Pengalaman Menduduki Ujian Memandu JPJ

5 comments
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua...? How's weekend..? Hopefully enjoyable. Hari ni, kita macam biasa lah, longlai dan layu kerana perjalanan yang jauh....

Anyway, ini adalah siri terakhir tentang perjalanan kita mendapatkan lesen memandu kereta.

Sebelum nie dah ada cerita peringkat pertama dan peringkat kedua proses pembelajaran.

Anyway, tibalah hari untuk test tu. Turn kita, sebelah pagi ialah ujian dalaman tu. Side parking, bukit dan 3 point turn tu. Kacang yoo..hehehehhe. Bila dah siap kan kena angkat tangan kan, masa ujian parking tu... Pegawai tu x sempat tengok kita, kita dah masuk parking. Puas angkat tangan melambai2 mcm Usop dalam Hantu Kak Limah tu pun dia x pandang gak. Last2 kita hon jer.. Ha engkau..baru nak pandang...hehehehehe. Ganazz betul kan..heheheheh. Sekejap dah settle.

Petang pula, ujian on the road...

Dah standby dalam kereta, masuklah pegawai lelaki nie. Muka gila garang, tp nampak mcm muda lagi.. Kita dah standby dah segala macam. So, dah ok semua, full mark on the start, mula drive atas jalan raya. Ha..JPJ officer nie pun terjah tanya dah berapa lama kita bawak kereta. Nampak mcm dah expert. Perghh..giler ke nak ngaku? Tidak sama sekali!!! Just cakap kita dapat cikgu yang bagus jer...hehehehhe.

Tak sampai 5 minit jalan, dia tanya kita, kalau dia ajak keluar boleh tak? Erkkk??!! Keluar as if..dating..??!! Uisshh..x berani nak tanyaaaa...lebih baik diamkan jer...

Dia tanya lagi, and desak lagi. Kita jawab tak sesuai, saya masih belajar..... Owhh..dia tak puas hati. Desak lagi... Sampaikan dia ancam... kalau tak agree, dia akan gagalkan ujian kita. Pergh..terukk kita merayu.

Tapi bila dia tanya lagi, kita tetap bagi alasan mengelakkan diri. Gilalah, dahlah tgh nervous driving test, dia pulak desak benda tak masuk akal mcm tu! Dia tak puas hati, teruss dia pangkah 1 bahagian. Gilerr! Masa tu bab signal. Simpang pun belum wujud, dia kata kita bagi signal dekat sangat dah... Dia tanya lagi... Kita tetap mengelak. Amek kaww..lagi satu di pangkah... Gabra' sungguh lah masa tu... Demi lesen, sebab puas pikir, kalau kita repotkan, ada orang nak percaya ke? Dia nie kan pegawai JPJ... Pegawai tu boleh kata kita memang drive x betul.. that's y gagal. Nanti nak amik test lagi, duit lagi... Argghhh...berserah jer... Kita kata nnt kita bincang bila hari sesuai untuk makan dengan dia... Ceiisss...rasa mcm menggadai maruah jer...

Barulah dia nak senyum lebar. And lepas tu kita pun luluslah...

Seminggu kemudian, betul2 pegawai tu tuntut janji... Well, niat kita, atas dasar kawan, pergilah juga makan dengan dia... tapi sekitar kawasan kampus jer.. Kata nak makan kan... kat bawah pokok depan hostel pun makan juga apa... Ha...amek kaw...

Eisshh...banyak betul dugaan sepanjang perjalanan kita nak ambik lesen nie. Kalau dapat cikgu perempuan, pegawai perempuan, kan ke aman damai otak... Aduhhaaaii... Namun syukurlah, akhirnya selesai semua nie...

Kawan2 sebilik dan satu blok hostel dengan kita, taulah cerita2 nie semua. Dah tentu2 kami bergonjeng bersama2 selalu. Dah dapat lesen tu, kita pulak jadi cikgu x bertauliah pada salah seorang kawan untuk belajar asas memandu di sekitar kampus. Alhamdulillah, beliau pun sekarang dah menjadi pemandu yang cemerlang....


Anda semua, bagaimana..?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

fizafantagiro berkata...

ee.. teruknya kan ..ms sy ambil lesen dulu pun kena kes mcm ni jgk . tak baik la dorang buat cmtu .

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

hamboiiii sakan ekkk org tue
mengada nak kasi pass kena kuar ngan dia dulu....tumbuk muka mau *gaya samseng ni* gatai nyerrrr if jmpa ayu tahu la nk ajaq mcm mana...dulu ai pun dpt cikgu laki...yg test pun laki but ai garang hahaha lepaih tue ckp dah kawen so x brni nak kacau la ngeee

kejoralove berkata...

salam..

kisah awak nie menakutkan sya jerr..
niat nak ambik lesen kete...alhaii
klw kena lau tu camne???

fieda berkata...

lorr..ada ker gitu org jpj ni..takut la pulok..

Aziela berkata...

fizafantagirO : Akak tau, bukan akak sorang. Tak best betul kan...?

Lady Ayu : Konon jujurlah masa tu...x sangka dia tu ada niat lain... Tengah test lak tu...nak pikir pun x mampu dah.. Sekarang fikir semula..eiii..memang geram betul!

kejoralove : Ha, buat macam suggestion Lady Ayu. Mengaku dah kawen, atau susah sangat, tumbukk jer..hehehehhehehe

fieda : Segelintir jer..itu pun masa time akak dulu2. Sekarang mungkin x macam tu lagi kot...