Insurance kami..

9 comments
Assalamualaikum.....

Yes. Prudential.


Sebenarnya, kami tak pernah ada personal insurance sendiri. Pertama, dulu rasa macam mahal. Takut tak mampu. Second, simply because kami dilindungi oleh syarikat masing2.

Tapi, sejak bertukar syarikat, dah ada kesedaran. Lebih baik jaga diri sendiri dulu.

Tapi, saya ni dah berbelas tahun menguruskan insuran petugas. So, fahamlah juga sikit tentang insurans. So, bila nak pilih insuran mana, saya agak cerewet sikit.

Kami ambil insuran dengan kawan hubby. Dia baru nak memulakan karier sebagai agent. Disebabkan kami dah kenal, maka panjanglah diskusi kami. Di samping bertanya, saya kongsikan juga beberapa perkara yang dalam pengetahuan saya.

Maka, kami sign up dengan beliau. Bukan hanya kerana dia kawan kami, tapi sepanjang yang saya tahu, ranking personal insurance terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara, masih lagi Prudential di tangga teratas.

Saya dah go through polisinya. Of course ada grey area, tapi tak sebanyak polisi insuran lain. Dan juga, insuran lain terang2 menjelaskan bahawa mereka boleh menukar sebahagian klausa sewenang2nya.


Jadi, pada satu malam agensi ini mengadakan majlis untuk memperkenalkan agent mereka. Saya hadir sebagai sokongan. Tak ramai Melayu. Tapi bolehla... 
Sebelum Maghrib, sesi networking. Ada jamuan ringan. So, sambil minum, makan..saya kenal beberapa orang juga.

Ini antara agent yang naik pentas malam tu. Agent saya yang kanan sekali. Mereka berkongsi kisah perjuangan mereka.

Isteri agent saya yang bertudung kuning. Kami duduk bersama.

Ramai yang datang malam tu. Majlis santai dan meriah.

Ada yang akan tidak bersetuju dengan saya. Dan saya tak dapat menidakkannya. Masalah mungkin timbul antaranya dari beberapa perkara:

1. Pakej yg diambil dulu dan sekarang mungkin berbeza. Setiap beberapa tahun, insurance company akan keluarkan produk berbeza. Untung kat sini, rugi kat sana. Maka, study polisi dengan teliti. Yang tak faham, sila minta penjelasan.

2. Kebanyakan orang yang ada masalah dengan insuran yang saya jumpa, rata2nya merujuk kepada janji dan penerangan verbal dari agent. JANGAN... Kadang2 ada agent yang tak faham pun dengan produk mereka. Ramai agent yang tak go through polisi langsung pun. So, mereka salah beri penjelasan dan salah berjanji.

3. Sila dapatkan agent yang bagus. Yang sanggup korbankan waktu tidur dan waktu holiday mereka di saat anda memerlukan, yang rajin update anda tentang perkembangan polisi anda, dan yang ada integriti. Jujur, amanah dan komited.


Saya bukan mempromosi. Saya hanya berkongsi. Ada banyak produk baru untuk personal insuran. It's your call. Cuma, baca polisi dengan teliti. Jangan pandang gula2 sedap berwarna warni saja, tapi cari juga semut2 atau serangga di celah2 gula2 tu. Selalunya tak perasan kan?

Bukan apa, nanti dah 5 tahun membayar, tiba2 ada masalah...dah serba salah pula. Duit dah habis banyak, tapi tak menepati keperluan. Kalau berhenti, duit tu semua hangus...

Oh, sila maafkan saya kalau ada yang tak bersetuju.. Ini hanya pendapat dari pengalaman saya.



.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

9 thoughts..

babYpose berkata...

Assalamualaikum Aziela, betul kena baca polisi dulu, saya pun baru ambik insurance saving untuk haji.

abuikhwan berkata...

Assalamualaikum,
Terima kasih atas infonya, sangat bermanfaat...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Ziela.. ada prribahasa baharu.. semut di sebalik gula berwarna-warni

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak nak senyum dulu dgn peribahasa Seri Kandi tu:)

yTerkenang masa abang masuk specialist di Batu Pahat masa rasa lepas kecoh bila staff insurance company sedang bercuti. Nak marah tak boleh kakak swap credit card dulu. Tapi tak sampai seminggu mereka bayar balik. Berbelas ribu Ziela kalau duit sendiri sayang kan..

Lee berkata...

Hi Aziela, Prudential Insurance is a good, reputable company. I used to have a policy with them long ago. Good to have an Insurance covering medical, life and home coverage too.
Yes, make sure you have a good understanding of their various coverage, and in writing. Check out their benefits. Ask questions the 'what ifs', or the 'what happens if I..'?
Best regards,
Lee.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Dulu masa dok mesia mmg weols ambil prudential ni juga...3 of us monthly rm400+ kot x ingat sgt
ikut apa yang kita apply gituew khen
but tgk ramai kengkawan resign keja sebab join juai insurance ni...

Mrs Velentine berkata...

wah alhamdulillah..MV takda ambik insurans..insyaallah next year myb akan ambik

ellynadyra berkata...

haaa anak bungsu saya amik prudential
len2 semua amik AIA

zoul dahan™ berkata...

orang melayu tak ramai yang ada insurans.
ramai yg berserah kepada takdir Allah.
juga rasa hospital kerajaan pun apa kurangnya.
tetapi bila dah terkena,
dah terlambat untuk bertindak.
saya pernah rekomen beberapa pesakit kpd agen insurans saya.
100% semua tak jadi beli.
banyak komitmen lain kata mereka.

tetapi yang ada insurans,
terutama yg company beri.
mereka memang guna sungguh2.
pantang sakit sikit,
nak ke specialist sahaja.

tabiat orang kita.
tak nak rugi sikit.
tapi nak untung banyak.

sekian cerita saya.