Masa di pejabat lama, kami di HR Department selalulah kena bersedia menerima tetamu dan menyiapkan hidangan serba sedikit. Bukan sekadar tetamu dari luar, tapi tetamu dalaman juga. Tetamu dalaman ni termasuklah pegawai2 dari ibu pejabat, pengurus2 dari cawangan yang datang untuk mesyuarat ataupun petugas2 biasa yang bukan dari pejabat kami.
Hidangan kat atas ni masa saya di pejabat Bangsar. Menyediakan hidangan untuk petugas teknikal yang datang untuk baiki internet. Mereka datang pagi, jadi saya sediakan kuih muih saja. Kalau mereka bekerja sehingga petang, biasanya tengah hari tu kami belanja makan sekali. Bukan selalu...sekali sekala jer mereka datang. Lagipun saya perasan bila saya org HR belanja mereka makan dan sembang tentang anak isteri mereka, ibu ayah mereka, persepsi negatif mereka pada HR semakin nipis.
Di pejabat baru, kalau nak buat mcm ni pun, kena awal2 beli kuih...
Jumaat dah ni...apa plan?
.
13 thoughts..
sedapnya
plan macam macam dah untuk weekend ni kak.. harap2 berjalan lancar segala urusan..
betul tu..selalu kan staff sure tak suke HR..menarik inisiatif ni... ;-) tapi sy bukan HR..hehheeh...
adat tetamu datang ke rumah kita lah kan..hehehe...
hari jumaat sudah..esok masih lagi bekerja
Assalamualaikum Aziela,
Kut dokek ngan area kodai Omak akak.. memang akak rekomen call Omak akak jo ni..
-sarapan bawak ko potang.. tau2 dah siap tunggu dopan opis jo.
takm boleh nak plan apa2 dah ziela.,,poie kenduri yo laa
Untung tetamu yg dtg dpt makan foc:)
Samalah kakak rasa dimana-mana memang begitulah, ada yg dtg pejabat kita at least kena ada minum..
Weekend ni dah ada plan.. cuma menjadi dengan idak je kak.. silap2 saya cuma mampu berehat di rumah kepenatan.
assalamualaikum,
salam singggah. sedap la pula nengok pau tu.
orang HR memang pandai entertain tetamu..
orang penting dalam syarikat ni...
Hello Aziela, very nice kuihs....and very good display too. Ada class.
Kalau saya datang, amacham? Apa cake you keluar?
Tapa la, saya orang not fussy, iced coffee da chukup.
Or plain donuts, 6 pieces, or kuih bingka pun boleh juga, ha ha.
Aziela, you suka makan maple syrup? Ok, if you not busy main golf ke doig line dancing, datang pondok...
Saya baru balek estate maple...tengok how maple syrup is made.
Have a nice day.
Lee.
Agak2 kalau saya singgah,
ada kuih tak?
Saya cadang nak sembang sampai petang.
Kira lunch sekali ya...
Ha ha ha.
Tak rugi belanja orang makan.
Selain dapat kenyang,
pahalanya berlipat kali ganda.
tetiba nak dtg opis akak
bleh request kuih apa tak kak
hehehehehe
Catat Ulasan