Assalamualaikum.....

Wah, hujan dari petang semalam hingga ke pagi ini tiada hentinya. Kita kerja di Bkt Jalil dan rumah dekat2 situ jer, so tak ler tau menahu pasal banjir. Tapi bila menengokkan keadaan hujan, dah dapat ramal dah mesti banjir teruk kat KL. Betul pun jangkaan kita....

Ramai yang x masuk ofis hari nie sebab kandas di kawasan banjir. Ada yang siap jatuh motor lagi. Kesiannya kawan kita tu... Harap2 tak adalah cedera. Ramai yang amsuk lewat (termasuk kita, hehehehehe) sebab jalan sangat sesak.

Dah berbagai2 cara kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah banjir dan juga masalah kesesakan. Agak2nya, perlu x kerajaan buat pertandingan peringkat kebangsaan untuk idea siapa paling bernas dalam menyelesaikan masalah ini? Manalah tahu, idea biasa dari rakyat biasa lebih munasabah daripada idea jurutera terkenal dari merata dunia tu kan....
Read More
Assalamualaikum.....


Mahsuri



Kita sekadar nak maklumkan bahawa kita akan mula 'membuka tirai' entry untuk percutian keluarga ke Pulau Langkawi tak lama lagi. Minta maaf sangat2. Lambat sangat nak masukkan entry kerana percutian adalah pada cuti umum Tahun Baru Cina pada penghujung Januari yang lepas. Tapi, disebabkan menunggu longgokan gambar2 dari beberapa kamera, maka sebab itulah ianya lewat bermula. Kita terpaksa pilih gambar2 yang terbaik daripada yang ada.

Ingin juga kita memberi amaran. Biasanya entry percutian kita akan meleret2 panjangnya... Harap anda semua bersabar. Semoga entry kita dapat dijadikan panduan untuk pembaca2 lain merancang percutian di masa akan datang....
Read More
Assalamualaikum.....


Pemandangan di waktu pagi, sebelum matahari terbit...

Kedamaian Selat Melaka...
Read More
Assalamualaikum.....

Rasa terharu sebab seorang blogger senior sudi memberi komen di blog kita nie. Boleh baca kat SINI.

Dari awal berblog, jiran sepagar kita ada share knowledge dan panduan yang Kaki Wayang ajar. Memang beliau tak lokek dengan ilmu. Sudi pula ajar kita yang pangkat kakak2 nie.....

Walaupun kita tak join segmen Ben : BA Ajak Kritik Blog Aku, tapi Kaki Wayang sudi juga singgah disini memberikan komen...

Terima kasih sekali lagi....

Err, jiran sepagar kita dan berjiran dengan Kaki Wayang. Maknanya kita pun jiran jugalah ekk..tapi berpagar-pagarlah gamaknya....heheheheheh
Read More
Assalamualaikum.....


Menu for breakfast, on previous weekend. Adam's favourite! The recipe was named as 'hentam ikut kreativiti tak terancang' respectedly. Alhamdulillah, the outcome was super yummy. Actually Adam requested mac & cheese, but I decided last minute that my stomach was screaming for a Malay cuisine. Huh...so I've bullied my son....and the macaroni. However, the delicate fusion favour of this macaroni has drawn Adam's dream, hehehehehhe. He satisfied his passion with this.

Ok, let's peek at the simple recipe...

Recipe by me http://the%20rainbowjourney.blogspot.com/

200 grams macaroni (boiled as per instruction on the packet)
3 cloves of garlic (chopped)
2 red onions (chopped)
2 red or green chillies (sliced thinly)
half cup of diced chicken meats
carrots : as much as you want and cut into desired piece
3 tablespoon chilli sauce
1 tablespoon oyster sauce
1 tablespoon soy sauce
half cup of water
a pinch of salt

Method:
1. Stir fry garlic and red onions until fragrant.
2. Add in chicken meats and continue to fry until it turns slightly brown.
3. Pour in the water and wait until it boils.
4. Once it boils, add in the chilli sauce and oyster sauce.
5. Stir in the carrots or any other vegies that you like for another 1 minute or until the gravy thickens. .
6. Add the boiled macaroni, sliced chillies, soy sauce and a pinch of salt. Fry and coated the macaroni with the sauce.
7. Serve it hot. Yummy.
Read More
Assalamualaikum.....



Pisang nie kami beli di kawasan Segamat. Adamlah yang suka sangat dengan pisang nie di goreng. Kita goreng untuk minum petang kami 3 beranak. Seronok sangat hari tu sebab dari breakfast, sampailah ke tea time, makan dan lepak di rumah jer. Barulah ada masa sikit nak memasak, membasuh, mengemas dan menonton sambil bergolek2 dengan anak dan hubby.

Sengaja buatkan sambal kicap nie, sebab selalu tengok Cik Mat Gebu buat kuah kicap kalau ada goreng2 punya menu macam nie. Memang sedap bangat. 2 biji pisang tanduk yang besar saiznya, boleh habis sekelip mata. Hmm..nampak gaya, lain kali nak kena beli lebih sikit. Stok petang dan repeat untuk supper gamaknya...

Oh yer, ada yang tak makan ke pisang tanduk?
Read More
Assalamualaikum.....

Dah tengok ke cerita nie? Mungkin tak ramai yang rasa nak tonton cerita nie kan. Tapi kita cuba juga tengok. Sedangkan Datin Ghairah pun kita beri peluang, apatah lagi dengan cerita ni kan. Nak juga tahu apa isi kandungan Songlap nie....

Lakonan mantap Shaheizy Sam dengan Syafie Naswip yang telah diketahui umum bakat lakonan mereka. Mereka berdua adalah adik beradik. Shaheizy abang dan Syafie adik. Abangnya ialah seorang kaki judi yang menyara hidup dia dan adiknya dengan membuat kerja menjual bayi2 luar nikah melalui satu sindiket. Si abang menjalankan komunikasi dan urusan dengan sindiket, sementara si adik, jadi tukang serah baby kepada pasangannya. Dalam proses ini, mereka songlap sikit. Katalah garha bayi tu RM20,000.00. Harga itu harus di bank-inkan dalam akaun sindiket. Semasa proses serah bayi, pasangan harus bawa lagi RM8,000.00 cash untuk abang dan adik nie 'makan' sendiri. Ini tanpa pengetahuan sindiket yang 'memayungkan' mereka.

Rupa2nya, adik beradik ini dilahirkan oleh seorang pelacur. Gambar di atas, seorang pelacur yang tak tahu langsung remaja tu adalah anak kandungnya. Si adik nie, sangat rindukan belaian kasih ibunya. Dia langsung tak tergamak nak mengaku dia adalah anak kandung pelacur tu, sebab takut dia dihalau. Sebabnya, lepas dilahirkan pun, perempuan tu 'buang' mereka adik beradik. So, everytime dia nak jumpa mak dia, dia kena 'melanggan' mak dia. Sekadar berborak, dia kena bayar macam pelanggan biasa. 

Sarang pelacuran mak dia pulak, jenis yang tak ada kelas. Jenis kelas bawahan (eh, ada kelas..). Satu jam, RM35.00.
Syafie nie, ada seorang kawan baik. Namanya Razak. Sayangnya Razak ni ialah penagih dadah tegar. Sungguhpun mcm tu, Razak nie baik dengan dia. Dia selalu teman kawan dia hisap dadah. Baik kan? Satu malam, macam biasa, dia temankan kawan dia. Dlm mamai2 tu, kawan dia bagi duit banyak kat dia, katanya ikhlas. Dia pun high sampai tertidur. Si adik selimutkanlah kawan dia dengan jaket si adik nie. Bila pagi, dia gi beli breakfast. Bawa balik nasi lemak, air, roti canai...dia kejutkan kawan dia. Rupa2nya kawan dia dah mati sebab najis dadah. Dia takut, terus dia lari dari situ.

Razak ada adik perempuan remaja yang mengandung. Siapa bapaknya, filem ini silent tentang maklumat tu. Tapi satu hari, adik dia x tahan, lari dari rumah. Dia nak cari kakaknya di Kuantan. Ada kakaknya tinggalkan alamat dan no. fon. Sampai di bus stand, begnya di ragut. So, dia duduk termenung kat bangku bas station tu.

Seorang wanita berumur datang dan duduk sebelah dia sambil cuba2 buka bicara. Cuaca panaslah, baper bulanlah...bla..bla..bla.... Dia ayat budak nie, terus bawak pergi minum. Lepas tu buat baik2, terus dia bawa ke rumah sindiket. Rupa2nya rumah sindiket tu ialah sindiket penjualan bayi. Mereka perangkap remaja2 yang mengandung dan bela baik2. Make sure bagi makan ubat dan vitamin ikut time, rehat yg cukup, makanan berkhasiat, medical check-up. Dah ada satu klinik khas kaw tim dengan sindiket untuk make sure kesihatan. Mana2 ibu mengandung yg tak ada penyakit dan baby sihat, harganya melambung tinggi.

Selepas ibu melahirkan, anaknya mereka ambil utk jual dan ibunya dijual ke sindiket pelacuran. Si adik rasa sangat tak best sbb hatinya baik.

Si adik kenal jaket yang adik Razak bawa lari bersama masa dia tengah menyapu kat rumah sindiket. Serta merta dia tahu budak tu adik Razak. Dia berazam untuk selamatkan adik kawan dia. Bila budak perempuan tu bersalin, dia ke hospital untuk bawa lari adik Razak dengan babynya sekali. Songlap 2 benda : Baby dan bakal pelacur.

At the end, setelah bergaduh dengan bapak Razak yang carik adik Razak sekian lama, mereka berjaya naik bas ke Kuantan. Oh yer, adik Razak mengandungkan anak kepada bapaknya. So, baby tu adalah anak bapak dia, merangkap cucu bapak dia. Keji sungguh.

Ada juga yg tak logik. Paling ketara, adik Razak dah ada alamat dan no. tepon kakaknya di Kuantan. Kalau duit hilang, kenapa tak call jer kakak dia? Takkan nak call pun susah? Bukan jauh pun Kuantan dengan KL tu.... Tunggu jer lah kat bas station tu.

Tapi, cerita nie sangat wajar ditonton oleh ibu bapa dan remaja. Satu pengajaran tentang realiti di luar sana. Satu motivasi bagus untuk mendidik masa depan anak2. Ini adalah contoh ketara untuk dijadikan sempadan.


Read More
Assalamualaikum.....

Waahhh, dah tengah hari nie. Perut pun dah berkeroncong jer kan....

Tiba-tiba teringat pula roti tampal di Batu Berendam. Tak tau roti tampal? Eissshhh... keshiaannn... Meh citer sikit pasal roti tampal.

Roti tampal ialah roti canai yang telah di masak, dan digoreng lagi sekali dengan telur ayam yang bertampal di permukaannya. Meh tengok rupanya :


Yang ini, pinggan Adam. Dia mula-mula tu nak order 2 keping, tapi kita tegahkan dulu. Tamakkan Adam tu... Dia memang 'hantu' roti canai juga, selain dari jadi hantu spagheti, burger dan bermacam-macam hantu lain. So, roti nie, tebal. Takkan sama macam kat kedai mamak. Roti canai kat kedai mamak zaman sekarang kan, nipiss jer kan. Melayang-layang sekeping. Kadang-kadang, nak kena makan 2 keping, baru kenyang sikit.

Tak adalah rasa lain dari yang lain, cuma roti dia tebal dan lembut. Bila ditampal pula dengan telur, maka rasa dia penuh berlemak (dan berkolesterol). Paling special, kena makan dengan sambal tumis dia. Mak oiii, power betul sambal dia. Sambal ikan bilis biasa jer... Tambah pula dengan kuah dhal. Yang kat bawah nie, kita punya set. Nampak tak, telur tu dah 'selimut'kan roti canai tu.

Lokasi kedai nie adalah di tepi sungai, Batu Berendam. Tepi jalan besar, diantara kilang-kilang National Semiconductor (NS), dan beberapa kilang lain. Ala, kalau nampak CIMB bank sebelah kiri, kedai nie depan sikit sebelah kanan. Rupa paras kedai dari luar, macam nie lah..


Yang kat bawah nie pula rupa paras dalam kedai. Kalau Sabtu pagi, mak datukk...penuhhh.. Pukul 10.00 pagi tu, nasib2 jer kalau ada belen-belen.




Antara menu sampingan wajib ialah telur separuh masak macam kat bawah nie...

Kedai nie, semata-mata ada roti canai, nasi lemak dah siap bungkus dan telur rebus. Lain-lain produk, memang x wujud. Itupun, orang penuhhh juga....

Sesiapa yang nak mendekati masyarakat Melaka, bolehlah cuba sarapan di sini....
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama