikum.....

IPU Nilai pagi ini ialah 144 dan IPU untuk Port Dickson ialah 90.

Bagaimana keadaannya?





Gambar2 adalah diantara jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.


Read More
Assalamualaikum.....

Entry nie sepatutnya dah lama di up kan tapi entah kenapa kita delaykan. Sorry Adam. Mama tak tau nak taip apa about this.

Tahun ni Adam dilantik menjadi pengawas sekolah. Kita baru tahu, rupa2nya di sekolah tu, kalau top 10 students yang cemerlang dalam akademik akan dilantik menjadi pengawas. Tapi Adam tak dilantik pun walaupun dia tak tergelincir dari top 10 sejak darjah 1.  And, kami pun tak la nak dia jadi pengawas pun. Cuma nak dia concentrate dalam study jer. Cuma peliknya, ada kawan2 dia yang dari kelas kedua pun dapat jadi pengawas dan dapat macam2 keistimewaan lagi. Ohh..rupa2nya mereka adalah anak2 guru di sekolah tu.

Maaf yer...kita tahu guru2 bukannya pentingkan diri sendiri. Tapi, trend di sekolah Adam..Masya Allah. Sangat mengecewakan. Mentang2lah sekolah luar bandar, mentang2lah ibu bapa murid majoritinya hanya menurut, guru2 ni ambil kesempatan. Memang sangat ketara pilih kasih layanannya. Kami ibu bapa yang berkenalan sejak anak masing2 bersama2 di sekolah ini sangat jelas dengan situasi ini. Tapi, mengenangkan anak menagih ilmu dari guru2 ini, kami pendamkan segala elemen negatif. Cuba rasionalkan sebaik mungkin sebagai pemangkin kesabaran.

Cuma, bila hujung tahun lepas Adam naik ke pentas untuk piala No. 1 dalam keseluruhan darjahnya dan merangkul beberapa hadiah lain untuk markah tertinggi dalam beberapa subjek, maka pihak sekolah tiada pilihan selain melantik Adam menjadi pengawas. Mungkin takut kalau kami mempersoalkan kot. Walhalnya, kami langsungggg tak kisah jawatan2 tu. Adam pun x kisah. Dia langsung tak perlu jawatan2 tu dan tak rebutkan apa2. Dia tak pernah menyuarakan cemburunya.... Alhamdulillah.

Tapi, bila cikgunya kata dia dilantik tu...caranya pun macam tak ikhlas jer nak inform, kita pun fahamlah yang mereka hanya melantik kerana terpaksa.

Tak apalah cikgu.....

Saya doakan anak2 cikgu2 semua berjaya hingga ke akhirat.

Alhamdulillah....

So, bertolaklah Adam ke kursus pengawas yang di adakan di Umang2 Chalet, Kuala Linggi, Melaka. Kursus berlangsung selama 2hari, 1 malam.

Awal pagi, ibu bapa dah hantar anak2

Dah berlonggok beg pakaian mereka

Salah sebuah bas yang terlibat

Adam dan kawan2nya

Dari kiri : Aiman, Asyrul, Adam, Idlan dan Fakhrurazi.

Posing terakhir sebelum berangkat



Kita dengan hubby ikut bas tu sampai ke chalet tu. Lepas tu kami balik ke Alor Gajah. Bila malam, kami datang lagi, sambil minum2 di kafe chalet tu dan hubby memancing. Chaletnya memang tepi pantai. Saja nak tengok keadaan. Tapi Adam nampak kami...berlari2 dia datang. Sweet memory. Esoknya, kami datang lagi untuk jemput dia. Tak perlulah dia naik bas. 

Apa2 pun, kita nasihatkan Adam agar menjaga amanahnya. Tugas ini bukannya mudah. Segala tindakan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Pemimpin, sebelah kakinya di syurga, sebelah lagi tetap di neraka. Itu bidalan beratnya tanggungjawab.

Kami selalu pesan...redhakanlah kalau ada guru2 yang membenci Adam. Biarlah..... Teruskan menghormati guru2 tu walaupun Adam selalu dipandang sinis, di ketepikan, di sindir beramai2. Allah...sedihnya dengan etika guru2 yang segelintir itu. Apa salahnya Adam? Dia sekadar ingin menimba ilmu.

Kita tahu, guru2 tu berdendam dengan Adam, hanya kerana ego mereka dipatahkan oleh kita dan ayah kita masa Adam darjah satu. Setelah puas Adam di tengking, di denda dan di malukan depan khalayak sekolah atas kehilangan buku kerja yang mana bukan salahnya, akhirnya mereka termalu sendiri bila buku itu rupa2nya dalam simpanan guru itu sendiri. Tiada sepatah maaf pun dari mereka. Alhamdulillah.... Ujian dan dugaan untuk menimba ilmu.

Semua dugaan2 ini menjadikan Adam seorang anak yang lebih cepat matang berbanding rakan2nya.

Syukur Ya Allah....

.


Read More
Assalamualaikum.....

Musim2 jerebu nie, tekak sakit, mata berair. Selera pun ke laut jer kan. Kenalah banyak minum air. Kalau boleh, cubalah pakai mask. Kita hari tu kononnya rasa boleh tahan. Konon tak berada lama di luar. Tapi bila start mata berair, hidung pedih, sikit2 nak acchuummm jer, terus rasa insaf. Now, sentiasa spare face mask dalam kereta.

Oh yer, time2 tak lalu nak makan, bila ada 2 menu simple macam di bawah nie...laju la pula menyuap nasi.




Masak lemak putih tauge dan tauhu. Kita masukkan juga lobak merah yang di racik. Untuk natural flavour rasa manis. Adam dan hubby tak suka tauge dan masak lemak putih nie, tapi dah omak eh nak makan...kita masak jer lah. Lagipun, masak kat rumah mak kita di PD. Hubby tak ada masa tu. Resipi mudah. Didihkan jer santan dengan hirisan bawang putih dan bawang merah serta beberapa ekor ikan bilis yang di belah2. Masukkan tauge, tauhu dan carrot. Perasakan garam...taraaaa dah siap! Senang kan?


Memang dah berhari2 terbayang sambal telur rebus. Bukan sambal tumis biasa, tapi kita guna cili padi. Nampak jer cenggitu, tak pedas pun. Banyak bawang jer. Ayah dan mak tak makan pedas sangat. Tapi yang penting, telur rebus tu, mestilah di goreng dulu..bagi kulit telur tu menggerutu sikit. Baru kaww. Oh, menu ini sangat tidak menyihatkan. Apologise for all the health conscious readers. Once in a while should be fine, right?

So, tengah hari nie nak makan apa yer. Bila terkenang menu kat kafe opis nie, mula lah rasa macam tak bersyukur jer dengan rezeki Allah. Makan jer lah kan.... banyak komplin pula.



.


Read More
Assalamualaikum.....

Kecoh sungguh pasal jerebu kan. Port Dickson punya bacaan pun antara yang berbahaya di samping Melaka. Tekak pun rasa perit. Emergency room di hospital2 pun sesak dengan orang yang batuk, demam dan athma.

Oh...kita berada di emergency room Pantai Hospital Ayer Keroh 2 minggu lepas. Admitted dalam wad pada pukul 2.00 pagi selepas menahan sakit di opis KL sejak pagi2 buta lagi.

Sakit...pinggang! Hahahahahhaa....

Mula2 ingatkan muscle jer. Puas la makan panadol extend. Tak jalan, pulun ponstan. Tak jalan, pulun celebrex pula. Bertahan a few hours..lepas tu sakit lagi. Rasa macam nak patah rasanya.

Last2, hubby yang ada audit di Melaka terpaksa drive ke KL, fetch kita dan bawa semula ke Melaka. Reason tak nak gi spital KL sebab tak der siapa nak tolong jaga kat KL. And kami sekeluarga memang dah biasa dengan Pantai di Melaka tu sebab prosedurnya sangat tak menyusahkan.

Hari nie, hari pertama mula kerja.

Owh...ada sedikit slip disc. Tak banyak. Tak kena nerve pun. Tapi sakitnya dok masih terasa sampai sekarang. Bila bersoal jawab dengan doktor dan physiotherapist, puncanya sebab angkat kotak2 berat dan fail banyak2 dengan cara yang salah di opis masa renovation hari tu...

