Assalamualaikum.....



Susah betul nak cari mee bakso yang sedap kat sini kan. Kalau kat Chow Kit tu mungkin adalah kot....

Yang kat atas tu kita makan di salah sebuah kedai tom yam di Masjid Tanah, Melaka. Sedap dan cilinya memang ngam soii! Cuma, dia pakai mee hoon. Kita pernah makan sekali jer mee bakso yang original di Balakong. Ex-kakak ipar ajak makan bakso situ. Memang yg menjualnya original Indon mari. Kuahnya memang marvelluous, meatball dia sangat sedap and rasa sangat original. Even mee nya pun memang lain. Peniaga tu kata, meatballs and noodles semua dia buat from scratch sendiri. Ex-kakak ipar kita menag orang Solo, Indonesia. Dia kata memang sama macam yang di Solo punya. Especially noodle dia. Macam egg noodles, tapi macam instant mee versi gebu...x berminyak langsung pun...

So, lunch hari nie nak makan apa?
Read More
Assalamualaikum.....

Mehlah kita sambung kisah nie sebelum momentumnya jatuh merudum kan. Lagipun si Adik Azham tu dah kata nak baca sambungannya. Kalau dia tak baca, siaplah dia! Oh, pada sesiapa yang belum baca kisah sebelum nie, bolehlah baca pengalaman asas pembelajaran kita di entry sebelum nie. Dah baca yang tu, barulah ada feel nak sambung baca entry nie pula kan...

So, bila dah dapat greenlight dari mak, maka kita pun enroll lah masuk satu driving school yg berdekatan dengan kampus. Mmg student2 semua pun belajar di driving school yg sama. Masa tu kos untuk ambil lesen kereta dalam RM300++ rasanya. Walaupun murah berbanding sekarang, tp masa tu rasa sangattt mahal sebab duit memang tinggi nilainya masa tu.

Bila dah register, pergi ambil lesen L lah kan... Tak ada geng kita belajar tu. Belajar sorang jer...so independent lah. Lepas ambil lesen L, barulah sekolah tu tetapkan kita di bawah guru memandu yang mana.

Kita dapat seorang guru lelaki yang bernama Ahmad. Agak muda lagilah dia masa tu. Masa belajar asas memandu dengan dia, kiranya putar keliling2 kawasan kecik tu, dia terus tenung kita semacam jer. Heehhehehe. Dia dah tahuu...teeeeet! Dia cakap : " Awak memang dah biasa drive kan..?"

Kita ngaku lah, tapi cakap yang benar. Jalan lurus jer sekali sekala. Bukit2 segala bagai ni, parking semua, mmg x tahu langsung. Dia senyum jer bila kita cakap mcm gitu. So, sejak tu, jadual pembelajaran memandu kita, biasanya kitalah yg paling akhir dalam kelas dia, walaupun kita bg tau kelas kita habis awal, lepas zohor dah boleh start, tapi dia tetap bagi kita last sekali. Nak tahu kenapa? Sebab bila turn kita, dia boleh rileks. Everytime kita pegang stereng, dia terus letak kepala, hanyut.... Selalunya dia kata : "Pergilah mana awak nak pergi..." . So, kita blur2 jer lah drive tak tentu hala sampailah habis waktu. Bila dah lama2 sikit, dia siap soh hantar rumah kakak dia lah, rumah makcik dia lah..sanalah..sinilah... Isshh..betul2 ambil kesempatan.

Semakin lama semakin dia selamber dengan kita. Dia pernah delaykan waktu belajar kita ke malam hari! Alasan dia, supaya kita cekap memandu di hari malam. True...tapi yg peliknya kawan2 kita semua masa tu tak pernah pula kelas memandunya waktu malam. Kita soranggg jer.  Ok fine..sabar lagi.

Ada satu malam tu pula, hujan sangattt lebat. Dia suruh kita drive dalam kawasan pekan Gombak. Sampai ke Setapak, Wangsa Maju semua lah habis round. Masa tu adalah kelas terakhir kita dengan dia. Lepas tu dah nak test JPJ dah.  Giler takutlah rasanya nak drive dalam hujan lebat tu. Cermin langsung susah nak nampak... Gelap pulak tu. Tapi dia siap warning kita lagi. Dia kata : " Jangan masuk satu lubang pun..! Kalau awak drive masuk lubang, awak basuh kereta nie.." sambil senyum2 kambing. Ishh..impossible x masuk lubang kan... Dahlah x nampak jalan, pulak tu lubang semua dah penuh air. Dah jadi sama rata dengan jalan. Confirmlah masuk a few lubang.... Tapi kita relax lagi...sebab kita ingatkan dia gurau2 jer...

Bila sampai semula ke driving school, sah2lah dah takder orang. Dah pukul 9 malam pun masa tu. Guard pun x der! Kita tanya dia, naper x hantar kita balik kampus semula? Dia remind kita kata denda tetap denda. Makkkk...takotnya. Dahlah driving school tu tengah hutan. Jalan lama ke Bentong tu... Malam2...atas bukit...dah x der orang. Seramm seh. Baca jer ayat kursi sepanjang di situ. Semoga Allah lindungi kita dari segenap sudut. Tawakal sungguh2.

Cikgu tu terus ambik baldi, paip air dan segala alatan basuh kereta. Kita agak reluctant nak basuh kereta tu. Takkan kita pulak nak basuh kan...?! Aduhaii... Nasiblah dia masih ada hati manusia lagi... Dia suruh kita pegang paip getah tu dan jirus kereta jer. Yang lain2 dia basuh sampai selesai. Tapi, kita punya seram sejuk lah sepanjang masa tu, Allah jer yg tau... Dia hantar kita balik kampus, lebih kurang pukul 10 malam tu....

Hati memang rasa sangat marah dengan cikgu tu. Geram sangat. Meluap2 rasa nak komplen, tapi sabarkan hati dulu. Kita nak lepaskan test JPJ dulu, baru bertindak. Pada kita tindakan dia dah melampau. Suka2 jer bawak anak dara orang tak tentu masa macam tu kan. Kita bersyukur sebab tak ada apa2 yang berlaku. Syukur kerana masih dilindungi Allah. Tapi kita berazam untuk menegah peristiwa tu berulang kembali ke atas mana-mana wanita pun. So, kita mesti lakukan sesuatu.

Selesai saja ujian memandu dengan JPJ, dah dapat kertas yang menyatakan kita lulus, maka kita terus bertindak.

Kita terus melangkah ke pejabat pentadbiran dia dan kita ajukan komplen kita. Mula2 kerani kaunter tu macam tak endahkan... dia kata nantilah dia sampaikan pada management dia. Kita tahu komplen kita akan di pandang sepi. So kita demand nak jumpa manager dia juga. Last2 dia panggil juga manager dia. Bila kita repeat komplen dia, dia pun macam ambil ringan jer. Dia kata nantilah dia bincang dengan management..sambil senyum2 sinis. Wahh...mentang2 kita student, diorang ambik enteng aduan kita yer... Kita pun apa lagi, keluar taringlah... Kita kata, kalau tiada tindakan yang di ambil ke atas cikgu tu, kita akan submit aduan rasmi pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tentang operasi sekolah memandu tu. Terus hilang senyum sinis dia... Berubah terus air muka dia.. Dia tanya kita, tindakan apa yang nak di ambil pada cikgu tu..? Hah...kita pulak bagi dia senyum kambeng.. Kita jawab itu terpulang kepada management dia... Lepas tu kita terus blah. Fine..aku dah x der hutang lagi dengan ko...

Tak lama lepas tu, cikgu tu datang jumpa kita. Dia tanya kita, kenapa kita buat aduan? Wahh...sendiri mau ingatlah kan.. Apa yg dia dah buat kat kita tu, elok ke? Kita bayar, okehh. Dia minta maaflah. Dia ucap t.kasih juga. For what, x pasti. Dia kata dia dah x kerja situ lagi... Tp dia kata dia x pernah buat mcm tu kat orang lain. Dia ingat kita x kisah sebab dia comfortable dengan kita sepanjang sesi keas memandu tu. Dah tentulah selesa, sebab dia boleh rehat dengan tenang dan tidur lena masa time giliran kita, kan. Kononnn...

Tapi, deep down, kita kesian pula kat dia. Kita x pasti dia kena buang kerja atau dia yg resign. Maksud kita tindakan tu, taklah sampai tutup periuk nasi org tu. Maybe bagi amaran jer ke, atau management driving school tu keluarkan arahan yang lebih ketat pada tenaga pengajarnya... Whatever pun, kita harap tindakan kita tu dapat memberikan satu wake up call kepada management dia ke atas keselamatan pelajar2 wanitanya.. Dia nak buat bisnes, so kenalah jalankan dengan baik...

Panjang storynya kan....

Nanti, last part utk segmen pembelajaran memandu nie, kita akan ceritakan tentang pengalaman masa ambil test JPJ tu pula yer....
Read More
Assalamualaikum.....

Salam takziah kepada Lulu Caldina sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Sesungguhnya Allah menyayangi Allahyarham apabila memanggilnya kembali.

Al-Fatihah....

Announcement dari Lulu ada di SINI...
Read More
Assalamualaikum.....

Kita ada seorang rakan pejabat yang sangat rajin dan gigih dalam mencari rezeki. Beliau bekerja di jabatan Akaun di siang hari dan malamnya pula berniaga burger. Gerai burger beliau terletak di Taman Salak Jaya, depan sebuah kedai runcit yang juga milik beliau.
Meh tengok gerai burger beliau....

Nama kedai : PAKSOP BURGER

Antara menunya. Maaflah blurr sebab ada gangguan mlm tu.

Lagi menu....

Sayur yang dijadikan vegies salad yg sangat sedap


Daging burger yg sedang di masak


Sedang memproses (memasak) burger..


Baiklah. Burgernya bukanlah special seperti burger bakar yang sedang merebak2 meletop femes sekarang nie. Hanyalah burger biasa yang kita sering nampak di road sides jer. TAPI.....

Burger nya di masak dengan perfect. Tidak terlalu garing, tidak kering dan tidak undercooked. Tidak hanyir malahan sangat moist tapi garing. Sangat satisfying. A few months ago, beliau dikurniakan cahaya mata pertama, dan dia belanja satu opis kami dengan burger beliau. Marvellous...! Tapi kalau nak rasa betul2 nikmat kena pegi kedai dia, beli di situ dan makan segera masa tengah panas2. Anak kita bertahun2 mengidam burger nie. Sampaikan kalau sempat beli sebelum balik PD, kita singgah tapau bawa ke Port Dickson. Mcm lah PD x der org jual burger kan... Tapi burger Usop memang lain dari yg lain. Sos nya pun lainlah..sedapp...

Kita memang nak promot gerai dia. Bukan sebab kita dapat komisen atau sebab dia suruh, tapi sebab kita nak share pengalaman kita makan burger yang sedap dengan u all semua. Sama macam entri2 makanan kita yg lain dalam blog nie...

So, sesiapa yg kebetulan lalu Tmn Salak Jaya nie, bolehlah singgah yer. Oh yer, entrance masuknya di Highway Besraya, dari arah KL menghala ke Sg Besi..


Read More
Assalamualaikum.....

Kalau nak ikutkan, memang semua rakyat ialah wira negara. Masing2 ada tanggungjawab masing2. Antaranya ialah pasukan beruniform (mcm ko-ko sekolah pula..)seperti polis, tentera, bomba, perubatan, dan pasukan pertahanan.

However, tentera lebih dekat di hati rasanya sebab kita dibesarkan dalam kampung yang dikelilingi tentera. Walaupun family member ramai polis, but Rasa lebih teruja dengan tentera. Dulu2, tengah tunggu bas nak pergi sekolah, askar lalu sampai berbatalion-batalion untuk training yang berlari dengan beg galas berat giler tu. Sambil tercungap2 tu pun, diorang sempat lagi bermesra dan berjenaka mengusik kami budak2 sekolah nie. Kalau kita lah....dah merah muka mcm nak meletup dah agaknya sebab penat dan panas. Sometimes, bila main dengan adik2 dalam kebun getah atuk, tetiba muncul berpuluh2 biji kepala di celah2 lalang dan pokok2 hutan tu dengan muka celoreng diorang, dengan daun terselit kat helmet segalanya...

So, bila on the way balik ke Kuantan dengan hubby about 2 weeks ago, terserempak dengan sangat ramai tentera di tepi jalan tengah2 hutan di antara Palong dan simpang 3 ke Muadzam/Segamar tu. Mungkin ada operasi latihan bersepadu ke apa ke kot, sebab selain daripada beratus2 ahli tentera yang ada, ada juga berpuluh2 kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain lengkap dengan senjata berat dan ringan. Kami di berikan arahan untuk perlahankan kenderaan. Kita memang rasa sangat teruja.... Sempat lah snapkan a few pics. Hubby try slowkan kereta selambat yg boleh... Hubby pun seronok tgk ramai2 mcm tu...

Yang kagumnya, dalam hujan panas yang lebat tu, mereka semua masih tersenyum dan gembira...

Terang benderang, tapi hujan lebat

Sempat snap dari seberang jalan

Bukan setakat hujan, lebat pulak tu. Angin kuat pula lagi tu....

Dah mula memberikan posing menarik....

Lalu kat tepi tingkap kereta... Senyum jer kan...


Kita semua kerja susah payah, penat, tension, tapi fikirlah...kita masih berlindung dari hujan dan panas. Senang lenang menaip dan membaca blog.

 Mereka?? 
Read More
Assalamualaikum.....

yeyay...pemenang telah pun di umumkan. Kepada pemenang, sila emailkan butiran anda kepada kita yer. Kepada yang join tapi x menang, kita ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi memberi semangat kepada kami.

Sila klik SINI untuk mengetahui nama pemenang....
Read More
Assalamualaikum.....

Sambungan daripada entri INI, kita nak mengenang sedikit pengalaman menjadi seorang guru ganti di sekolah rendah tempat kita belajar dulu. Masa nie, baru habis SPM dan sementara menunggu tawaran ke mana2 pusat pengajian, kita menerima tawaran dari makcik kita yang mengatakan sekolah rendah kita dulu sedang mencari seorang guru ganti.

Seronok sangat rasanya sebab kita pun macam sukalah juga nak mengajar nie kan.

Kita ditugaskan untuk mengajar pelajar darjah 2 seramai 49 orang dari golongan berbilang bangsa dan latar belakang keluarga. Perghh..sangat mencabar....! Murid2 yang berumur 8 tahun tu semuanya hyper active. Kita masih ingat lagi, sebelum melangkah masuk ke kelas, guru2 yang dulunya mengajar kita dan sudah menjadi rakan sejawat memberi nasihat penting. Kata mereka, tolong bertegas dan jadi garang kalau boleh untuk tidak membiarkan cikgu di buli anak murid. Kita senyum jer masa tu. Konon nak cuba pendekatan psychology. Ada juga 3 orang guru lelaki praktikal di situ. Dah, kami ber-4 jer yg sebaya, yg lain semua dah veteran. Diorang tegurlah kita, tapi macam malu2 jer. Rupa2nya mereka tu bakal2 ustaz daa, patutlah segan2 jer. End-up, kita berkawan dengan cikgu2 veteran jugaklah....

Sebaik melangkah masuk ke kelas dan perkenalkan diri, soalan pertama yang di tanya ialah :"Cikgu dah nikah ke belum...?"

Wahh.... terperanjat betul dengar soalan mcm tu. Tapi kita jawab seadanya. Subjek yg di ajar ialah semuaaa subjek yang ada, kecuali Agama dan B.Inggeris. Memang sangat mencabar.

Kita ajar kelas petang sebenarnya. Baru habis SPM, manalah ada transport. Gunalah public transport kan. Pulak tu di kawasan kampung kita, bas satu jam satu jer. Disebabkan masuk sekolah pukul 1.30, kita tunggu bas pukul 11.00 pagi sebab takut lewat masuk kelas. Habis sekolah dah pukul 6.30 ptg, terpaksa naik bas akhir pukul 7.00 malam. Tiba di rumah, kelam kabut solat dan mandi, terus ke kelas komputer pula sampai jam 11.00 malam. Lepas kelas komputer, duduk sorang2 di hall rumah dan periksa buku2 dan kerja rumah anak2 murid untuk semua subjek2 yang di ajar. Fuhh..memang penat betul rasanya. Selepas beberapa hari kerja baruulah my closed friend sudi nak pick-up kita and hantar kita ke sekolah. Kesian dia.... Balik kelas komputer tgh2 malam pun dia kena hantar sampai rumah. Sebabnya ayah kita dah penat, so dia amanahkan jer kita pada ex-bff kita tu. Kalau orang lain tengok, mmg ingatkan we all couple lah agaknya, pada hal closed friend jer pun...

Minggu pertama kita mengajar, kita di uji dengan kenakalan seorang anak murid yang hyper active. Rupa2nya dia adalah penghidap ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ). Budaknya nampak normal, tapi tiba2 jer dia berlari2 dalam kelas..menjerit2, mengganggu rakan lain dan teruknya tiba2 berlari keliling padang sekolah. Budak itu berbangsa India dan merupakan anak seorang doktor di bandar kami tu. Kita yang tak tahu langsung tentang dia, terpaksa kejar dia keliling padang untuk tarik dia masuk ke kelas semula. Owh, tolong jangan imagine kita berlari dengan saiz sekarang sebab dulu saiz kita adalah separuh dari sekarang, hehehehhehehe. Hari ke-3, Guru Besar terpaksa masuk campur. GB ambil sebuah kerusi, suruh budak tu duduk di situ dan ikat dia di kerusi tersebut. Ikat manja2 jer lah.... bukan mcm pengganas tu. Tapi barulah aman sikit lepas kena ikat.

Ada pula pelajar Cina yang menangis satu hari tu sebab buku dia hilang di kelas. Kita pujuk kata esok cari lagi sebab dah tiba waktu balik. Tapi dia kata nanti bapak dia marah sebab bapak dia garang. Kita janji utk explain pada bapak dia. So, malam tu kita call bapak dia and explain, tp kita pulak kena marah dengan bapak dia. Wah, mmg betul garang lah..! Bapak dia adalah tokey sebuah restoran di bandar kami.

Setiap kali kita kena attend meeting, anak2 murid mestilah liar semacam. So, satu hari bila attend meeting, kita perintahkan ketua darjah untuk catat nama pelajar yg bising. Nnt kita denda dengan rotan. Balik tu, ada lebih kurang 5 nama pelajar dan kita pukul (pukul manja je) err...vuntut mereka dengan pembaris panjang 1 meter yang kayu tu. Layang2 manja je, sekadar peringatan. Entah mcm mana, bila sampai kat sorang pelajar India lelaki, pembaris tu PATAH! ALAMAK..!! Padahalnya, memang pembaris tu pun dah retak dan uzur, tunggu masa jer. Dah ler budak tu nangis bagai nak rak sebab dia nampak patah, dia ingatkan kita pukul kuat, padahal masa kena tu dia rilek jer. Memang x kuat langsung pun. Duhhh...jenuh pula nak pujuk dia....

Ada lagi sekali, kita masuk lewat sket ke kelas sebab ada urusan di pejabat sekolah. So, sedang melangkah ke kelas, kita rasa sangat hairan sebab kelas kita senyappp jer. Selalu tu pantang x der cikgu, memang riuh rendah diorang tu. Dari hujung blok dah boleh dengar. Bila dah dekat, baru kita perasan ustaz praktikal tengah 'basuh' anak2 murid kita. Kita ingat lagi kata2 dia :

" Kenapa kamu tak boleh diam? Kamu bising2 dapat apa? Kamu tak kasihan ke pada Cikgu Azila kamu. Nanti dia pula kena marah sebab kamu bising2. Kalau saya dengar ada yang bersuara lagi sebelum Cikgu Azila sampai, SAYA IKAT KAMU PADA KIPAS SYILING TU.."

Wahh, terharuuu sangat bila dengar dia cakap mcm tu. Tp paling tak boleh blah part dia nak ikat kat kipas tu. Kita punyalah siksa menahan gelak.... Sengiihhhh jer lebar2. Bila dia nak keluar kelas, baru dia perasan kita tengah diri balik pintu. Merahhh muka dia tahan malu. Kita ckp thank u jer lah kan... Siapa pun anda, kalaulah anda terbaca, terima kasih banyak2, ustaz (nama dah lupa).

Kenangan penutup masa jadi guru ialah sambutan Hari Guru. Kebetulan masa kita mengajar. Terperanjat tau sebab dapat banyak sangat hadiah. Kita simpan segala bunga2 dan cenderamata tu sampai sekarang. Ada yang bapaknya siap datang ke sekolah bagi kita by hand... Balik rumah ptg tu, my ex-BFF tak dapat ambik, so naik bas dengan semua hadiah2 tu berbondong2. Oh yer, my ex-BFF sempat lagi usik kita. Dia cari anak jiran yg darjah 5 kat rumah dia, paksa budak tu bagi hadiah pada kita. Budak tu naik syak mcm2. Siap paksa2 suruh kita mengaku kita nie gf ex-BFF tu... Isshh..budak sekolah kecik2 lagi dh pandai yer...

Last day kita mengajar, semua pelajar kita salam, cium tangan kita dan peluk kita. Nangis2 diorang tak nak lepaskan kita. Walaupun kita garang, tapi kita selalu selitkan layanan seperti seorang ibu kepada mereka. Macamlah dah ada experience jadi ibu masa tu kan.. Anyway, because of that mother touch, itu yg diorang sedih sangat2 tu. Budak India yang kena pukul punggungnya sampai pembaris patah tu, siap peluk dan cium pipi kita kiri kanan lagi.

Sehingga beberapa tahun lepas tu, setiap kali terserempak di bandar, mereka akan panggil kita Cikgu. Sesetengahnya, selalu juga telefon rumah kita, cari kita. Tak ada apa pun, sekadar bertanya khabar katanya...

Semua kenangan ini tak mungkin luput dari memori kita....

Kalaulah kita yang jadi guru untuk 3 bulan saja pun dah ada memori manis begini, bagaimanalah guru2 seluruh dunia yang serahkan jiwa dan raga untuk mendidik sepanjang zaman agaknya....

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua....
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ini ialah hari guru. Semuaaaaa orang ada berbagai2 kenangan dengan berbagai2 pendidik. Sebab tulah seronok kalau pergi reunion kan..? Tapi kita x pernah pergi reunion... I have my own reasons.

Anyway, cerita sikit pengalaman dengan cikgu sekolah rendah. Kebanyakan cikgu yg mengajar kita semuanyaaa garang! Masa zaman kita dulu, tak ada lagi pembahagian kelas pandai dan kurang tu... Semua kelas ada budak pandai dan budak kurang sedikit. Tu lah sebabnya semuaaa cikgu sek rendah garang2 belaka. Semua kelas budak jenis x makan saman kan.

Tapi ada satu peristiwa masa kita darjah 3. Pengawas lah kan konon masa tu... Glemer sikitt jer lah.. So, bila cikgu nak minta tolong, selalunya sama ada ketua darjah atau pengawas lah yang dipanggil. Satu masa tu, adalah cikgu2 praktikal datang mengajar kan. Kelas kita tu cikgu lelaki, kelas sebelah menyebelah pun cikgu lelaki. Budak2 kan...sokmolah banding2 cikgu mana yang hensem. So, kitorang rata2 vote cikgu kelas sebelah yg hensem. Cikgu kelas kitorang, kurengg sikit..lagipun dia garang.. heheheheh. Tapi, as months passed by, kawan2 kita bg tau kita, diorang perasan cikgu kami nie bagi special attention kat kita..(ahakss...ayat perasaaannnn!!). Tp yg sebenarnya sbb kita kan pengawas, selalu tolong dia, tu lah sebab nya dia nampak mcm close sikit kan....

At the end of the practical month cikgu2 tu semua, kami ada ujian lisan. Tak taulah u all ada tak..? Setiap sorang akan di panggil secara individu di kelas yang terpencil sikit untuk diuji secara lisan kan. Subjek BM masa tu. So, kita pergi lah....

Baca karangan, jawab kefahaman dan sebagainya... Tapi bila dah habis, cikgu tu diammm jer pandang kita. Ishhh, rasa x best dah... Maklumlah, budak lagi. Tiba2 dia kata : "Saya suka awak. Kalau saya nak ambik awak jadi adik angkat, boleh tak...?"

Waahh...first timeeee ohkeeyyyy!! Menggelabah dah masa tu. Kita x tau nak jawab apa. Kita jawab : "Kena tanya mak saya dulu lah kot, cikgu."

Hahahahhaha..ayat jawapan skema betul. Tapi cara dia tanya tu, ishh..terbayang2 lagi. Suasana romantik dan seram... Tiba2 dia buat sesuatu.. Dia TARIK DAN PEGANG TANGAN KITA... Huhuhuhu..panik ! Dia tetap nak kan jawapan dari kita. Kita dah nak nangis dah masa tu. Bayangkanlah... 9 TAHUN  umur kita masa tu.. Gelabah sungguh.

Mujur sangat2, cikgu kelas sebelah yg kita and the geng vote paling hensem tu jenguk kat sessi kami dan dia tegur cikgu kita yang tengah pegang tgn tu. Dia terperanjat, dia tanya kawan dia : "Ko buat apa tu...?"

Barulah tgn kita dilepaskan dan kita terus lari masuk kelas semula. Kat kelas, kawan2 kita terus serbu kita, lelaki dan perempuan. Mereka tanya apa jadi..? Kenapa kita lama sangat? Kita x cerita semuanya pada diorang. Hanya pada yg rapat jer kita cerita. Takut sangat rasanya masa tu... Simple action pun sangat menakutkan utk kanak2 umur 9 tahun kan....

Syukurlah markah kita tetap tinggi untuk ujian lisan tu.

10 tahun kemudian, kita kembali ke sekolah tu sebagai guru ganti. Ganti cikgu bersalin untuk 3 bulan. Biasalah kan....

Pengalaman jadi cikgu ganti, nanti kita up kan petang atau malam nie, yer....
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama