Makan di Pahang : Tanjung Selangor

3 comments
Assalamualaikum.....

Kita buat entry ringkas jer lah. Sibuk sikit dengan sistem baru untuk payroll nie. Tarik2 rambut sakit hati dengan installation. Eh, pakai tudung... Kita ketok2 meja jer lah...

Actually 2 minggu lepas kita spent weekend di Kuantan dengan hubby sebab Adam ada sesi sekolah ganti weekend tu. So, kami honeymoon laki bini jer. Banyaklah honeymoon kan...Sebenarnya teman hubby pergi fishing. Memancing sampai ke Tanjung Selangor, di Pekan. Dekat2 dengan Kuala Pahang tu.

So, sebelum memancing, lepas subuh tu, kami singgah di warung tepi simpang dekat2 dengan masjid Tg Selangor. Tengok orang macam ramai jer. Ada roti canai dan nasi lemak serta lauk lain. memandangkan orang ramai, kami just cepat2 ambil apa yang sempat di capai jer...


Kami ambil sepinggan nasi lemak, share berdua, 3 ketul ayam goreng (dipotong kecik jer tu), 2 keping roti canai dan sepiring sambal tumis sotong. Semuanya sedap... Panas2 berasap lagi semuanya. Kuah roti canai, siap diletakkan sepotong ikan setiap satu.

Memandangkan warung nie didalam perkampungan nelayan, maka ikan, sotong semuanya rasa sangat fresh. Nasi lemaknya pun sedap sangat. Maklumlah, kelapa bersepah2, x perlu beli pun. Kami order teh sorang segelas.


Sotong segar bersaiz besar. Sedaaapppp!

Semua makanan dan minuman yang penuh kolesterol di atas, kami bayar dengan harga 11.00 jer. Ishh...murah! Kalau kat kedai mamak, confirm dah RM20++.

Oleh kerana dah banyak kolesterol, maka aktiviti memancing secara agresif terpaksa diteruskan untuk menyingkirkan kembali kolesterol yang sedap ditelan tu... Aduhhh...penatnyaa....


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 thoughts..

dya nasir berkata...

murahnya rm11.. sedap tu mkn fresh2 lg

Syuhada Nasya berkata...

murah nye.. huhuu

Ce'gu JAERA berkata...

wowww... makan makanan laut yang fresh memang memukau... sedap je di telan... nyummm