Semoga My Rainbow akan kembali berseri lepas nie..


P/S : Ada yang rindu ker...? Macam nak perasan sikit.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Kita cerita pasal makan2lah weekend nie yer. Ada yang tanya pasal Coconut Shake Klebang nie. Ok lah...kita entry sikit. Ini 2nd entry. First entry, sila godek2 archive blog kita nie yer...

The famous one. Klebang Coconut Shake. Oh, Uncle Lee di Kanada tu tak rindu Klebang ke?



Ini yang special punya. Kalau coconut shake biasa, dia blend air kelapa dengan isi kelapa dengan aiskrim vanila. Yeap..ais krim. So, ais krim yang manis, lemak dan wangi tu adalah perasa yang perfect untuk coconut shake ni. Tak perlu gula tambahan, susu ker, atau perasa ker. Simple jer. Di kisar pula dengan air batu sehingga halus. Rasanya tak macam ice blended. Bila minum, rasa macam ice blended, tapi versi yang halus dan lemak. Sangat licin melalui kerongkong dan rasa macam tak puas bila minum. Lidah tak dapat nak detect apa2 yang jelas...cuma ada rasa seimbang yang sangat soothing. Ala2 rasa macam di pantai dengan kelengkapan mewah la kiranya walaupun khemah tu penuh padat dengan orang.



Oh yer...yang kat tepi jalan tu untuk tapaw (bungkus) jer yer. Kalau nak lepak2 dan menikmati kesegarannya terus daripada tong blender, silalah pandu masuk ke dalam lorong. Kemudian, pandai2 jolok untuk parking. Bagi meng'highlight'kan rasa shake nie, ada kuih muih kampung dan juga nasi lemak bungkus, Bila makan nasi lemak ni, terus rasa macam di tarik ke alam sekolah rendah kita. Sekolah rendah kita betul2 tepi laut di PD tu. Masa tu laut belum tambak lagi. So, waktu rehat, kita dengan kawan2 akan beli nasi lemak bungkus yang berharga 20 sen dan makan di meja kayu bawah pokok tepi pagar sebelah laut. Kalau time air pasang dan angin kuat, sampai air laut tu terpercik pada kami. Anyway...nasi lemak bungkus di Klebang nie betul2 sama rasa macam di kantin sekolah rendah tu. That was about 30 years different. Phewww..!!


Pilihan Adam. Keropok lekor. Yang peliknya, kalau balik Kuantan, x nak pula dia hadap keropok lekor ni.

Dah makan, sila beratur untuk bayar.

Kuih2 di susun atas meja dalam bakul2 sempoi jer. sendiri pilih, sendiri ambik yer. Layan diri.
 
 
 
Review pendek jer...tak boleh duduk lama2. Sakit lagi pinggang dan tulang belakang kita nie.... Aduihhhh.

Read More

Assalamualaikum.....

Kisah minggu lepas sebenarnya nie.

Oh, apa khabar friends? Maaflah, lama sikit menyepi kan. Tak berapa sihat. Back pain lah pulak. Diri, duduk, baring semuanya serba tak kena. Dah jumpa doctor dah, so now berehat di rumah kejap. Ini, tumpang lappy hubby jer. Kena cepat2 siapkan entry...kalau tak nanti tergolek atas katil jer lah..hehehehe.

Oh, ada sedikit majlis kecil di kampung. Menyambut YB baru. Yang kita nie, x tahu menahu. Kebetulan malam tu nak keluar ke pekan PD, nak isi minyak kereta siap2. Kalau tak nanti, nak pergi kerja, makan masa pula nak singgah stesyen minyak. Masa nak keluar, salah sorang pakcik kita call. Dia suruh datang balairaya kampung. Ada majlis sikit. Datang jer...makan2 katanya. Kebetulan Adam dan mak ayah tak ada di rumah. Tinggal kita dengan adik kita Yana jer. So, kita pujuk2 dia...jom ler singgah jap. Orang jemput, x baik kan.

Kami pergi dengan pakaian sempoi. Iyerlah, dengarnya macam tak formal. Yana pun pakai jeans jer. Kita? T-shirt jer...

sekali bila sampai...mak aiii...orang lain siap pakai baju formal. Bling2 lagi orang lain. Ishhh...buat segan jer....



Tiba2 nampak makcik2 kita dengan sepupu2 lain tu. Selamatttt....ada pasukan untuk kami nyorok...hehehehehhehe. Masa ni, orang belum ramai lagi.


Ada stall goreng2 pasar malam. Alaa..mee goreng, kuay tiaw atau nasi goreng dalam kuali leper tu. Sedappp....

Ada kaunter roti canai. Pak Teh kita nyibuk jer kat situ kan...heheheheh

Pasukan kami.....hehehehehhe


YB Don. Selamat menjalankan amanah yer YB.....
 

Dah kata dah...kita selekeh jer. Itupun cover dengan windbraker kan....
 
Dah kenyang makan macam2, lepas bergambar dengan Cik Don macam kat atas...kita dengan Yana cepat2 cabut. Hahahahhaha. Tapi yerlah, kami adik beradik manalah selalu bergaul dengan org kampung. Bila kenduri kat rumah sendiri baru jumpa orang kampung. Nama kami nak merewang rumah org lain memang x pernah. So, kebanyakan generasi muda memang kami tak kenal and diorang pun tak kenal kami.
 
So, bila ada yang jeling2 kita dengan Yana sebab nampak macam mesra dengan a few big shots UMNO kampung, termasuk dengan Cik Don sendiri, kami awarelah. Oh...ramai yang gila kuasa ker? Ishh...malas nak layan. Inilah orang Melayu. Ikhlasnya dalam berjuang untuk masyarakat entah ke mana.
 
Janji jangan kacau kami lebih2, fitnah kami ker..cukuplah. Tapi kalau ada yang banyak bunyi, kami take over post you all nanti, nak? Hahahahhaha.
 
Anyway... 

It was agood party. Quite a good chance for our debut as well. Hahahahhaha.

All the best YB Don.....!

.
Read More
Assalamualaikum.....

My dear boy Adam....


Today is a special day. You turn teenager. 11 years of age.



Join Firdaus for the club of 11 years.

Do naughty things, yet make me smile. Broadly...

Daddy's boy..


Excellency in school. A big reward for us. Thank you darling.



Presents from school.


Presents from friends and family...

None of the presents requested by you. You accept everything as it is...

The beloved atok of yours. Vice versa.

The most loving nenek to you. Vice versa

Undeniable love for Japanese cuisine.

May you will stay as my small sweet soleh boy of mine forever.

May your life filled with happiness, excellent health and wealth...and the most important thing is : May you be a perfect Muslim and khalifah.

Amiin...


.

Read More
Assalamualaikum.....

Kali ni, kita bercerita pula tentang makan2 lagi yer. Biasanya yang kita perhatikan, kalau bab makan jer, tinggi la sikit trafik blog nie. Kalau topik lain tu...agak kureng la sikit. Tak kisahlah..janji kita share segalanya di sini yer. So, nak cerita in English (walaupun Englishku sangat menyedihkan tahapnya) atau dalam BM?

Cerita pasal makan2 ni, best kalau cerita dalam Malay language lah kan..(or rojak langguage?).

Pasti dah ramai blogger yang share tentang mee sup nie. Kami panggil Mee Sup Tengkera sebab kedai sup nie lokasinya di Jalan Tengkera. Kalau dari bandar Melaka, lalu jambatan tinggi yang boleh nampak laut Selat Melaka tu menghala ke Klebang, di simpang 4 selepas turun jambatan tu kena ambil kanan. Terusss lagi sampai simpang 4 yang dah tak boleh jalan terus, ambik kiri. Straight lagi, kedai nie sebelah kanan selepas Dewan Badminton.


Yang di atas nie adalah gambar signboardnya. Mee sup ni memang dah lama sangat2 bertapak di sini. Memang sokmo penuh. Dolu2 masa bertunang dengan hubby, kalau ke Melaka dengan parents in law mesti kami singgah makan di sini. Tapi bila dah menetap di Melaka, tak pula selalu makan di sini. Bukan apa, sekarang nie kalau weekend jer, Melaka mesti jem kaw2 punya. Kami orang melaka nie, kalau tak bawa pelancong, jarang nak masuk bandar bila weekend.



Yang pakai kopiah tu ownernya. Dulu dia dengan abang2nya yang sama2 usahakan. Now abang2nya dah uzur, so dia teruskan dengan pekerja2 yang ramai. Oh yer, pekerjanya semua pun dah pakai uniform. T-shirt ber cop nama kedai.


 Ini pilihan kita. Mee hoon sup. Menunya sangat simple. Mee, mee hoon atau kuay tiaw sup. Itu jer. Mangkuk kecik jer. Simple dish. Ada mee tu, carikan isi ayam, sayur 2 sudu, cili besar potong dengan kuah sup. Siap. Nak kaw sikit, tabur lada sulah tu. Memang sesuai untuk minum petang. Kalau untuk lunch, memang x kenyanglah....

Ada juga stall yang jual popia basah, tapi masa kami datang nie, popianya tutup.

Kedai ni, buka dari pukul 4.30 petang. Kira macam antara Asar dan Maghrib la kiranya. Tapi selalunya pukul 6.00 petang tu dah licin lincau dah.....




Kalau weekend, nak makan kena lah tunggu meja kosong. Berdiri2lah sana sini nak rebut meja kan. Tapi biasanya tak tunggu lama sebab meja banyaaaak dan orang pun lepas makan mee sup, terus chow. Bukannya ada menu pelik2 macam ikan bakar ker apa ker kan. Kalau ada yg macam tu, haruslah lama nak menunggunya.

So, weekend nie dah penghujung cuti sekolah. Ada yang merancang nak datang Melaka ke..?

.
Read More
Assalamualaikum.....


Ok...seperti yang dijanjikan semalam, kita kenalah huraikan tentang gambar WW tu kan.

Sebenarnya kejadian nie lebih kurang 2 minggu lepas. Weekend tebang pokok tu lah....

Sabtu tu kan adik2 dah start datang rumah kita. So, tak sure diorang nak sampai pukul berapa. So, sebelum masak untuk lunch, kita prepare jer lah spaghetti nie. Manalah tahu kalau tiba2 diorang muncul jer kang, apa pulak yang nak kita hidangkan. Kalau setakat dalam rumah tu, tinggal kita berdua jer dengan Adam sebab hubby kan ada training di Colmar.

Kobek2 lemari turun temurun kat tepi dapur tu, jumpalah angel hair nie sekotak. Kita memang suka masak angel hair spaghetti nie sebab bila makan tu tak cepat muak (maka boleh makan dengan banyak), dan masa untuk memasak pun lebih pendek berbanding spaghetti biasa.

Anak2 Abang Ngah tak makan pedas. Adam pula suka yang creamy2 sikit. Nampak pula ada satuuuu jer tin Prego sos carbonara. Jadilah....buat rencah jer kan. Nak masukkan ayam dan sayur over extreme kang, budak2 nie bukannya layan. So belasah sosej jer lah...boleh menarik minat mereka sikit.

Rebus spaghetti. Sementara tu, racik dadu bawang putih, bawang besar dan cili besar hijau sebatang. Lepas tu kita racik sebatang carrot macam batang mancis, tapi lebih halus lagi. Nak ala2 sembunyikan daripada mata kasar kanak2. Janji, ada sayur.

Tumis bahan dadu, dah wangi baru masukkan carrot. Lepas tu, curah jer lah sos prego tu. Nak banyakkan kuah, masukkan sus segar dan bancuhan sedikit tepung jagung untuk pekatkannya. Bila dah mendidih, bolehlah masukkan sosej yang main hentam potong tu kan. Kalau ikutkan kita, nak potong dadu, tapi kang budak2 tak nampak rupa sosej pula. Tak menarik minat pula. Tu yang potong dadu jer tu.

Kebetulan, tengah2 masak2 didih tu semua, adik kita pun sampai. Syukur.

Bila nak tutup api, taburkan dengan serbuk oregano dan juga serbuk cheese parmesan. Bila nak makan, masukkan spaghetti dalam pinggan dan curahkan dengan kuahnya. Maknanya hidangkan spaghetti dan kuahnya berasingan lah.

Dan Alhamdulillah, lajuu pulak diorang makan. Yang kecik umur 2 tahun tu bukan main susah nak makan selalunya, tapi dengan spaghetti nie, kejap2 dia mintak lagi..kejap2 datang balik meja makan, mintak lagi. Terperanjat mak ayahnya tengok dia makan banyak.

Adam?

Tak yah tanya. Senyappppp jer cedok ke pinggan dia, terus khusyuk. Bertambah2.

Dan, org2 dewasa nie pun laju jer makannya. Termasuklah kita...hahahahaha

Bila mak ayah dan Yana sampai, terus licin lincau jadinya. Alhamdulillah....

Ada sedikit hint rasa cili, ada rasa bawang2 yang ditumis dan kuahnya tak sepekat carbonara biasa. Rasa macam makan spaghetti berkuah pun ada. So, sesuai lah dengan lidah melayu sikit.

Satu peket angel hair spaghetti tu boleh dapat satu mangkuk besaaaarrrrr spaghetti tau. Banyak juga lah.

So, mudah kan? Agak2 malas nak masak, atau nak cepat ada tetamu dah nak sampai, bolehlah cuba cara nie. Tapi, kalau nak proper, sosej tu dadulah kan. Campur dengan button mushroom dan ketulan isi ayam. Masukkan capsicum dadu sikit. Wallah..special nanti jadinya...

Ish...rasa macam nak repeat pula. Masakkan untuk hubby pula dengan in-laws this time. Weekend nie lah repeat. Insya Allah.


Ada yang tak makan western menu macam nie yer..?


.
Read More
Assalamualaikum.....






Nota 1 : Macam biasa, ceritanya esok.

Nota 2 : Entah kenapa pulak minggu nie tersampuk penyakit 'dot..dot..dot'

Nota 3 : Jangan pandang rupanya yang tak menawan. Baca dulu kisah gambar nie esok.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Wah, hangat betul kisah Izzue Islam nie kan....

Maka kita pun tumpanglah sekaki dalam kisah dia nie kan...hehehehhe...

First sekali, cerita tentang novel dulu.

SSiD adalah antara novel pertama karya blogger yang kita miliki masa hari pertama buku nie di pasaran. Alhamdulillah....sangat2 tidak mengecewakan. Memang besttt sangat kisahnya walaupun ada a few things yang sedikit tidak tercapai dek akal.

Dan bila disampaikan oleh penulisnya, Zura Asyfar yang novel ini akan di dramakan, maka kami yang peminat SSiD mulalah terkinja2 di blognya. Bila disampaikan pula bahawa hero yang dipilih ialah Izzue Islam, sumpah kita tak kenal dia. Dan kami pula kebanyakkannya tak nak Tiz Zaqyah menjadi heroin sebab macam nak satu pembaharuan dengan SSiD ni. Tapi telah termaktub pilihan produser ialah Tiz Zaqyah.

Setelah 8 episod drama nie, kita yang menentang Tiz menjadi heroin, mula berpaling arah. Producer knows best kan. Tiz is good. Memang tidak mengecewakan. Andddddd...... Izzue Islam himself is not bad at all. Bahkan, lakonannya sangat natural, sangat fresh dan he seems to be himself in this drama. Sangat2 menepati watak Firash itu sendiri.

Dalam pada meletop2 nama Izzue Islam ni, semuanya dikejutkan dengan berita perkahwinannya.

Ok..fine...tapi 2 minggu sebelum ini, kita lagi terkejut bila tahu yang isteri Izzue Islam ini rupa2nya adalah adik kepada salah seorang officemate kami. Subhanallah....

Officemate kita nie orangnya sangat baik budi bahasa. Sopan santun dan sangat menghormati orang lain. Satu2nya abang kepada isteri Izzue. Dan, beliau di recruit oleh kita sejak dia graduate dari U nye. Isterinya pula adalah salah seorang penerbit berita di radio kami. Wah, mereka bercinta senyap2, sedar2 dah dapat kad jemputan. Suami isteri ini, 2-2nya kita sayang seperti adik sendiri dek tingginya budi bahasa mereka.

Anyway, kita cilok gambar daripada Oh Bulan dululah yer...sebab gambar daripada abang pengantin yang di blue toothkan pada kita petang semalam gagal di upload dalam komputer. Telefon kita nie memang wenggggg banyak.

Alhamdulillah, newly wed.


My officemate, abang pengantin, songkok hitam baju melayu coklat sebelah Izzue.

Keluarga pengantin perempuan. Berdiri kiri sekali ialah officemate kita dan berdiri kanan sekali ialah isteri beliau. 


Now, talking about the couple. 

Ramai peminat2 seni industri hiburan tanah air di Malaysia nie memang bermulut longkang kan... Allah, kita pun dah terikut. Tapi seriuslah, geram. Kita tak sanggup baca sendiri, tapi mengikut kata kawan2, dalam blog Beautiful Nara, ramai yang kondem pengantin perempuan. Tak padanlah, itulah, inilah...

First thing that came into our mind is : They are just being jealous.

Ko, kalau tak jeles, takkan nak kondem orang kan?

Anyway, not because dia nie adik kawan kita, kita dok pertahankan. Tapi as a human, sebagai seorang Islam, pernahkan rupa paras itu menjadi kayu pengukur untuk di hinakan? 

Beauty lies in the eyes of the beholder.

Bagi suami kita, kitalah perempuan yang lebih cantik dari kebanyakkan wanita gorgeous yang kita pandang. Itupun, setelah berbelas tahun kami berkahwin, semakin hari semakin dia rasa cantik. Kalau orang lain pulak, sebelah mata pun x sanggup nak pandang kan...? Silap2, boleh nightmare berbulan2, hahahahhaha.

Bagi kita pula, biarpun ada banyak lelaki gagah perkasa di luar sana, sehensem Bradd Pitt atau Tom Cruise sekalipun, hati dan pandangan tetap merindukan hubby. Tetap rasa bangga berada di sisinya walau di mana sekali pun. Walaupun ramai yang pelik apa sangatlah yang kita pandang pada hubby kita tu. Sampaikan ada sorang pakcik di Terengganu tanya hubby, dah kawen ke belum? Bila hubby kata dah, dia geleng2. Pakcik tu kata, besar mcm nie pun, ada orang nak..? Wah, nasiblah dia tak cakap depan kita. Kalau tak, tahulah nasib pakcik tu. 

Dan kita yakin, anda semua punya perasaan yang sama terhadap pasangan anda. Betul tak?

Dan kita yakin, itu juga yang di rasakan oleh Izzue suami isteri. Setelah 5 tahun mereka bercinta dengan penuh rasa hormat menghormati di antara satu sama lain, di saat Izzue sedang menuju kegemilangan, Izzue lantas terus mengambil keputusan untuk mengangkat darjat wanita itu menjadi kekasihnya yang halal. Tidakkah itu cukup untuk membuktikan betapa ikhlasnya cinta mereka?

Oh, tolong jangan pertikaikan perbezaan umur mereka. Tidakkah Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Khadijah juga begitu?

Dan, Izzue suami isteri sekarang rasa sangat bersyukur, lega dan gembira kerana hubungan mereka telah halal. Pada pandangan kita, semakin mudah mereka bekerja kerana dah tiada batasan. Isteri sendiri jadi manager kan...

Dan, kisah Izzue berkahwin dengan manager sendiri pun boleh pula dijadikan topik pagi di radio baru, U FM pagi tadi. Hisshhh! suka betul menyelongkar isi kelambu rumah orang lain kan? susah sangat ke nak bersangka baik dan mendoakan yang baik?

Aaron Aziz dan Dato' AC Mizal pun menjadikan isteri masing2 manager mereka juga kan? kenapa tak pula di jadikan issue?

So, walaupun tak ramai yang membaca entry ini, kita mohon kepada yang membaca, supaya mendoakan cinta pasangan ini kekal selamanya hingga ke Jannah. 

Amiin.


.





Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama