Pengalaman Belajar Memandu di Driving School

5 comments
Assalamualaikum.....

Mehlah kita sambung kisah nie sebelum momentumnya jatuh merudum kan. Lagipun si Adik Azham tu dah kata nak baca sambungannya. Kalau dia tak baca, siaplah dia! Oh, pada sesiapa yang belum baca kisah sebelum nie, bolehlah baca pengalaman asas pembelajaran kita di entry sebelum nie. Dah baca yang tu, barulah ada feel nak sambung baca entry nie pula kan...

So, bila dah dapat greenlight dari mak, maka kita pun enroll lah masuk satu driving school yg berdekatan dengan kampus. Mmg student2 semua pun belajar di driving school yg sama. Masa tu kos untuk ambil lesen kereta dalam RM300++ rasanya. Walaupun murah berbanding sekarang, tp masa tu rasa sangattt mahal sebab duit memang tinggi nilainya masa tu.

Bila dah register, pergi ambil lesen L lah kan... Tak ada geng kita belajar tu. Belajar sorang jer...so independent lah. Lepas ambil lesen L, barulah sekolah tu tetapkan kita di bawah guru memandu yang mana.

Kita dapat seorang guru lelaki yang bernama Ahmad. Agak muda lagilah dia masa tu. Masa belajar asas memandu dengan dia, kiranya putar keliling2 kawasan kecik tu, dia terus tenung kita semacam jer. Heehhehehe. Dia dah tahuu...teeeeet! Dia cakap : " Awak memang dah biasa drive kan..?"

Kita ngaku lah, tapi cakap yang benar. Jalan lurus jer sekali sekala. Bukit2 segala bagai ni, parking semua, mmg x tahu langsung. Dia senyum jer bila kita cakap mcm gitu. So, sejak tu, jadual pembelajaran memandu kita, biasanya kitalah yg paling akhir dalam kelas dia, walaupun kita bg tau kelas kita habis awal, lepas zohor dah boleh start, tapi dia tetap bagi kita last sekali. Nak tahu kenapa? Sebab bila turn kita, dia boleh rileks. Everytime kita pegang stereng, dia terus letak kepala, hanyut.... Selalunya dia kata : "Pergilah mana awak nak pergi..." . So, kita blur2 jer lah drive tak tentu hala sampailah habis waktu. Bila dah lama2 sikit, dia siap soh hantar rumah kakak dia lah, rumah makcik dia lah..sanalah..sinilah... Isshh..betul2 ambil kesempatan.

Semakin lama semakin dia selamber dengan kita. Dia pernah delaykan waktu belajar kita ke malam hari! Alasan dia, supaya kita cekap memandu di hari malam. True...tapi yg peliknya kawan2 kita semua masa tu tak pernah pula kelas memandunya waktu malam. Kita soranggg jer.  Ok fine..sabar lagi.

Ada satu malam tu pula, hujan sangattt lebat. Dia suruh kita drive dalam kawasan pekan Gombak. Sampai ke Setapak, Wangsa Maju semua lah habis round. Masa tu adalah kelas terakhir kita dengan dia. Lepas tu dah nak test JPJ dah.  Giler takutlah rasanya nak drive dalam hujan lebat tu. Cermin langsung susah nak nampak... Gelap pulak tu. Tapi dia siap warning kita lagi. Dia kata : " Jangan masuk satu lubang pun..! Kalau awak drive masuk lubang, awak basuh kereta nie.." sambil senyum2 kambing. Ishh..impossible x masuk lubang kan... Dahlah x nampak jalan, pulak tu lubang semua dah penuh air. Dah jadi sama rata dengan jalan. Confirmlah masuk a few lubang.... Tapi kita relax lagi...sebab kita ingatkan dia gurau2 jer...

Bila sampai semula ke driving school, sah2lah dah takder orang. Dah pukul 9 malam pun masa tu. Guard pun x der! Kita tanya dia, naper x hantar kita balik kampus semula? Dia remind kita kata denda tetap denda. Makkkk...takotnya. Dahlah driving school tu tengah hutan. Jalan lama ke Bentong tu... Malam2...atas bukit...dah x der orang. Seramm seh. Baca jer ayat kursi sepanjang di situ. Semoga Allah lindungi kita dari segenap sudut. Tawakal sungguh2.

Cikgu tu terus ambik baldi, paip air dan segala alatan basuh kereta. Kita agak reluctant nak basuh kereta tu. Takkan kita pulak nak basuh kan...?! Aduhaii... Nasiblah dia masih ada hati manusia lagi... Dia suruh kita pegang paip getah tu dan jirus kereta jer. Yang lain2 dia basuh sampai selesai. Tapi, kita punya seram sejuk lah sepanjang masa tu, Allah jer yg tau... Dia hantar kita balik kampus, lebih kurang pukul 10 malam tu....

Hati memang rasa sangat marah dengan cikgu tu. Geram sangat. Meluap2 rasa nak komplen, tapi sabarkan hati dulu. Kita nak lepaskan test JPJ dulu, baru bertindak. Pada kita tindakan dia dah melampau. Suka2 jer bawak anak dara orang tak tentu masa macam tu kan. Kita bersyukur sebab tak ada apa2 yang berlaku. Syukur kerana masih dilindungi Allah. Tapi kita berazam untuk menegah peristiwa tu berulang kembali ke atas mana-mana wanita pun. So, kita mesti lakukan sesuatu.

Selesai saja ujian memandu dengan JPJ, dah dapat kertas yang menyatakan kita lulus, maka kita terus bertindak.

Kita terus melangkah ke pejabat pentadbiran dia dan kita ajukan komplen kita. Mula2 kerani kaunter tu macam tak endahkan... dia kata nantilah dia sampaikan pada management dia. Kita tahu komplen kita akan di pandang sepi. So kita demand nak jumpa manager dia juga. Last2 dia panggil juga manager dia. Bila kita repeat komplen dia, dia pun macam ambil ringan jer. Dia kata nantilah dia bincang dengan management..sambil senyum2 sinis. Wahh...mentang2 kita student, diorang ambik enteng aduan kita yer... Kita pun apa lagi, keluar taringlah... Kita kata, kalau tiada tindakan yang di ambil ke atas cikgu tu, kita akan submit aduan rasmi pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tentang operasi sekolah memandu tu. Terus hilang senyum sinis dia... Berubah terus air muka dia.. Dia tanya kita, tindakan apa yang nak di ambil pada cikgu tu..? Hah...kita pulak bagi dia senyum kambeng.. Kita jawab itu terpulang kepada management dia... Lepas tu kita terus blah. Fine..aku dah x der hutang lagi dengan ko...

Tak lama lepas tu, cikgu tu datang jumpa kita. Dia tanya kita, kenapa kita buat aduan? Wahh...sendiri mau ingatlah kan.. Apa yg dia dah buat kat kita tu, elok ke? Kita bayar, okehh. Dia minta maaflah. Dia ucap t.kasih juga. For what, x pasti. Dia kata dia dah x kerja situ lagi... Tp dia kata dia x pernah buat mcm tu kat orang lain. Dia ingat kita x kisah sebab dia comfortable dengan kita sepanjang sesi keas memandu tu. Dah tentulah selesa, sebab dia boleh rehat dengan tenang dan tidur lena masa time giliran kita, kan. Kononnn...

Tapi, deep down, kita kesian pula kat dia. Kita x pasti dia kena buang kerja atau dia yg resign. Maksud kita tindakan tu, taklah sampai tutup periuk nasi org tu. Maybe bagi amaran jer ke, atau management driving school tu keluarkan arahan yang lebih ketat pada tenaga pengajarnya... Whatever pun, kita harap tindakan kita tu dapat memberikan satu wake up call kepada management dia ke atas keselamatan pelajar2 wanitanya.. Dia nak buat bisnes, so kenalah jalankan dengan baik...

Panjang storynya kan....

Nanti, last part utk segmen pembelajaran memandu nie, kita akan ceritakan tentang pengalaman masa ambil test JPJ tu pula yer....
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

RamRamCute berkata...

dedulu ambil lesen bolehlah dikatan murah..sekarang ni harganya nauzubillah...menakutkan..lagi satu calon candidate yg bawak tu pun macam nak kasi kena langgar pun ada terlalulah slownya....hehehehhe

Ce'gu JAERA berkata...

Hehe. Tekun saya membaca satu persatu.. Memang melampau2 jugalah tindakan ckgu memandu tu. Memang sengaja nak ambil kesempatan thdp anak dara tu.
Geram jg tgok driver yg mcm tu

haney berkata...

mcm menakutkan je ckgu tu. smpi memalam pulak. kite yg bace ni pon nek nebes. nasib baik la xde pape jadi

Aziela berkata...

Rahmah : Murah kan dulu kan...

Gen@Merah : Maaflah cikgu, entry panjang pula..

haney : Kalau ikutkan memang sangat menakutkan masa tu.

nurul berkata...

maaf..nak tnye..kalau ade kelas memandu yang dibuat pada waktu malam, kite boleh ambil tindakan ke?