Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, selamat sudah kita semua menempuh Ramadhan dan Syawal. Dah habis Syawal, baru saya nak kongsi kisah2 Syawal kami. Kononnya nak kumpul semua gambar2 dan kisah2 Syawal...boleh cerita berjela dalam satu entry...tapi nan hado. Tetap sikit kisahnya...gambarnya pun ciput jer. Well...jadilah daripada tak ada kan....

Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan berhari raya di pagi raya dengan keluarga di Port Dickson selepas beberapa tahun spend time di Melaka. Syukur adik beradik ipar semuanya memahami selepas saya request dari mereka.

Tapi bila raya di PD, memang busy sangatlah. Petang mantai, saya bantu mak sediakan bahan untuk masak sambal goreng jawa style kami di PD ni. Bahan2nya memang banyak dan sebahagiannya perlu digoreng dulu seperti tauhu dan tempe.


Sekuali besar

Sambal goreng kami ni, tak letak suhun dan kicap seperti sambal goreng jawa biasa Di kampung saya ni, sambal gorengnya ada tauhu, tempe, babat hitam (perut lembu macam tuala tu), hati dan pedal ayam, udang dan juga bahan2 tumis lain seperti cili besar hiris, bawabg, halia dan juga akhir sekali santan pekat. Nanti lah kalau ada masa saya buat entry tentang resipi sambal goreng kami ni.

Makan dengan ketupat palas yang dibawa oleh adik ipar, rendang dan simbah dengan kuah kacang.


Tgh hari tu kami bergegas balik melaka. Itupun sempat juga selesai beraya di 3 buah daripada 5 buah rumah wajib. Semuanya rumah pakcik makcik saya di kampung tu juga.

Anyway, baru 5 minit di rumah Mami, seppupu hubby 2 beradik sampai dengan keluarga masing2. Alhamdulillah, terasa juga meriahnya. 

Selepas hari itu, saya dan hubby dah sangat sibuk dengan kerja. Hubby pula kebetulannya dah mula bekerja dengan syarikat lain di Nilai. Maka secara mudahnya kami sekarang tinggal di PD bersama mak ayah saya. Again.....hanya dapat jenguk rumah Melaka pada hujung minggu saja. 

Oleh itu, bila saudara mara dah beberapa kali tanya bila yg kami akan ada dirumah untuk mereka dtg beraya, kami terus pilih sabtu minggu ketiga. Saya bukan buat open house. Sekadar jemput saudara mara merapatkan ukhuwah. 
Dengan kesibukan kami, memang saya tak masak pun. Beli saja.

Saya sediakan nasi ayam. Ayamnya saya terus beli di kedai kegemaran kami di sungai udang. Bagusnya, tokey tu siapkan segala timun, kuah cili dan kicap beserta sos. Kami memang plan untuk masak nasi sendiri. Nasi jer..so tak ada lah saya stress sangat.

Nasi ayam satu tyb penuh dan satu periuk..

Nasi ayam ni habis licin lincau malam tu. Suka saya. Lagipun, menu tak banyak.... hehehe. Dah alang2 berkumpul sekeluarga, saya berhajat untuk adakan tahlil ringkas untuk arwah2. Maghrib hari tu, diimamkan oleh Adam. Alhamdulillah...ramai. Rezeki kami murah malam tu.

Selain dr itu Mommy pun bawa dishes juga. Mee hoon goreng yang sedap, puding karamel dan pengat pisang.


Pengat pisang marveles.
Menu sangat sedikit, tapi Alhamdulillah semuanya habis dan sedap. Tapi saya beritahu hubby, nxt year kalau nak buat lagi saya kibar bendera putih awal2. Sila order saja dari katerer. Penatnya ya rabbi....dengan tenaga yg semakin menyusut ni, memang saya terus terang mengalah.

Mak Su saya dan adik bongsu saya dengan baby in the house. Aiman yang baru 3 bulan.

Oh, mengapa saya pilih tarikh itu? Sebab 2 hari sebelumnya ialah birthday hubby dan minggu tu, minggu Adam boleh balik bermalam bersama keluarga.

Surprise birthday kek utk hubby...and he loved it. Pun just nice for everybody.


Dah malam masa ni. Masing2 makan beround2. Selesa sebab dlm lingkungan keluarga sendiri. Keluarga saya dan hubby. 

Walaupun simple, walaupun sekadar biasa2, saya tetap gembira kerana rumah kami bersinar dengan ukhuwah. 

Alhamdulillah....






.
Read More
Assalamualaikum.....

Minggu pertama selepas raya, sepupu saya bertunang. Jodohnya orang satu daerah dengan kami. Org PD juga. Alhamdulillah...senang hati mak ngah saya bakal menantunya orang dekat2.

Baju kuning tu mak ngah saya, didepannya sepupu saya, anak sulung mak ngah. 


Ada pelamin...besar hati kami disambut mesra oleh keluarga mereka.

Inilah sepupu saya, Hafiz. Dah nak.kahwin dah dia..kecil2 dulu, saya ada juga bantu jaga dia. Sekarang dah nak.kahwin..sob..sob...

Saya haruslah angkut hantaran. Berat pun x kisah janji ada bear...h ahh aha


.

Read More
Assalamualaikum.....


Beginilah berderet2 kereta ibu bapa menghantar anak masing2 pulang ke asrama. Dan kalau waktu masyk ialah 6.00 ptg, masa tu lah berderet2 kereta masuk pagar. Maklumlah, dua tiga minit tu sgt berharga utk anak2 ni termasuk Adam.

Dan kadang2, tak sampai beberapa jam mula la si anak telefon.  Ada jer yg tertinggal. Semalam, Adam kata hpnya jatuh dlm tandas. Melurut dari poket seluar yang digantung di pintu tandas. Hai....terpaksalah mama belikan hp lain hujung minggu ni.

Nak update blog pun tak aman sekarang. Ada saja halnya....






.
Read More
Assalamualaikum.....

Kami dinner bersama pada hari Sabtu sedangkan birthdatenya adalah pada Isnin berikutnya. Yang penting,kami meraikannya bersama walau tanpa Adam dan Ain.

Surprise dinner and surprise cake... She was happy and excited.



Among us..


The cake...

Satisfying though not much. I wish we could organize a better dinner. Next time maybe...




.

Read More
Assalamualaikum.....

Bila dah sebulan berpuasa, perut dah mengecut, tiba2 kita paksa dia mengembang semula pada hari raya dengan berbagai2 hidangan dan jenis2 makanan yang kita cuba elakkan atau kurangkan selama sebulan...maka macam2 ragamlah tubuh kita memprotes.

Kami pun sama. Haipp...bukan sebab balas dendam sebulan berpuasa yer. Tapi sebab kasihan dengan makanan yang banyak dan sedap2. Penat2 mak masak, penat2 sanak saudara masak. Kenalah makan juga. Kata nak merapatkan ukhuwah kan... Kalau setakat merasa makan sesudu, confirm diorang kecik hati juga sebab ingatkan masakan mereka tu tak sedap. Nak tak nak...sepiring itu, sepiring ini...puji sana..puji sini... yang tak sedap...kita diam2 dan cover puji lebih yang sedap...hahahaha.

Oh...berbalik kepada topic.

Saya masak bubur ni bila hubby tak sihat hari tu. Tekak sakit, perut rasa tak selesa dan mata terasa panas jer... Hubby juga yang request saya masakkan bubur ni untuk beliau.


Dah namanya pun bubur nasi...kosong jer lah saya masak. Saya offer untuk masakkan sup ayam dimakan dengan bubur ni, tapi hubby tak nak. Dia nak bubur nasi jer. Maka, saya terpaksa lebihkan air. Buat bubur yang cair. 2 jam juga lah saya merebus nasi ni. Saya masukkan lobak merah cincang agar dapat menambah khasiat sikit. Tapi saya masukkan juga satu kiub ayam dalam bubur ni masa memasaknya. Tak perlu tambah garam dah.

Sementara bubur lembut dan masak...saya buatlah bawang goreng ni. Malas betul nak menghiris bawang kan...tapi nak beli yang dah siap tu, memang saya tak pernah berkenan langsung. Saya memang lebih suka yang saya goreng sendiri. Sambil2 tu, kacau2 bubur atas dapur. Api kecil jer...jangan besar2. Kacau2 selalu pun takper sebab kita nak bubur tu halus dan pecah2 nasinya.


Pening saya, nak laukkan apa. Telur asin, ikan masin, ikan bilis, telur mata...semua hubby tak nak. Kacang goreng pun dia tak nak. So, saya hanya hiris2 sosej dan fish cake yang ada dalam peti ais, tumis dengan bawang putih, salutkan saja dengan kicap bagi hitam melegam.


End product, walaupun ada sosej kicap hitam legam, nak juga tambah lagi kicap kipas udang merah dalam bubur ni. Dalam pada hubby tak selera nak makan itu ini...habis juga dua mangkuk bubur ni hubby makan. Syukur Alhamdulillah. Lepas makan bubur, makan ubat, saya sapukan minyak balm buah pala sikit pada perut dan dadanya...dan suruh dia tidur. Tidur pun, saya tepuk2kan...nak beri dia rasa selesa... Dan memang, bila dia bangun, dia sendiri kata rasa kebah sedikit....

Simple saja. Tak ada sayur..tak ada ayam daging...tapi cukuplah utk merasa setitis bahagia....


.
Read More
Assalamualaikum.....

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca tak kiralah anda saudara mara, sahabat, kawan2 ataupun pembenci saya. Mohon maafkan segala salah silap saya.

Tahun ni kami sekeluarga beraya di PD dulu. Hari Raya kedua baru balik Melaka. Saya mohon pada adik beradik ipar untuk ambil giliran kerana sejak arwah Ba sakit, saya beraya dulu di Melaka untuk teman Mami. Maknanya dah 3 tahun berturut. Syukur adik beradik hubby sudi berikan saya peluang untuk untuk beraya dengan mak ayah tahun ni. Alhamdulillah...

Pada saya, beraya maksudnya pagi raya tu...bersama2 dengan keluarga. Keluarga saya di PD, exxactly lepas solat subuh, kami semua berkumpul di rumah nenek dan terus ke kubur. Balik dari kubur, solat raya pula. Maknanya, memang meriah sangat. Valuenya adalah dari subuh hingga tengah hari tu....

Anyway, anak saya sorang jer. Nnt kami dah tua, mesti ada masa, kami hanya beraya suami isteri saja.

Oh...jangan lupa. Berhati2 di jalan raya. Minyak, tol..saman semua mahal ni. Bil hospital pun mahal juga tau....




.
Read More
Assalamualaikum.....

Tahun ni, Alhamdulillah saya dah bersama2 dengan hubby..tinggal sebumbung selepas berbelas belas tahun hidup sebagai weekend family. Cuma saya hanya kena travel jauh ke pejabat setiap hari. Ikutkan keupayaan tubuh, rasa macam dah tak mampu...tapi redah sajalah dulu.

Anyway, di Melaka ada banyak tempat shopping baju raya. Macam2 ada. Dapatlah baju hubby. Tapi baju saya, tak banyak pilihan sebab saiz...huhuhu. Sedih betul. Baju Melayu Adam, dapatlah juga..tapi kasut la pulak takder yg berkenan. Kalau ada yang berkenan, tak ada saiz pula. Dan dia sangat perlukan kasut sebab yang ada semuanya dah buruk betul. Kasihan anak bujang saya ni.

Maka...dalam desperate tu, hubby ajak ke Kuantan. Tempat yang masih dirindui beliau kiranya. Bagi orang lain, jauh kot. Tapi kami dh terlalu selalu berulang alik dulu, maka perjalanan ini kacang saja lah...


 Gigih papa mencari kasut yang sesuai untuk anak kesayangan....

Alhamdulillah, saya dapat baju saya, baju mak semu di Kuantan Parade. Seronok sebab banyak la pula saiz saya.

Barang2 Adam, kami cari di East Coast Mall. Complete.

Berjaya..! 

Tidur satu malam di Kuantan. Terus balik hantar Adam ke asrama dulu. Selesai semia. Dapat rehat awal...bersedia untuk kerja esoknya.

Oh, saya kerja sampai hari Khamis. Cuti Isnin dan Selasa. Tahun ni raya di PD dulu selepas 3 tahun beraya di Melaka. Alhamdulillah..mesti meriah tahun ni. 

Selain daripada tu...rumah x sempat kemas...so saya stress. 

.



Read More
Assalamualaikum....

Ya....hanya berempat.

Semalam buka puasa kat rumah mak dengan Adam. Ambil cuti sebab pagi uruskan Mami di Melaka. Petang, kelam kabut pergi Jelebu jemput Adam balik dari asrama.

Sampai PD dah hampir Maghrib. Penatnyaaa.... Buka dengan mak dan ayah dan Adam. Nampak keseronokan mak ayah berbuka dengan anak cucu walau hanya kami. Pilu hati saya. Bukannya meteka minta wang ringgit saya, tapi hanya secebis masa untuk bersama. Mujurlah saya sekarang bekerja di PD. Bolehla seminggu tu singgah 2,3 kali.

Anyway....ada sambal goreng. Happynya saya.... Sambal goreng Jawa Port Dickson ni lain sikit. Tak ada su'un dan fucuk. Tak masukkan kicap. Tapi yang mak buat ni rencahnya minima jer. Nnt raya kami buat complete version, saya kongsikan di blog ini kemudian.


Ada juga asam pedas ikan parang....

Ada durian baru gugur di belakang rumah. Antara pokok terbaik hasilnya tahun ni...


Paling world, sambal cili api yang dimasak oleh ayah. Makan pedas, gaul dengan durian...tekak berdendang ria. Tapi mesti usus perut caca marba. Adehhh...

Apa2 pun, Ramadhan tinggal lagi beberapa hari jer. Tak kiralah Lailatul Qadar dah berlalu atau belum....kita hanya perlu fokus untuk melipatgandakan amalan kita. 

Oh...siapa dah mula cuti raya?


.

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama