Dah sudah cerita pasal reunion dinner a.k.a. makan besar, sampailah waktu hari rayanya...
Tahun ni, CNY agak meriah sikit sebab Uncle Ah Seng dan anak beranaknya beraya bersama kami. Selalunya dia raya di KL dulu. Sayangnya, Uncle Chin Hock dan Aunty Sharon dah migrate ke Australia. Wish mereka dalam whatsapp jer la...
Pagi raya, kami ke rumah Uncle Ah Huat dulu. Anak lelaki sulong dalam keluarga, biasanya memang disitulah tempat berkumpul.
Tahun ni, Aunty Ah Lan order set nasi lemak dengan kuih muih dari seroang makcik di Ayer Keroh tu. Memang kalau makan hari tu, semua pun kena makan Muslim food sebagai menghormati kami sekeluarga. Tapi diorang semua pun ok jer...enjoy jer makan.
Oh, Aunty Ah Lan ada maid muslims. So, dia memang ada pinggan mangkuk dan peralatan yang khas untuk muslims. Kuali dan periuk semua pun siap. So, bila ada occasion macam ni, pakai set yang tu lah. Tapi takder maknanya nak masak2. Selalu memang senang order jer terus dari mana2 caterer Islam.
Nasi lemak rendang ayam makcik ni memang sedap betul
Semua pun ada. Separuh ada kat luar, melawat kebuh Uncle Ah Huat. Hubby dapat buah mangga giant dari Uncle.
Si manja Cayern dengan makcik bongsunya, Yvonne.
Lau Pan meh...
Tuan Tanah dengan anak bujang
Makan, take turn. Ini family Aunty Nyaros pula...
CNY dengan hari raya kita, tak sama. Chinese, celebrate more with family saja. Lepak, catch up news and beraktiviti dengan close family. Makan pun order yang simple2 jer. Yang penting, bagi meriah2 dengan family. So, relax. Ada juga family cousin Mommy yang havoc. Meriah sangat sebab ada ramai budak kecik. Seronok tengok.
Tapi kalau raya puasa...tak kering tangan kita semua kan... Tengok periuk pun rasa nak nangis letih. Tapi saya rasa raya kita..lebih meriah. Lebih terasa rayanya tu. Sebab tu lah bila hari raya, rumah Mommy penuh dengan saudara mara Chinese. Lagipun, di Melaka, hanya Mommy yang tinggal yang dah masuk Islam. Cousin Mommy yang masuk Islam yang lain2 semua di luar Melaka.
So, tahun ni CNY more with close family. Extended family, kami agak skip sikit, sebab ada cousin Mommy buat open house second daynya. Cuma saya sekeluarga tak dapat hadir sebab nak kena hantar Adam pulang ke asrama. Yer, MRSM cuti sampai Selasa jer. Kenalah patuh dengan peraturan sekolah, kan. Next year, ada umur..boleh berkumpul lagi macam ni.
.
16 thoughts..
happy time
seronoknya berkognsi raya..
wahhh seronoknya raya-raya... :-)
Bagus lah keluarga uncle aziela..
Menghormati yg muslim..
Begitulah yg sebaiknya kan..
Ohhh mereka meraikan keluarga ajer ye..
Jadi tak lah penat sangat memasak..
Mak itam CH pun selalu terima tempahan makanan melayu oleh masyarakat china di Tangkak tu..
Kerana dikalangan menantunya ada yg muslim..
Selalu mereka tempah rendang dan nasi minyak..
meriahnya kak...oh ya samalah klo pegi rumah makcik mmg ada khas dapur dan pinggan utk kami
wahhh seronok nyer!! betul la org kiter bukan islam atau bukan melayu mmg ade peralatan sendiri kan! tapi dia org tau kiter biase nyer was-was jadi mmg dia akan order n buka buffet kat luar..so taht kiter mkn pun enak je ;)
seronok dapat join raya pelbagai kaum kan
this sabtu bos invite open house dia
harus lah pergi nak angpau hihihi
wow meriahnye kak....untung akak dpt rase beraye dgn family cina jugak.... pastu bagus sgt dieorg sensitif bab2 halal nie...siap tempah special menu lagi....pinggan mangkuk pun ade yg asing...bagus sgt2 kak.... moga ukhwah akak sekeluarga terus kuat dan utuh....mcm lieya ni takde beraye kemane pun cny...takde geng cina pun heheheehe.....
seronok hari raya
saya jiran depan rumah chinese
malam tadi diajaknya main mercun bagai, makan kfc
tak sedar melepak sampai hampir jam 12 malam
keseronokan berkongsi hari raya
dan tambah seronok bila dia faham tentang kita dan sgt sensitif dengan agama kita dll
dan tak mengenepikan kita dlm perayaan mereka
Seronoknya berada dalam lingkungan family pelbagai agama ni.. ;)
Seronok dapat berkongsi budaya begini... :)
Kak nmpk kuruihhhh
Diet ka?
Oh my...foods sgt terlioq😋😋😋
Alhamdulillah..seronok tengok happy je family walau tak sama agama.
Bestnya ada orang cina dalam family.. sambutan dia lain sikit meriahnya
bestnya keluarga yg multi2 ni...pengalaman duk sarawak majority family diorang campur2 pastu time raya semua perayaan dapat raya...meriah giler..rindu sarawak..
Tahun ini saya tak dapat celebrate CNY.
Saudara di Muar sedang menunggu isterinya nak bersalin.
Jadi dia tak buat majlis makan2 seperti selalu.
Saudara yang di Singapura tahun ni beraya di Perak.
Jadi celebrate dalam FB sahaja.
Catat Ulasan