Lebih dari 24 jam Tak Tidur!

2 comments
Assalamualaikum.....



Semalam hari Isnin, merupakan hari yang cukup menyiksakan buat kita sebab terrrrr..lalu mengantuk. Kisahnya begini :


Ahad : Bangun pagi2, sedang bersiap untuk memasak sarapan, konon nak buat nasi goreng, hubby suruh bersiap segera. Nak sarapan di luar dan melawat rakannya. Kemudian, dari rumah rakannya, terus ke rumah mertua. Then hubby and MIL pergi massage sebab ada urat yang x betul. Habis massage, dah pukul 3 petang and tunggu road tax hubby di deliver oleh agen insurannya. Kemudian balik ke rumah semula, kita sambung buat nasi goreng. Kalau tak, sayang membazir sebab kami akan tinggalkan rumah lama. Tak sampai 1 jam, dah siap memasak, mengemas dapur and packing. Bertolak ke PD pukul 6 petang. Lepas Maghrib di PD dan peluk cium Adam, kami terus gerak ke Kuantan ikut Kuala Pilah. Malangnya 2-2 orang dah penat. Kita cuba lelapkan mata. Dapat lah sejam kot... Tapi hubby dah too tired, drive pun slow sangat. Tiba di Petronas Muadzam, tepat jam 12.00 tgh malam. Berakhirnya hari Ahad....

Isnin : Kita gerakkan hubby pukul 1.00 pagi untuk teruskan perjalanan. Tapi hubby still mengantuk. Bawak kereta pun dah melelong. So, sampai di Petronas Chini, kita take over the wheel. Drive sampai Kuantan. Ambil kereta hubby di bus stand, dah pukul 3.00 pagi. Kita ajak hubby pergi makan to refresh... Makan KFC di Telok cempedak at 3.00 am. Dahlah road block polis depan istana tu sikit punya lama beratur..sebab polis tu cek menyeluruh... Lepas makan di KFC, kita decided utk gerak ke KL terus... So, kita dgn hubby berpisah di situ. Pukul 4.00 pagi bertolak balik ke KL. 2 kali berhenti untuk lelapkan mata sebab dah terlalu penat. Temerloh sekali, dan Karak sekali. Tak boleh nak lena sebab susah hati, takut x sempat masuk opis... Selepas meredah jem jalan raya di KL, tiba di rumah dah almost 9.00. Kelam kabut tukar baju segala dan rushing ke opis pula. Sampai di opis, dah macam gambar kartun kat atas tu. Tinggal lagi boleh tahan daripada tersembam atas meja.

So, entry yang semalam tu, adalah scheduled... Dah agak dah, Monday mesti jadik separa sedar... Hari nie baru nak recover sikit2.

So, my advice.. tolonglah jangan pilih kehidupan macam kita nie. Menyiksakan sungguhh.. (tapi kenapalahhh tak kurus2 lagi..)

Terima kasih kerana masih sudi visit blog kita walaupun kita separa sedar...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

Ce'gu JAERA berkata...

hehehe.. hari isnin memang padat kan.. tu sebab org tak suka dengan hari permulaan ini.. hehehe.. banyak2 berehatya Pn. Rainbow @Aziela

Aziela berkata...

Gen2Merah : Terima kasih cikgu. Syukur dah tidur dengan lenanya...hehehehhehe