Assalamualaikum.....
Ok, dah habis bulan puasa ni, kita nak up sikit beberapa entry tentang food pula....
Ini kejadian beberapa bulan yang lepas sebenarnya. Hubby yang bawa. Dia makan di sini masa dia ada kerja di KL. Hubby kata sedap, so dia bawa kita dengan SIL.
Nama restoran ni ialah Half Moon. Bulan separuh gitew. Makanan arab semuanya. Ownernya adalah seorang lelaki Arab yang berkahwin dengan seorang wanita Malaysia. Maka mereka berdua pun mengusahakan restoran ni. Alahai...nak tahu lanjut nanti boleh google jer lah yer.
Assalamualaikum.....
Mesti ramai yang masih beraya kan.... Tapi kita dah masuk pejabat. Memang biasa macam nie. Dah jadi tak kisah... Pertamanya sebab cuti kena jimat... Keduanya, kampung dekat. Tiap2 hari pun boleh balik...so cukuplah 2 hari. Yang lain2, kena tunggu hujung minggu, bolehlah kami sambung ziarah.
Oh yer.... keadaan pejabat sekarang adalah seperti berikut :
Kosongggg dikkkkk...
Yang ada hari ni, kita, sorang despatch dan 2 orang pegawai...
Dah siap2 bawa bekal untuk breakfast dan lunch. Senang....
Assalamualaikum.....
Walaupun ramai yang dah tak baca blog, tapi saya ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan di alam maya dan juga alam nyata.
- Berhati2 di jalan raya. Dapatkan rehat yang cukup.
- Minum air kosong lebih2 sikit. Maklumlah, rendang ketupat dan segala jenis makanan yang sedap2.
- Berbelanja dengan jimat yer. Maklumlah, lepas raya ni nak sambung hidup juga... hehehehehe
- Jangan lupa rancang perjalanan anda dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik.
- Jangan lupa balik ke opis semula......
Maaf Zahir Batin yer....
.
Assalamualaikum.....
Isnin hari tu, kita dalam perjalanan ke pejabat dari petak parking kereta. Kat opis kami ni, parking kereta jauhh dari opis. Adalah dalam 15 minit jalan kaki, lebih kurang 10 minit kalau lari2 anak. Ha, exercise makcik tetiap hari tau walaupun tak kurus2 juga...
Nak dijadikan cerita, Isnin, biasalah. Hari penat sebab weekend aktiviti penuh di Melaka dan PD. Bawa pula beg yang sarat sampai 3 beg. Bahu kiri kanan, dengan sandang lagi. Perjalanan jalan kaki tu pula macam mengembara kaedahnya. Ada naik bukit, turun tangga, turun bukit, naik bukit balik, naik tangga lagi..baruu sampai opis. Masa nak menurun salah satu bukit dan steps tu, kaki kita yang mendarat di sebelah kanan ni tak stabil.
Assalamualaikum.....
Macam biasa, setiap tahun kami akan berbuka dengan mak ayah di luar. Selalunya jarang dapat kumpulkan semua orang. Macam2 halangan ada. Tapi tahun ni, Alhamdulillah, ada rezeki untuk semua orang berkumpul dan makan bersama.
Mula2 nak makan Chinese food di Chinese Muslim restoran di Seremban 2, tapi adik lelaki kita yang sorang tu mengada2 nak makan kambing golek. Yang sarat pregnant, isterinya. Tapi yang mengidam lebih2nya dia pulak. Puas kitorang satu family melayan selera mengidam bapak orang...hahahahaha.
So, cari2 di Seremban, semuanya dah
Assalamualaikum.....
Sejak malam tadi lagi kita dah terima berita ini dari ahli whatsapp group HR kita. Cepat2 buka tv untuk pastikan kesahihan berita. Istighfar tak lekang sejak malam tadi.
Kasihannya....
Sedihnya....
Marahnya.....
