Rabu, 10 Februari 2016

Pre-Dinner for CNY

Assalamualaikum.....

2 malam sebelum CNY yang lepas, saya dan hubby pergi ke rumah Aunty Nyaros, kakak Mommy yang sulung untuk hantarkan hamper. Kami tak pernah pun bagi, tapi tahun ni ada kelapangan, ada rezeki dan kami rasa dah sampai masanya untuk kami jadi 'orang tua' dalam keluarga pula.

Mommy dah call Tanya Aunty Nyaros ada kat rumah tak. Bila confirm dia ada, baru kami bergerak. Tapi dia pula tak henti2 Tanya pukul berapa kami nak sampai...

Rupa2nya ada pre-CNY dinner untuk adik beradik Mommy. Since Mommy seorang saja yang convert, maka tak lah kami dijemput. Harap maklumlah makanan diorang kan...


Cayern Goh, si kecik yang dah almost 2 years old. Bukan main manja lagi dia.

Budak 2 orang ni dah tentu ada jer menempel..

Rupa2nya cousin hubby, si Danny dah belikan kami fast food. Wanita yang berbaju putih di kanan itu ialah isteri Danny. Saya tak ingat nama dia...baru jumpa 2 kali sebab dia kerja di Johor dan dia orang dari Tanah Besar China. Jadi, perbualan sangat terhad. Dia pun macam malu2 sikit. Yer lah, tak biasa. Anak dara kecik tu, anaknya. Angelina, sebaya dengan Cayern juga.

Nampak tak Mommy dengan Aunty Nyaros happy...



Kami hantarkan ini. Nak pilih hamper pun susah sikit sebab kebanyakannya ada botol alcohol.
Yang ini, kami pilih hamper untuk makanan kesihatan.
 
 
 
Segan pula rasanya menerjah masa reunion mereka. Tapi bagus juga, sebab bila dah besar2 ni, hubby dengan cousin2 dia agak renggang. So, bila jumpa balik..Nampak sangatlah terujanya masing2.
 
Saya?
 
Puas menghafal nama dan rupa...
 
Dan...
Saya tetap tak mampu nak ingat semua juga...
 
 
.
 
.

8 thoughts..:

Kakcik Nur berkata...

Jangankan yang berbeza agama dan nama, yang sama agama dan bernama Melayu pun susah kita nak ingat semua. Apatah lagi bila jarang sekali berjumpa... :)

Norhayati Mohd Isa berkata...

Bila jumpa sesekali ni memang happy lah ye Aziela..
Bagus mereka ingat nak beli fast food buat aziela sekeluarga..
Kita yg nak memberi ni pun kena hati2 juga takut kita menyumbang pada yg tak halal tu kan.. bagus idea hubby tu beli makanan kesihatan..

aizamia3 berkata...

Sama dengan saya, part nak ingat nama memang masalah.. biasa tukang ingat hubby dengan dak Kakak.. hehehe..

Mrs Velentine berkata...

MV pun dah lma x jumpa cousin sebelah ayah....rindu

Kakzakie Purvit berkata...

Satu yg bagus relationship masih dikekalkan
Itu yg terbaik Ziela - lupa nama tak kisahlah tu biasa.

kakyon berkata...

yelah..bila dah kumpul ramai-ramai..part nak ingat nama tu yg jdi masaalah.tambahan pulak bila jarang berjumpa..

elly nadyra berkata...

kalau dah ramai mmg payah la nak ingat
kalau ingat pun, kang jumpa len kali dah lupa balik
hehehehehe

RamRamCute berkata...

Assalammualaikum awak...
Apa khabar?
Adam dah jadi anak bujang...dah kurus dan handsome.
Semoga awak terus sukses dan jaga kesihatan ye.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink