Pengorbanan Tentera

6 comments
Assalamualaikum.....

Kalau nak ikutkan, memang semua rakyat ialah wira negara. Masing2 ada tanggungjawab masing2. Antaranya ialah pasukan beruniform (mcm ko-ko sekolah pula..)seperti polis, tentera, bomba, perubatan, dan pasukan pertahanan.

However, tentera lebih dekat di hati rasanya sebab kita dibesarkan dalam kampung yang dikelilingi tentera. Walaupun family member ramai polis, but Rasa lebih teruja dengan tentera. Dulu2, tengah tunggu bas nak pergi sekolah, askar lalu sampai berbatalion-batalion untuk training yang berlari dengan beg galas berat giler tu. Sambil tercungap2 tu pun, diorang sempat lagi bermesra dan berjenaka mengusik kami budak2 sekolah nie. Kalau kita lah....dah merah muka mcm nak meletup dah agaknya sebab penat dan panas. Sometimes, bila main dengan adik2 dalam kebun getah atuk, tetiba muncul berpuluh2 biji kepala di celah2 lalang dan pokok2 hutan tu dengan muka celoreng diorang, dengan daun terselit kat helmet segalanya...

So, bila on the way balik ke Kuantan dengan hubby about 2 weeks ago, terserempak dengan sangat ramai tentera di tepi jalan tengah2 hutan di antara Palong dan simpang 3 ke Muadzam/Segamar tu. Mungkin ada operasi latihan bersepadu ke apa ke kot, sebab selain daripada beratus2 ahli tentera yang ada, ada juga berpuluh2 kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain lengkap dengan senjata berat dan ringan. Kami di berikan arahan untuk perlahankan kenderaan. Kita memang rasa sangat teruja.... Sempat lah snapkan a few pics. Hubby try slowkan kereta selambat yg boleh... Hubby pun seronok tgk ramai2 mcm tu...

Yang kagumnya, dalam hujan panas yang lebat tu, mereka semua masih tersenyum dan gembira...

Terang benderang, tapi hujan lebat

Sempat snap dari seberang jalan

Bukan setakat hujan, lebat pulak tu. Angin kuat pula lagi tu....

Dah mula memberikan posing menarik....

Lalu kat tepi tingkap kereta... Senyum jer kan...


Kita semua kerja susah payah, penat, tension, tapi fikirlah...kita masih berlindung dari hujan dan panas. Senang lenang menaip dan membaca blog.

 Mereka?? 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Unknown berkata...

terima kasih buat encek2 askar...byk opengorbanan mereka..tinggal mak ayah isteri anak2 semata2 utk berbakti kpd bangsa agama dan negara

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

mereka menjaga keamanan negara
to my BIL juga
dia army gak ngee

fizafantagiro berkata...

mereka memang pahlawan sejati .

Ce'gu JAERA berkata...

besarnya pengorbanan mereka kan.. semoga berkat kegigihan dan kesungguhan mereka akan dapat mengekalkan keamanan dalam negara kita

Unknown berkata...

tentera banyak buat latihan kat kawasan felda kan..kat area rumah mak tu pun ada diorang buat camp kadang2..sepupu saya pun bekas tentera komando..bes dengar cerita dia..

Aziela berkata...

Tentang Kita : Besar pengorbanan mereka kan...

Lady Ayu : Tak perlu glemer pun untuk mereka ikhlas berbakti

fizafantagirO : Betull...

Gen2Merah : Amiin