Apalah lagi dugaan untuk Malaysia... Terlalu banyak dosakah rakyat Malaysia? Yer, muhasabah diri adalah perkara pertama untuk dilakukan.....
Antara 15 orang krew, seorang India dan yang lainnya adalah Melayu. Itu kata bekas HR MAS malam tadi. Menurut beliau, semasa beliau berkhidmat untuk MAS, perkara yang paling sukar ialah menyampaikan berita seperti ini kepada keluarga kakitangan yang menjadi mangsa. Paling luluh hati ialah apabila melihat kesedihan wajah anak2 kakitangan...
Itu kakitangan....
Bagaimana pula dengan orang awam?
Maka kakitangan
Assalamualaikum.....
Well...kita terpaksa menjadi pelanggan setia pusat dobi layan diri macam nie. Al-maklumlah, washing machine kita kan ke buat hal.....
Masa 1st time pergi dengan hubby, kami tercengang2 juga laaa macam rusa masuk kampung. Study dulu semua nota2 dan instruction kat dinding, kat mesin dan sebagainya.....
Kami pergi ke sini selepas subuh pada hari Sabtu. Konon2 tak nak pergi siang sangat la kan...segan la kononnya.... Kedai ni tak ada orang jaga pun. Kosong jerrr. Tapi, dia ada cctv merata2 dan ada movement sensor merata2 untuk
Assalamualaikum.....
It has been a long time since I last update about my nuffnang. I have one on-going campaign currently. June was a festive Nuffnang campaign moment in this blog though...
Anyhow, for many years of blogging, I have never cash out my earnings. As usual, the earning is not sufficient for me to cash it out. How sad.
But then, I will still stick to nuffnang. Simple because it is easy and never burden my blogging life so far....
Maybe next year
Assalamualaikum.....
Waktu zaman belajar dulu, kita masuk banyak juga aktiviti persatuan dan kelab. Masa awal2, masa zaman matriks, tak berapa aktif lagi... Setakat aktif di asrama jer lah..AJK itu ini dan juga naqibah usrah.
Bila masuk main camp, kita buka peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perkara baru. Kita beranikan diri untuk membuat keputusan sendiri, mengorak langkah sendiri dan corakkan sendiri 'laluan' kita. Maklumlah, muda lagi. Masa tu kalau nak join apa2 persatuan atau kelab, semuanya kena tanya kawan. Kalau ada kawan2 yang nak join,
Assalamualaikum.....
Ha, orang lain semua gigih bercerita tentang menu berbuka, buka kat mana, makan apa buka..dan semua pasal buka.... tapi kita dokkklah sibuk cerita sahur. Yang pelik2 pula tu kan...durian lah, western la...hahahahhaha
Oh, ini hidangan melayan tekak kanak2. Adam dan sepupu kita bersahur di rumah mak. Selalunya mak atau adik kita Yana tu panas2kan lauk atau masak lauk simple2 jer... Setelah seminggu, Adam dah mula bosan. Makan pun sikittt jer.
So, bila kita ada masa tidur di rumah mak dengan dia, kita suggest spaghetti
Assalamualaikum.....
Ha, join segmen. Daripada beberapa hari lepas lagi dah tunggu segmen cikgu bujang di Kuching, Sarawak ni. Bermurah hati nak beri power bank pada salah 2 orang blogger. Sesiapa yang nak join segmen ni, pergi jenguk entry Cikgu Zam kat SINI dan buatlah macam yang dia suruh tu....
Cikgu yang rajin masak ni, rajin update blog dia tau...hehehehehe
Psst : Zam, penat akak puji awak macam2 ni....
.
Assalamualaikum.....
Merujuk kepada gambar tu, sebenarnya itu adalah tulisan salah seorang petugas syarikat dolu2. Bila masuk kerja, kenalah isi borang kan.
So, kami pun key in lah dalam sistem. Tapi bila key in, revise semula dengan dia, sekali nama tu bukannya Naazrah....
Tapi......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Naaziah
Kot lah nak buat tulisan cantik pun, biarlah jelas....
.
Assalamualaikum.....
Pokok durian kat belakang rumah mak dah mula menggugurkan buahnya. Antara 2-3 batang pokok tu, adalah sebatang pokok yang hasilnya agak cantik tahun ni. Alhamdulillah. Pokok durian, kalau tahun ni buahnya kita kata sedap, tahun depan belum tentu sama tau. Kalau nak tau, pokok durian ni antara kategori pokok buah yang manja juga. Tak boleh panas sangat, tak boleh bakar2 di sekitar dia, nak kawasan yang teduh dan nyaman dan sebagainya. Baja? Dah tua bangka pun kena juga suap baja juga.
Oh, ayah
Assalamualaikum.....
Pagi tadi kita dengar berita di radio.
Sampai pejabat, terus capai surat khabar.
Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun meninggal dunia kerana di pukul oleh bapanya sendiri bila dia memohon izin bapanya untuk bekerja part time agar keluarganya dapat menikmati hidangan yang sedikit lebih baik ketika berbuka puasa.
Bapanya naik berang dan memukul beliau sehingga pengsan. Tak pasti kenapa bapanya marah...mungkin kerana ego. Malu sebab anak mempertikaikan keupayaannya menyara keluarga secara halus. Ini sekadar anggapan kita.
Hakikatnya, ketika ibu ini ingin mengejutkan anaknya untuk bangun sahur, anak ini sudah kembali ke Rahmatullah....
Al-Fatihah.
Remaja ini ingin membantu keluarganya kerana selama ini mereka berbuka hanya dengan bubur dan goreng pisang serta
Assalamualaikum.....
Sekadar berkongsi bila terkenangkan luahan perasaan adik kita. Dia yang seorang staffnurse di hospital daripada dulu lagi di aniaya oleh pihak atasan dan rakan sekerjanya dek kerana pihak pengurusannya menghargai komitmen beliau. Sampai ada satu ketika dia rasa macam nak tarik diri. Tapi berjaya diselesaikan masalah tu melalui perbincangan.
Dia kemudiannya di tukarkan ke jabatan baru. Ok sikit kerjanya, tapi pendapatannya memang jauh berkurangan. Beliau terima juga dengan redha. Baru dia rasa aman sikit, mungkin kerana orang lain berpuas hati. Tapi mestilah
Assalamualaikum.....
AMARAN KERAS!
KALAU ADA PEMBACA YANG WAS2 DENGAN PAHALA PUASA ANDA, SILA ABAIKAN ENTRY INI.... SEKIAN.
Semalam kita baca kisah Kak Seri Kandi Tanah Jauhar tu yang cerita pasal mee celup di Munduk, Thailand tu. Memang sedapppp. Aduhai...warung biasa2 tapi semuanya menyelerakan...
Kali ni, kita nak cerita tentang kesedapan laksa siam di Munduk pula. Memang setiap kali datang sini, kami suka juga pergi ke kedai nie dan makan laksa siam. Kalau orang ramai, meja penuh, baru kami cabut cari kedai lain.
Assalamualaikum.....
Psst : Errr, dia salah eja 'rezeki'.... faham2 sendirilah yer. Yang penting intipatinya tu....
Assalamualaikum.....
Semalam kita dengan hubby pergi ke pasar Ramadhan di Bt 4, PD. Mencari juadah berbuka puasa. Dari pagi memang dah pesan dengan mak, tak yah masak sebab mak dah letih buat revision sains dengan Adam. Kebetulan, kami memang bercadang nak berbuka di PD.
Bila pergi ke sana, tengok lauk pauk yang orang jawa panggil 'cebleh', lauk2 yang terdedah dan di hinggapi lalat, kuih muih yang kecut2 tak tahu bila di masaknya, kita jadi tertanya2. Peniaga2 ni pernah berniaga tak? Ikhlaskah mereka berniaga?
Last2,