Khamis, 2 April 2015

Burung-burung di Rumah

Assalamualaikum.....

Kisah semalam. Tak sempat lah nak letak gambar tu balik. Pandai2 lah tengok entry semalam yer....hihihii.

Burung merbok ni, burung yang terbaru. Betul kata Daddy si Ziyyad Zayyan Zaydan tu. Burung tu dah selamat dah meninggalkan sarang. Bersarang di pokok hiasan yang di tanam hubby.

Tapi sebenarnya, sejak kami masuk rumah ni bertahun2 lepas, kat balkoni atas tu dah memang sarang burung. Letih betul nak membersihkan hasil2 buangan mereka. Saya minta hubby tutup balkoni tu, dah 5 tahun tak bergerak. Mata ni sakittt jer memandang. Yang pelik, tak der pula kat rumah jiran2. Best sangat ke rumah kami nie?

Tapi saya rasa sebab hubby memang suka dengan bunyi kicauan burung tu. Bila bangun pagi, riuh jer...

Arwah Ba pernah puji. Katanya rasa seronok datang rumah kami pagi2 sebab damai jer dengar bunyi kicauan burung.

Baru2 ni pula, hubby cari pasal lagi. Dia paksa saya beli anak itik untuk dia pula...Aduhaaiiiii, Dah jadi keje lain pula sekarang membela itik 2 ekor....

9 thoughts..:

Mona Lea berkata...

mesti best kan pagi2 dgr kicauan burung....

Nurzakiah Hanum berkata...

itik plak ek

lieyalatif berkata...

bunyi kicauan mmg best kak tapi hasil pembuangan tu jenuh nak bersihkan kak heheheeh.....tapi burung2 kalo dtg umah kite ni org kate murah rezeki....

kak itik?? dulu mak lieya penah bela.....nakal sikit itik ni kan kak....abis sayur kebun org di rosakkanyer....sejak tu tak kasi lepas dah....heheheeheh

Acik Erna berkata...

murah rezeki la tu ziela kan..burung suka..sejuk rumah ziela tu kot panas..lama dah burung tu cabut

ujie othman berkata...

mana belaan baru tu?? nak tengok gak.. :)

Kakzakie berkata...

Itik pulak dah:)
Tapi kalau dah besar boleh sembelih buat gulai itik sedap hihi..

aizamia3 berkata...

comel tak anak itik tu..
cer bayangkan dak Nuha datang rumah, kejar anak2 itik tu.. hehehe..

makchaq berkata...

Burung menumpang rumah kita insyaAllah bawak rezeki dan tolong doakan kita....
bela itik kena ada kolam...

elly nadyra berkata...

kak tambah lagi few binatang comel2
bleh jadi mini zoo
adik saya dibelanya sugar glider, kura2, kala jengking, ikan, kucing haishhhhh
bleh jadi mini zoo kak umah dia

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink