Rabu, 23 Mei 2012

Saman Speed Trap Lebih Mengganas..!

Assalamualaikum.....



Picture credits to Laman Ayahsu


Sebenarnya dah beberapa minggu kita membaca entry daripada blog Laman Ayahsu yang membawakan berita ini. Sebahagian daripada pembaca blog kita nie pun memang dah baca maklumat tersebut, namun mungkin masih ada di luar sana yang belum menyedari hakikat tentang sistem saman speeding yang terkini ini.

Tahukah anda bahawa anda akan jarang-jarang dapat melihat anggota polis duduk di celah2 pokok ataupun di bawah jambatan mahupun di tengah-tengah cahaya terik matahari sekarang? Ini adalah kerana pengeluaran saman untuk speeding ini telah pun diserahkan kepada 2 syarikat swasta. Seolah-olah diswastakan, tetapi bezanya, pihak polis yang memantau saman-saman ini telah memberikan amanah kepada syarikat swasta untuk membantu pemantauan speed limit dalam mengeluarkan saman. Ianya lebih kepada bussiness partner relations. Itu yang saya faham lah...

So, secara ringkasnya, setiap 5 juta pertama saman yang berjaya di capture oleh syarikat ini dan di submit kepada pihak polis, syarikat ini akan menerima komisen sebanyak RM16.00 bagi setiap saman. Bolehlah darabkan RM16 dengan 5 juta saman yer....

Peringkat kedua ialah sekiranya dia melepasi 5 juta saman, mereka akan menerima agihan komisen dari skim yang berbeza pula. Agak complicated untuk dihuraikan di sini.

Sebenarnya maklumat ini, kita dapat dari perkongsian Ayahsu di entry beliau INI beberapa minggu yang lepas. Kita nie x berapa mahir dalam business management. Kalau ada yang mahir dan jelas, bolehlah bantu untuk explain sedikit...

Oleh kerana itu, setiap kali balik ke PD atau Melaka sejak kebelakangan nie, kita sentiasa perhatikan dengan teliti mana kamera-kamera pemantauan yang di pasang. Betapa terkejutnya kita bila memang jelas kelihatan banyak kamera baru yang di pasang. Ada yang seperti tiang lampu di tepi jalan, ada yang tersorok di sebalik bukit selepas flyover, ada juga yang dipasang di bill board fly over seolah2 lampu, tapi bila di perhatikan teliti, jelas ianya kamera....

So, berhati-hatilah semua. Objektif syarikat2 yang dilantik ini adalah untuk mencari seberapa banyak saman yang boleh agar mereka dapat meraih keuntungan....

12 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

jenis tiang tue kat sini byk...if kat mesia sama speed trap rm300 jer sini paling sket 8man (rm3k) then if terlalu laju dia darab ngan drpa km kena plus ¥ etc semua so nihonjin mmg takut kena saman sebab blh miskin sebln ngeee...

Rahmah Ram Ram berkata...

awak kalau pakai handphone android boleh dowload sistem trafik yang akan alert semua camera tertutup dan roadblock polis..cuba download di Market nama software tu "Waze" Insyaallah memang berguna sangat. Saya kalau outstation driving memang pakai itu untuk mengetahui keadaan jalanraya di sekitar KL, dan seluruh Malaysia. Memang update. Cubalah!

:: Mrs.Eady :: berkata...

waahh..dah tau dah port dia kat mane!

Masha Meisters berkata...

haha...
jangan memain sekarang...
speed laju2 sampai kene trap! hihi

Kancil 8349 berkata...

wah...ilmu yang bagus..

Kamalia berkata...

.mmg banyakla pasni orang kena speed trap,tapi bagus jugakla mungkin buatkan ramai yg lebih berhati-hati..

Gen2Merah berkata...

ada baiknya juga mereka buat macam ni.. at least kita pun lebih berhemah dalam pemanduan.. hati2 d jalan raya buat semua

ibundo berkata...

lebih berhati-hati dijalan raya hendaknya kita semua ni..

Didin Supriatna berkata...

salam kenal...

Azham Vosovic berkata...

alamak...tak pernah perhati plak kat tepi2 lebuhraya tu..main laju je kalau drive heheheh

Aziela berkata...

Lady Ayu : Govt kita masih bertimbang rasa lagi kan...

Rahmah : Alahai..Android saya tu pun version Hong Kong..Susah betull..

Mrs Eady : Perhati2kanlah...

Masha : Diorang suka menjerat..

Kancil : Akak sekadar berkongsi di sini... tq cikgu..

Aziela berkata...

Kamalia : Kadang2 bukan Malaysian pun kan...

Gen2Merah : Especially musim perayaan kan, cikgu.

ibundo : Adalah kawalan sikit agaknya..

Didin Supriatna : Salam kenal kembali...

Azham : Baruu jer nie.. Be careful ok..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink