Selasa, 5 Januari 2016

Shopping Trip to Kuantan

Assalamualaikum.....

Cuti Christmas tu hari, hubby tiba2 ajak ke Kuantan. Kami pergi berdua jer sbb gerak dari Melaka. Adam tak nak ikut ke Melaka sbb dia ada tuisyen. So, sudden decision with unplanned visit. Redah jer lah kan.

On the way tu, buka la booking.com, tapi harga dan option di Kuantan tak menarik. Maklumlah, cuti panjang. Mesti full. Kami jalan slow2 dan enjoy the scenery. Lalu Pekan...sebab nak lalu tepi Sg Pahang. Melepasi jambatan Sg Pahang, hubby berhenti di Ancasa hotel. Kalau available, tidur sini jer katanya. Selalunya kami lalu lalang jer. This time...lepak sini lah.

Tgk harga dlm booking.com mcm menarik. Tak sampai 200. Tapi walk in dulu, compare harga. Mak aii..almost 300 kalau walk in. So, keluar balik, dok dlm kereta dan terus buat booking online. Settle.

Since masih pagi, kami terus ke Kuantan dulu utk berjimba2. Lepas makan di Cheruk Paloh, pergi cari Kamdar yg baru berpindah lokasi. Beli seluar hubby dan kain utk saya. Kemudian kami patah balik ke Pekan utk check in.

Bila dapat masuk.ke bilik...waahhh

Sangat best. Luass. Ada sofa lagi...ada work station lagi... Saya tersengih2 sbb harganya berbaloi sbb booking.com tu.


Toilet pun luas. Ada bath tub juga.

Lemari ada tingkap utk terus ke toilet. So, dari bathroom boleh terus capai baju dari almari.


Antara yg kami sempat beli.

Malam tu, ke Kuantan lagi. Makan tosei yg dirindui di Alif Restoran depan balai polis sebelah Teruntum tu.

Lepas makan, pusing jalan kampung cari group2 pemancing. Bila dah penat, baru balik tidur.

Esok pagi, check out dan ke Kuantan semula. Hubby suruh saya masuk Giomall yang baru. Tak pernah hayat saya kena beratur untuk shopping. Rasa macam nak loncat masuk kereta semula. Tapi nnt hubby marah. Mujur tak lama beraturnya. Tak kuasa nak berebut berkejar bagai. Pelik tengok wanita muslim yang berlari berebut untuk masuk situ. Allah....


Didie Alias jadi MC pembukaan Giomall

Asalnya saya nak tengok telekung Siti Khadijah, tapi tak sanggup berhimpit. Naik atas...beratur kat tempat paling aman. Sambar tudung instant jer yg murah2, dan dapat free gift shawl. Terus keluar. Sempat juga tengok Siti Nordiana menyanyi lagu Memori Berkasih. Dan hubby dah tawaf berkali2 masih tak jumpa parking. Saya terus loncat masuk kereta dan ajak hubby beredar cepat.


Singgah Pak Din di Tg Lumpur. Borong sata utk bawa balik PD.

Lunch udang galah fresh di Chini.


Dan terus balik PD. Hubby tidur sepanjang jalan. Sedap betul tengok dia lena.

Rasanya kena datang lagi. Tunggu cuti sekolah kot. Boleh bawa Adam.


.

9 thoughts..:

Miz Eija berkata...

wehuuu... syoknya ala-ala honeymoon giteww

Nooriah Abdullah berkata...

assalamualaikum zeila
sesekali honeymoon gitu best jugak kan
macam raja dan permaisuri hehe

Farhana Zukri berkata...

bestnya shopping hehe. tak pernah ke Kuantan lagi :)

Azian Elias berkata...

selalunya kalau yg unplanned tu lagi best kan.

kakyon berkata...

baru ky tahu booking online lebih murah..

Sanisah eeiyss berkata...

besnya berdua~ hanimunnnn (^____^)v

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

aaaaa.. kenapa tak mintak katil king? rugi2.. hihi.
Ziela.. Swiss Sg Petani pun bleh tembus almari ngan toilet.. mmg main capai2 jer baju.. haha. Tapi akk tak suka pakai baju dlm toilet, mesti nak masuk bilik sambil landing atas katil.. haha

Zoul Dahan berkata...

Saya suka jalan-jalan yang tak dirancang sebegini.
Selalunya akan lebih menyeronokkan.
Jumpa tempat2 yg 'rare'.
Dan kalau nasib baik,
dapat bilik yg melangkaui expectation,
hilang segala penat...

yaya cendana berkata...

assalamualaikum...jalan2 cari kawan ...yaya dah follow sini....follow back yek...
mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

tq ^_^

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink