Abang Yang Berani : Amirul Haikal

6 comments
Assalamualaikum.....

Kita merupakan follower untuk sebuah blog simple. Tuan punya blog tersebut adalah seorang anak kecil yang berusia 11 tahun. Namanya Amirul Haikal. Kita memang kagum dengan beliau sebab walaupun usianya baru sahaja 11 tahun, tapi dia menulis blognya dengan sopan dan berbudi bahasa. Walaupun tulisan entry nya semua ringkas, namun usaha beliau untuk post up entry itu sangat adorable. Anak kita Adam yang muda setahun dari beliau tu, nak buat karangan untuk sekolah pun, ayat kucar kacir lagi.

Amirul, daripada luarannya nampak seperti seorang kanak-kanak yang biasa. Beliau adalah seorang yang pemalu dan bersopan santun. Sweet sangat bila seorang kanak-kanak lelaki mempunya sifat2 begini.

Namun yang paling memeranjatkan kita adalah bila beliau sanggup menggadaikan nyawanya sendiri dalam usaha menyelamatkan adiknya yang secara tak sengaja terjatuh ke dalam sebuah kolam renang di dalam satu keramaian. Oh, tolong jangan salahkan sesiapa, kerana kita tak mampu menjangka takdir ketentuan untuk diri kita semua sendiri juga.

Point kita ialah, kalaulah kita boleh calonkan Pingat Hang Tuah tu, beliaulah orang yang layak dicalonkan...

Mari berkenalan dengan beliau. Serius sebak di hati mengenangkan pengorbanan beliau dan betapa murninya sifat beliau...

Blog beliau ialah http://amirulhaikal.blogspot.com/ atau anda boleh membaca entry beliau tentang kasih beliau terhadap adiknya di SINI...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

NzA berkata...

nnti sat lagi nk jengah jugalah blog si kecil tu.....menarik.

RamRamCute berkata...

hihihi...mesti lepas dia baca entri awak ni dia nangis..sedih..dhlah hati dia tu syahdu syahdan..hihihi

Unknown berkata...

bagusnya..daripada dia meluangkan masa tak tentu hala kan..

Miss Syahbanu berkata...

so sweet...kan

Pha Is berkata...

11 tahun.. pergh... budak2 sekarang maju betol. 11 tahun dah pndai buat blog... dulu masa saya 11 tahun, apa pon tak boleh.. hehehe

Unknown berkata...

kasih sayang seorang abang...mulianya hati dia huhuhu