Ahad, 14 Februari 2016

Bertunang Ringkas

Assalamualaikum.....

Adik saya dilamar tahun lepas. Kami gembira untuk dia, disamping risau juga. Tak nak dia melalui pengalaman perit lagi. Kesian dia.  Lama dia diuji, lama dia bersabar. Harapnya kali ini dia jumpa kebahagiaan hakiki itu.

Lalu, keluarga pihak lelaki, datang dari Penang masa cuti Krismas untuk berbincang. Sekali dgn sarung cincin. Tapi ayah kata tak perlu dulang hantaran dan majlis. Ini hanya pertemuan ringkas. Kami masaklah sikit...


Kurma ayam

Sambal tumis udang dan 
petai

Kacan buncis goreng

Kuih bakar pandan

Cheese tart

Muffin coklat

Kuih muih tu order jer. 


Dah termetri janji. Alhamdulillah. Adik saya baju kurung purple.

In sya Allah majlis pernikahannya bulan Mei nanti. Katerer juga la. Kami dah tak larat nak buat sendiri semua. Yg penting, majlis tu direstui...

Amiin.


.

16 thoughts..:

Suriaamanda berkata...

Alhamdulillah..tahniah..senang macam ni kan...sekali harung hantaran nanti masa Nikah.,.SA pun macam ni

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Tahniah.. Alhamdulillah.. wahhh.. satu bonus ni dapat org Penang.. leh salu pekena nasi kandaq.. hehehe

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Aziela,

Selamat bertunang kepada adik Aziela. Semuga beliau dilimpahi dengan kebahagian yang diharapkan dan bersabar menanti ke jenjang pelamin, amin

Aimaniman Ezaiza berkata...

tahniah.. semoga kekal ke jinjang pelamin dan berbahagia ke akhir hayat..

Wa berkata...

Tahniah,,moga semuanya berjalan lancar nanti...sedapnya sambal tumis udang ngan petai tu,,,gulppppp...

che mid berkata...

Assalamualaikum dik

So ini cerita Krismas hari tu ke, atau baru-baru ni je..

apa-apa pun really looking forward May ini.. he he Insyaallah

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau jauh destinasi biasa memang org buat terus begini Ziela
Masing-masing pun senang.

Fazleyatul Aini berkata...

tahniah buat adik nya

makanan semua nampak sedap2 kenyang perut tetamu ni

aizamia3 berkata...

Tahniah buat adik kak Aziela.. ;)
Adik ipar bongsu saya juga selamat bertunang CNY baru2 ni..

Daddy Ziyyad berkata...

Saya doakan adik akak bahagia, dan dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin. Teringin nak makan kurma ayam pulak lps tgk gambar tu...hahaha

Azian Elias berkata...

INSYALLAH.. mudah2an yang terbaik buat dia..

YieN berkata...

Less is good zaman skrg ni, hehe~

elly nadyra berkata...

alhamdulillah dan tahniah, moga dipermudahkan sampai ke majlis akadnya nanti

Husna Rahman berkata...

yes...simple is easy...terliur tgk menu tuuu..lg2 tart tu...

adianiez AIDA berkata...

alhamdulillah :)

Zoul Dahan berkata...

Saya suka yg ringkas2 sebegini.
Rasanya anak2 saya pun saya akan buat begini.
Tetapi yang penting makanan mesti sedap.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink