Berpersatuan Semasa Belajar

No Comments
Assalamualaikum.....

Berpersatuan semasa belajar, maksud kita ialah menyertai persatuan-persatuan, program-program atau pun mana-mana pertubuhan semasa menuntut. Tak kiralah anda ingin mulakan dari bila. Tapi sekarang nie rasanya, sejak dari sekolah rendah lagi pihak sekolah dah wajibkan untuk setiap pelajar menyertai satu persatuan dan sukan. Itu sebenarnya adalah permulaan yang bagus. Bertitik tolak dari situ, maka eloklah diperkembangkan lagi.

Apabila anda berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana peringkat yang lebih tinggi, maka anda akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan kelab, persatuan dan program. Pilihlah mengikut minat anda dan kebijaksanaan anda. Kadang-kadang ada persatuan yang mempunyai terlalu banyak politik dan menjadikan hala tuju persatuan tersasar. Sayang....

Hmm... kita teringin nak berkongsi di dalam blog nie, tentang pengalaman-pengalaman kita berpersatuan semasa belajar. Insyaallah akan kita kongsikan satu persatu mengikut kesesuaian.

Cuma, ada segelintir individu yang tidak sependapat dengan kita dalam aktiviti berpersatuan ni. mengikut pendapat mereka, masa berharga yang ada di IPT harus dipenuhi dengan belajar dan mencapai markah setinggi yang boleh. True! Tapi, seharusnya kena seimbang. Bukanlah formal knowledge saja yang perlu direbut, tapi ilmu kehidupan juga harus diselami untuk bekalan diri dan keluarga anda nanti di masa akan datang. Seperti mana yang diajar oleh Islam, ilmu akhirat kita kejar seolah2 akan mati esok hari, dan berusaha bekerja seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi. Itulah keseimbangan yang perlu kita tatang.

Tak berapa banyak pun pengalaman yang kita ada. Tapi yang pastinya, penglibatan kita dalam aktiviti itu semua telah mengubah diri kita sehingga kita boleh berada di tempat sekarang. Kalau pun tidak ke puncak, sekurang-kurangnya kita tidak di lembah....

Semoga perkongsian kita nanti tidak dipandang serong....
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 thoughts..