Khamis, 2 Julai 2015

Bila Tetamu Bersahur Di Rumah Saya

Assalamualaikum.....

Weekend lepas, kebetulan kawan adik ipar saya tumpang tidur di rumah kami. Yang saya ni memang tak prepare lah kan. Jadi, bila ada tetamu di rumah, saya pening kepala. Nak masak apa. Peti ais memang dah lama tak stock-up.

Maka, saya repeat jer menu sardine masak lemak saya sebab itu jer yang tinggal pun untuk waktu kecemasan macam ni. Saya tambah sayur tumis biasa, ayam drumet instant dan ikan masin.


Mula2, hanya saya dengan Adam saja sebab bila dikejutkan berkali2, liat pula nak bangun tetamu kami tu. So, saya biarkan sajalah. Segan pula saya nak berulang kali ketuk pintu biliknya.

Lepas saya dengan Adam makan, baru saya suapkan hubby makan pula. Yer, kalau sahur, hubby saya kadang2 bersuap makannya. Dan dia akan makan banyak sikit kalau saya suapkan. Anyway, masa tu lah tetamu kami ni turun dari biliknya. Maka terpaksalah dia makan seorang diri.

Tapi rupa2nya, dia makan sampai bertambah. Katanya masak lemak sardine tu memang kegemaran dia. Dia pun dah lama tak makan. Hmmm....tak sia2 saya gigih memasak rupanya...hahahhaa.

Lepas ni, saya mungkin akan 'berehat' dari masak sardine untuk beberapa ketika kot. Dah 2 kali makan sardine untuk sahur nie.... Jemu pula lah .



.

13 thoughts..:

Mrs Velentine berkata...

hahahaha.....sardin masak lemak kak kalau lapaq mmg sedap...suami makan bersuap....so mmg kena awal sahur lah kan kak

Nurzakiah Hanum berkata...

assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je

aizamia3 berkata...

Lagi sekali buat saya rasa teringin nak.. ;)

Pak Idrus berkata...

Aziela, any food cook with love would surely taste good. Take care.

Daddy Ziyyad berkata...

hamboii..siap makan bersuap lagi suami akak...lomantikkkk di waktu sahur...kikikiki..
sardin masak lemak mmg sedappppp

Rai OurKizuna berkata...

segannya saya kalau tidur rumah orang bangun lambat.. kalau rumah mak sendiri lain cerita.. tapi segan jugak dengan mak.. hahaha.. bestnya jadi husband akak.. siap disuapkan..

dorsett pink berkata...

saya tak makan sardine lagi Ramadhan kali ni, lepas ni maybe boleh masak sardin.. hehehe

Kakzakie berkata...

Kalau dah tinggal makan kata tak sedap memang tak patutlah Ziela..
Apa lagi dah dia kata favorite dia memang langkah kananlah dia sahur pagi itu.

azieazah berkata...

Sardin masak lemak cili padi ni paberet MyToklaki. Dia yang ajar saya cemana nak buat. Ohhh sedap betul. Campur kentang.

Makan dengan ikan masin tu memang sesuai lah!

JunAina berkata...

Boleh try tu sardin masak lemak...

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Ada jugak yg folo nanti ni..

adianiez AIDA berkata...

tak pernah masak sarding cara lain.
sedap ke ekk zai?
aida goreng dia...
atau masak sambal....

elly nadyra berkata...

amboi bersuap2 lagi ye
patut la makan bertambah

saya baru sekali masak sardine
hehehehhehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink