Assalamualaikum.....
Ini adalah kejadian minggu lepas. Hari terakhir saya di pejabat itu. Secara dasarnya, ini pekerjaan tetap saya yang kedua. Lama saya bertahan. Genap 14 tahun bulan Februari tahun ini.
Saya bermula sebagai petugas biasa. Kemudian saya dilatih dan membina diri sendiri sehingga ke tahap sekarang. Belum lah tiba ke puncak pun, tapi saya berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. Alhamdulillah....
Pagi hari terakhir, saya melawat pejabat2 cawangan di sekitar KL. Beritakan pemergian saya dan bersalaman serta berpelukan dengan semua yang sudi. Sempat juga
Assalamualaikum.....
Nampak jer putih macam ni, tapi rasanya sedappp. Memang boleh kenyang. Saya suka sebab sayurnya banyak. Ini adalah antara kenangan di opis lama. Rindu dengan opis, dengan friends, rindu dengan kerusi meja dan rindu dengan kafe....
Tempat baru? Hmmm...as time goes on, saya akan kongsikan juga sikit2. Hari ni baru hari ketiga. Masih cuba mencari penyesuaian, walaupun kerja bertingkek2. Kalau ada entry2 pendek yang banyak sangat typo tu sebab main tulis entry dalam handphone jer. So, fefaham jer lah yer...hehehehe
Oh, rindunya dengan mihun
Assalamualaikum.....
Tahun ni CNY agak meriah dengan kehadiran baby2 comel. Abg ipar saya afa seorang bayi yg usianya 8 bilan. Sepupu hubby pula masing2 ada bayi berusia 3 bulan dan 6 bulan. Wah...memang meriah la kami mendukubg baby.
Petangnya pergi rumah atuk saudara hubby. Atuk Ah Heng baru keluar hospital. Minggu lepas beliau terjatuh di depan rumahnya. Kepalanya dah terhantuk dinding rumah. Ada darah beku dalam otaknya. Major operations juga. Sekarang dh nampak beransur aihat.
Srlainnya kami berehat dan mengemas rumah....
Assalamualaikum.....
Sebelum ke MRSM, Adam sempat memberikan sedikit tanda mata kepadabekas guru2nya. Saya bantu seadanua kemampuan saya. Namun saya terharu kerana Adam ada perasaan untuk menyampaikan salam terima kasih dengan cara itu.
Hari ni Adam boleh balik rumah kerana citi Chinese New Year. Dah kurang merengek nk balik rumah, tapi asyik merengek rosau tak sempat siapkan kerja sekolah. Pada kami, ini perkembangan yang baik dan pantas. Alhamdulillah.
Assalamualaikum.....
Inilah lumrah kehidupan. Ada yang pergi, cepat saja yang mengganti. Tapi untuk kes2 eksklusif, bukan mudah nak cari pengganti.
Kisah 1
Salah seorang petugas Jabatan Akaun kami, yang sama2 bertugas dengan saya di Bangsar dulu telah menerima tawaran lain. Alhamdulillah. Rezeki masing2 lah kan.
Yang bertudung biru gelap, hari terakhir beliau bersama kami.
Kisah 2
Semalam, kehilangan Allahyarham Hasbullah Awang. Saya membesar dengan suara beliau. Kepetahan beliau, kebijaksanaan beliau menimbulkan emosi semangat dan merudum, ketenangan beliau dalam menghadapi situasi yang tidak
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, kejadian minggu lepas. Pendaftaran Adam untuk Tingkatan 1 di MRSM Kuala Klawang, Jelebu, N. Sembilan. Apa yang diimpikan oleh Adam, akhirnya tercapai. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga.
Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi. Perjalanan dari rumah mak di PD ke sini mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Maka, selepas solat subuh, kami dah bertolak dari PD. Papanya tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Sejak bekerja di Melaka, hubby semakin 'rapat' dengan kerja berbanding keluarga. Tapi kami faham. Ada masa, beberapa perkara perlu dikorbankan.
Assalamualaikum.....
Wah, penatnya...! Bila Isnin jer penat betul kan. Macam2 urusan bila weekend kan. Anyway, dah lama terperap dalam draft gambar2 ni. Lebih baik saya keluarkan dan bercerita segera sebelum ianya hilang disebalik awan..ecehh!
Hari graduasi darjah 6 untuk Adam tahun lepas. Parents kena bayar..sorang 30 hengget rasanya. Untuk anak, apa salahnya. Bukan selalu pun. Masa ni, keputusan UPSR belum diumumkan lagi.
Guru2 yang mengajar tahun 6.
Adam menerima sijil UPKK. Pengerusi PIBG kami ialan Komandan tentera. Sereeemmm.
Inilah graduasi, tamat belajar sekolah
Assalamualaikum.....
Ini adalah hidangan dari mak saya yang gembira kerana Adam diterima ke MRSM. Minggu lepas dah bawa ke pejabat. Makan ramai2. Pulut kuning saja dengan rendang ayam dan rendang daging. Ada juga sambal tumis ikan bilis. Bawa untuk sarapan pagi.
Alhamdulillah, dah selamat daftarkan Adam Rabu lepas. Tapi dia demam pula. Tadi Bonda Home-roomnya call untuk saya bawa Adam pulang weekend ni. Dah jumpa doktor semalam, dah makan ubat, tapi masih belum kebah. Allah....baruu jer masuk 3 hari, dah demam pula. Culture shock la