Ahaa...pernah tak jumpa resipi nie, atau masakan nie? Tak pernah? Ishhh... special okkk...
Tengok gambar sambal dulu yer...
Sebenarnya, masakan nie tanpa disengajakan.
Masa kita masak sambal tumis udang nie, kenalah ada air asam jawa kan. Sekali bila selongkar sana sini, asam jawa ku udah habis...uwaaa...! Cili tengah menggelegak dalam kuali. Boleh jer kalau nak jadikan masak cili jer, tapi dah tekak nak makan sambal tumis, keciwa lah... Sekali mata terpandang botol Sunquick dalam peti ais.
Idea terus timbul untuk masukkan sunquick kedalam sambal kerana nature rasa masam yang sama dengan asam jawa. Hasilnya, sedap juga. Harum lagi dengan bau oren. Pelik sikit, tapi membuka selera juga.
Tak perlu resepilah yer, gantikan jer asam jawa dengan Sunquick.
Err...itupun kalau sanggup nak try lah yer....
1 thoughts..:
boleh try ni :D
Catat Ulasan