Tindakan Untuk Penceroboh Amatur..!

11 comments
Assalamualaikum.....


Entry ini adalah sambungan daripada kisah di SINI....



Yeap, terima kasih banyak2 pada yang menyuarakan pendapat dalam entry sebelum nie. Memang...kalau nak ikutkan hati, nak jer tonyoh kan gambar tu pada parents masing2. Sebelum tu diorang sama ada x percaya, atau mak bapak tu sendiri x nak mengaku and nak cover anak2 diorang kan....

Tapi, hati kita memang sakiiit sangat. Terbayang2 imej mereka nie panjat masuk rumah kita mcm mana... Kalau dah sampai piring Astro pun jahanam, apa lah agaknya yang diselongkar lagi barang2 kami. Kesiannyaaaa rumah kita.

Bila mereka dah sedar yang kita dah ambil gambar mereka, mereka berkumpul sambil berbincang. Masing2 dengan kepala yang tertunduk... Mula2 kita nak biarkan saja mereka dengan kegelisahan itu, tapi hati masih geram selagi belum dapat 'basuh' diorang. So, apa lagi, kita panggil jer diorang.

Lambat2 masing2 melangkah ke arah kita. Anak jiran sebelah 3 beradik (termasuk perempuan yg kecik sekali), berdiri di barisan belakang dan tidak keluarkan suara langsung pun. Yang bersoal jawab dengan kita ialah yang paling besar. Dalam entry sebelum ini, anda boleh lihat gambar, remaja yang bert-shirt biru. Umurnya 16 tahun. Dah sekolah tingkatan 4.

Kita tanyakan umur dan nama masing2. Kita tanyakan di mana rumah mereka. Mereka kata mereka tinggal di kampung berdekatan, bukannya dari taman kita. Hanya anak jiran sebelah jer yang tak bersuara dan kita x tanya sebab dah kenal.

Kita tanya kenapa panjat, kenapa masuk rumah orang. Jawab mereka ialah bola dah masuk rumah orang... Geram betulll dengar jawapan tu. Bukan budak kecik lagi, dah besar panjang... takkan tak tahu salah atau betul lagi..?

Apa lagi, kita basuh cukup2. Hubby tegur kata x payah cakap banyak sebab bukan budak2 tu paham pun. Tapi kita rasa diorang faham, and kita x peduli kalaupun diorang x faham, janji hati kita puas dapat lepaskan geram.

Kita beritahu, kita boleh submit gambar2 nie semua pada pihak polis yang mana balai polis tu jaraknya hanya 3km jer dari rumah kami. Tapi kita kata, kita takkan submit dulu. Kita nak mereka berubah. Jangan suka2 masuk dan rosakkan rumah orang. Kalau terjadi lagi lain kali, kita pasti akan segera serahkan gambar mereka pada polis. Hubby pula nasihatkan mereka : Kalaulah ditakdirkan ada pencuri masuk rumah yang mereka panjat tu dan merompak, walaupun bukan mereka yang buat, tapi bukti gambar menunjukkan mereka. Pasti mereka akan menghadapi masalah yang besar. Selesai sesi 'laundry' otak remaja2 tu, kita lepaskan mereka dengan amaran keras.

Malam tu, selepas Maghrib, kedengaran orang memberi salam. Bila tengok, rupanya 3 antara 6 orang tu berdiri di depan pagar. Diorang beri salam dengan sopan. Jurucakapnya tetaplah yang paling besar tu. Berbaju Melayu, bersongkok. Baru selesai solat Maghrib di surau berdekatan.

Jurucakapnya mula berbicara. Katanya dia dan kawan2 ingin minta maaf banyak2. Mereka berjanji tak akan main bola di kawasan perumahan lagi. Mereka akan mencari kawasan yang bersesuaian untuk bermain bola. Oleh itu, mereka sangat berharap agar kita tak serahkan gambar2 mereka kepada pihak polis dan ibu bapa mereka. And, anak jiran kita tu (Form 2, 14 tahun), mencelah. Katanya, yang lain2 tu bukan budak kampung, sebenarnya mereka pun anak2 orang kawasan perumahan kita tu juga. Mereka tak nak mengaku sebab takut kita akan adukan pada parents masing2. Kita tanyakan parents masing2 siapa. Ternyata memang kita kenal ibu bapa mereka. Bukan calang2 parents diorang. Macam jiran kita tu, suami isteri guru sekolah menengah. Ada lagi a few yang anak guru juga. Ada juga yang parents nya berjawatan Pengurus di MNC manufacturing company yang dikenali seluruh dunia, dan ada juga yang bekerja di salah sebuah IPTA di Melaka nie. Issshhh.... ibu bapa diorang, tahu tak anak2 mereka buat apa?

So, sesi ke-2 ceramah pun kita bagilah.... Fine, kita x kan serahkan pada polis atau pun parents mereka. Dengan syarat, tiada lagi aktiviti yang tidak sihat seperti ini. Kita maafkan mereka. Ambillah pengajaran dan iktibar. Ini semua adalah pembelajaran untuk mereka dalam proses pembesaran masing2. Kita bukannya guru, tapi kita harap mereka akan ikut nasihat kita. Tundukk jer mereka sepanjang kita ceramahkan.... Akhir sekali, mereka ucapkan terima kasih banyak2 atas segala nasihat yang kita berikan.

Alhamdulillah... Selesai satu masalah. Walaupun kecil, namun terganggu juga jiwa. Harapnya mereka tu semua betul2 insaf lepas nie...

Gambar tetap akan ada dalam simpanan. Sebagai precaution...

And kita terkejut bila Adam komen :

MAMA MACAM BAGI CERAMAH MOTIVASI PULA....

Owhh...lupa pula. Memang kita suka beri motivation speech. Terbawa2 lagi sebab dulu masa belajar, puas pusing satu semenanjung jadi facilitator...



Semoga mereka insaf....
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

11 thoughts..

Eintan Nurfuzie berkata...

alhamdullilah settle pun...my be la..famili sibuk n tiada masa nk pantau anak2..pe2 pun tahniah sbb berjaya selesaikan masalh ni..leh jemput la bg motivation..huhu

NASZ berkata...

baguslah. tp gambar2 tu kena simpan dan tengok dulu. kadang2 budak2 ni cakap je tapi bila kita tak ada di rumah, dorang tetap main juga.

Tapi, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

nanieydotcom berkata...

mcm2 la skang ni.. makin menjadi2.. bengang pun ada bile baca entri ni.. sigh**

Unknown berkata...

alhamdulillah..harap2 diorang betul2 ambik iktibar..bukan kecik lagi.. dah 14 tahun besar da tu.. kalau kahwinkan da boleh dapat anak pun..yang silapnya mak bapak sibuk sangat bekerja..takde masa nak peduli pasal anak. bila orang bagitau taknak percaya pulak.. itu la masalahnya masyarakat kita skang ni..

RamRamCute berkata...

bebudak sekarang ni..ada yang tak makan saman..kalau yang mendengar tu alhamdulillah syukur :)

sahromnasrudin berkata...

kne selalu pantau perilaku anak remaja yang masih bersekolah khususnya ketika musim cuti sekolah cenggini

Unknown berkata...

hihi...gud kak...tindakan yang sangat bijak...

Kamalia berkata...

kak, bersungguh saya baca fr previous entry bawak ke entry yg ni pulak..
itula,kadang2 mak bapak nampak tapi buat tak tahu jekan..
mmg kena simpan gambar tu..
hahaha,tergelak bila baca adam komen akk mcm bagi ceramah motivasi..
mesti sgt terel cakap ni..:)

DD berkata...

aku dulu kecik2 biasa sgt dah benda mcm ni. anak jiran panjat masuk. aku pun panjat rumah jiran. tapi tu main dgn anak jiran la. takde la main kat rumah lain terus.

Aziela berkata...

eintan nurfuzie : harap2nya ok lah lepas nie

NASZ : Betul, akak ingat nak print siap2 lah gambar nie

naniey : Geram kan....

Rai : Hehehhe, tergelak akak baca komen Rai.

Aziela berkata...

Rahmah : Kita tengok dia makan saman ke x this time...kalaux juga, saya saman diorang...heheheheheh

sahrom : X cuti pun sama gak dikkk

Suhami : Bijak akak kan, tok?

Lia : Lepaskan geram jer sebenarnya Lia...hahahahahha

DD : Tak menjahanamkan, ok lah... Ini menjahanamkan... gerammmmm sangat