Tak Suka Gaya Bahasa Blog Saya? Shooh!

37 comments
Assalamualaikum.....

Sebenarnya kita ada receive komen dari Cik Anon yang komplen gaya bahasa kita yang sangat rojak dalam blog nie. Dan yes, kita delete terus.

Anon tu tak suka kita rojakkan Bahasa Melayu dan English dalam blog ni.

Bukan maksudnya kita tak boleh menerima teguran. Teguran itu kita terima dengan hati yang terbuka. Tapi bukanlah dengan cara baling batu sembunyi tangan tu. Tak nak tanya ke kenapa kita menulis dengan bahasa rojak?

Mungkin ada di kalangan anda pun sependapat dengan Anon nie. Kita mohon ampun dan maaf.

Blog ini adalah blog santai kita. Macam mana kita berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling kita, cara itu jugalah kita pamerkan dalam blog ini sebab kita value follower kita seperti sahabat rapat kita sendiri.

Siapa yang tak boleh menulis dengan Bahasa Melayu standard kan? Semua bangsa Melayu dan rakyat Malaysia pun boleh. Tapi, back to the objective of blogging.

Kita berblog untuk berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, tips dan apa saja dengan pembaca sekalian. Untuk mencapai objektif itu, kita rapatkan hati pembaca sekalian dengan blog ini dengan tidak berformal.

Kalaulah objektif kita untuk menaiktarafkan Bahasa Melayu, atau untuk mendidik English di kalangan pembaca semua, sudah tentu approach dan isi kandungan My Rainbow ini berlainan, bukan? Dan nama blog itu pun bukanlah My Rainbow.

So, sekali lagi kita mohon maaf kepada pembaca yang menyampah dengan bahasa rojak kita. Kalau benar bahasa kita menyakitkan matanya, kita tak ralat kalau dia pangkah blog ini daripada dikunjungi.

Sekurang-kurangnya kita bahagia dengan jalan menuju objektif blog ini. Hasil kita, luahan jiwa kita, perkongsian minda kita.

Terima kasih anda semua kerana walaupun menyampah dan benci dan kondem, anda masih sudi bersusah payah mengetuk keyboard untuk meninggalkan komen.



.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

37 thoughts..

Tanpa Nama berkata...

waalaikumsaalm........... biarin lah kak.. namanya juga blog. positif thinking :)
.

hajar berkata...

saya ok jer dgn blog myrainbow... abaikan jer komen yg x patut tu....

zoul dahan™ berkata...

Blog kita adalah peribadi kita.
Blog kita adalah luahan isi hati kita.
Blog kita juga bukanlah karangan peperiksaan.
Blog kita juga bukanlah surat rasmi.
Jadi suka hati kitalah nak tulis apa kan?

Bahasa rojak tak salah.
Saya pun tulis rojak jugak.
Pada saya bahasa rojak jauh lebih baik drp bahasa SMS.

Saya benci baca bahasa SMS.
Bahasa orang malas.

Aziela tak perlu nak minta maaf.
Mereka yang patut minta maaf sebenarnya.

Abil Fikri Ahmad berkata...

begitu la respond segelintir pembaca. Kita blogger2 ni terima jea ler BUT cik anon tukang komen tu jangan sampai menyakiti org lain..!!

Dr K berkata...

Saya rasa, stail penulisan blog ni takde lah rojak pun...sikit2 aja selit English...tu biasa la..Takkan nak karang ayat standard peperiksaan bak kata bro Zoul tu..kan?

Dan betul, saya menyampah dgn anon. Kalau jujur dan ikhlas, serta ada keberanian, komen lah dengan ID tersendiri..ini tidak, umpama baling batu sembunyi tangan.

TiranaAduka berkata...

Salam sis Aziela yang Manis
TA dtg nie ..
ala melas sey bakyu ku iki....

enyong meneh akeh tohmahan ney nag e-mail..seng orak-orak ngenah...
angger pak di tot key aku wes sui mandek NGEB BLOG...

sis....bahasa ta lagi depa tak paham sis hehehehhe hanya segelintir pembaca sahaja yang paham.....

sis keep blogging...TA support sis AZIELA...go go go go sis AZIELA caiyuk......!!!!!!!!!!

p/s Bro abil...huhuhuhuhu...

Miss Syahbanu berkata...

saya okey je dgn blog akak..xde masalah pun..jgn pedulikan sgt kata2 anon tu..

biela bell berkata...

biela guna gaya bahasa santai jer.. sebab itu blog kita.. depends on us..

RamRamCute berkata...

Hahahaha....abaikan shaja Cik Anon itu.. tak mendatangkan pekdah pun kalau di layan...blog kita suka hati kitalah nk cakap macam mana..nak olah macam mana...apa nak kena guna bahasa berbunga ke?? Hehehehe....

Tanpa Nama berkata...

ANON? DARE YA... ORE NO SUKI NA KOTOBA WO TSUKAU YO. AHOKKKKKK KA OMAE.

Nadia Johari berkata...

nad tgk ok je penulisan blog akk..awesome

Kamsiah yusoff berkata...

salam kenal & follow sini

bg saya..biasa ja,tiada masalah sesetengah perkataan ingeris digunakan...

yg saya tak boleh terima..bahasa remaja yg sgt2 rosak spt aku jadi aq,itu jadi itew...sekarang jadi skunk..

azieazah berkata...

Saya tak pernah ada masalah dengan blogger yang menulis bahasa rojak. Langsung tak kisah. Cuma saya TAK boleh terima jika tulis dengan bahasa SMS.

Teruskan dengan penulisan yang menjadi style sendiri, jangan tiru orang lain.

*Saya setting kat comment, yang ANON tak boleh komen. Saya benci ANON.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wajib ke guna bahasa yang betul dalam blog.. apa punya anonlah...

yg penting akak suka baca blog Aziela tau, jgn merajuk dgn anon2 yg macam tu, dia dengki tu...

TiranaAduka berkata...

sis....
jagan majuk tau...
KEEEP BLOGGING

go go go go go sis AZIELA caiyuk...!!!!!!!!!!

Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka

Aziela berkata...

@miztia-respect Makasih ya Miz Tia. Tapi, kok didiamkan, lagi berleluasa kan?

Aziela berkata...

@hajar Terima kasih. Baik, akak akan abaikan.

Aziela berkata...

@zouldahan Terharu baca komen Doc. Terima kasih kerana sokongan itu.

Aziela berkata...

@Abil Fikri Ahmad Cara dia tu yang sukar diterima, bang.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Waa..nangis! Thank you support.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Uwaaa...isin nyong, TA. Seng Anon tegel kui.

Aziela berkata...

@BaNu Syah Thank u darling. Bersemangat kembali akak.

Aziela berkata...

@biela bell Betul..betul...

Aziela berkata...

@Rahmah Abd Mutalib Dia nak macam mana agaknya ekk?

Aziela berkata...

@Anonymous Anatawa Anon des! Hihihihi. Arigato gozaimas shujin!

Aziela berkata...

@Nadia Johari Awesome ker dik? Biasa2 jer sebenarnya. Thank u support blog akak yer.

Aziela berkata...

@❤Kamsiah❤ Terima kasih join family My Rainbow. Yer, saya pun susah nak faham bahasa sms yang trend baru nie.

Aziela berkata...

@azieazah Terima kasih Kak Azie. Mungkin saya akan setting macam Kak Azie kalau dah tak boleh bertahan nanti.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Uwaa...thank u Kak Sari. Saya segan dengan Kak Sari sebab blog akak lebih high standard dari My Rainbow.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Makasih ya TA. Ok..dah hilang majuk, hihihihi

kkida @ 1001resipi berkata...

salam,
lambat kkida menyampuk...biarlah aziela...buat mana yang you rasa selesa...ini blog peribadi...nak campur aduk 10 bahasa pun takpa...:)

Mrs Velentine berkata...

abaikan jak dorang tue kak//

TiranaAduka berkata...

huhuhuhu..
alhamdulillah ..dah ilang majuk tu...
penat tau pujuk...ahakzssssssss.....
tak mo majuk lagi tau...

wes tuo bakyu isin kambek bocah bocah seng komen nang kene...ahakzs..!!!!!!

Aziela berkata...

@kkida @ 1001resepi Iyerlah kak, saya rasa blog saya dah campur koman2 pun 5 bahasa dah.

Aziela berkata...

@Mrs Velentine TQ MV.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Hahahaha... saja jer nak manja2 sitik.

Unknown berkata...

Sabar yea akak....si Anon tu berani cakap in the name of "freedom of speech" tapi sayangnya dia tak berani nak menggunakan identiti sendiri untuk menyokong pendapat dia...tak apalah akak....kami semua yang rapat dan tahu gaya penulisan akak dapat terima cara penceritaan akak, no matter in English or Malay :)