Memaparkan catatan dengan label wedding dinner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wedding dinner. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Wah, ini bukan adik kita punya majlis yer. Majlis adik kita kan ker dah di tutup. Ini adalah memenuhi jemputan best friend ayah di Maju Tower. Sepatutnya masa nie, kita attend blogger gathering di rumah Pak Ngah di Lavender Height, tapi dah ayah minta tolong hantar, terpaksalah pendam jer keinginan tu.

First time attend function di Maju Tower nie. Tapi senang jer nak ke sini. Hall nyer tak besar sangat, tapi sangat presentable. Kami datang awal sebab lepas tu nak ke majlis di Ampang pula. Relative ayah juga kahwinkan anak.



Dapat door gift mug bunge2. Paksa mak senyum masa nie.

The dish.

The band..

Disebabkan awal, maka tak crowded sangat. But suka sangat tengok ayah sangat happy sambil berpeluk2 dengan kawan lamanya tu.

Tak apalah kita korbankan keinginan kita. Kegembiraan ayah dan mak tu lebih dari segalanya.
Read More
Assalamualaikum.....

Akhirnya, tibalah ke final chapter kisah ini. Kita mohon maaf kepada mana2 pembaca yang rasa bosan nak baca disini. Tapi kita mesti juga selitkan sebab blog ini antaranya bertujuan untuk merekodkan momen2 indah seperti ini.

Finale untuk majlis ini mestilah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki orang dekat jer. Kuala Pilah. Dari Port Dickson ke Kuala Pilah, sejam driving dah sampai dah.

Kat sini, of course kami pula tetamu. So, dapat rehat lahkan. Lagipun majlis ini selepas seminggu majlis di rumah kami.

Rombongan kami datang dengan 15 biji kereta. Heheheh..biasalah kan. Family ramai.

So, kami ber'angguh' (berehat sementara sementara menunggu majlis dimulakan) dulu di rumah saudara terdekat pengantin lelaki.


Bawa juga penganan sedikit..


Adik lelaki kita dengan familynya serta Adam yang menempel.


Pengantin muka penat dah nie

Meja makan pengantin

Yang sebenarnya, keluarga pengantin lelaki dah tarik tangan kita dulu suruh duduk di meja pengantin. Katanya mak ayah dan adik beradik duduk di situ. Tapi kita rasa yang lebih layak untuk diberi penghargaan itu ialah pakcik makcik yang bertungkus lumus menjayakan majlis kami hingga berhari2 lamanya. Maka kita paksa mereka, sampai tarik2 tangan paksa mereka duduk di situ. Seronok sangat rasanya bila tengok mereka ceria di situ.

Kami sekeluarga dengan pengantin

Selepas jer kami bergambar di atas nie, tanpa menunggu majlis selesai, kita dan hubby bergegas pula ke KL, menghadiri majlis perkahwinan anak kepada boss kita di pejabat. Yang penting, pengantin dah selamat.

Syukur, Alhamdulillah.

Selesai dah catatan rekod majlis. Tapi sehingga ke hari ini, kalau duduk2 dengan family, kami masih lagi berbincang tentang majlis. Post mortem tak rasmi. Sekurang2nya, next time kalau ada sepupu yang kahwin, bolehlah kami kongsi experience kami.

Read More
Assalamualaikum.....

Acara kemuncak...

Persandingan...

Pelaminnya.

Purple & White warna pilihan


Sempat juga kita bergambar dengan pengantin. Syahdunya..sob..sob..



Mak memberi restu


Ayah pula merenjis

Biasanya acara merenjis nie memang disertai dengan tangisan. Tapi this time tak sempat menangis kot. Terlalu sibuk....

Yang sebenarnya, mak ayah guna catering service. Tapi, untuk memuaskan hati, kami memang masak sendiri 2 jenis lauk tradisi iaitu gulai lemak cili padi rebung campur daging dan tulang lembu serta lagi satu ialah sambal goreng jawa Port Dickson. Malangnya, memang tak sempat langsung nak snap sekeping gambar makanan pun. Kesibukan yang memang di luar jangkaan.

Kami fikir, bila guna catering, dapatlah beramah mesra dengan tetamu dan concentrate melayan jemputan. So, seluruh keluarga bersedia untuk menyambut tetamu. Dan bersedia untuk berpoya2 ambik gambar sana sini.

 Sekali yang datang...seperti badai melanda. Hahahahha. Sangat tak sangka semua tetamu yang kami jemput, dapat kelapangan dan sudi hadir. Rasanya dalam 2% jer yang tak hadir. Bukan itu saja, ada juga kawan2 lama mak dan ayah yang tak pernah mereka jumpa sejak masing2 berkahwin, datang beramai2 dengan keluarga masing walaupun tiada jemputan secara langsung. Sekadar pesan dari mulut ke mulut sahaja. Betul2 jejak kasih.

Ramai juga rakan2 ayah yang dah berhijrah dan berkeluarga di Eropah kebetulan semuanya balik bercuti ke kampung pun hadir. Itu tak termasuk rakan taulan pengantin sendiri. Syukur Alhamdulillah.

Tapi, oleh kerana kehadiran tetamu yang diluar jangkaan, pihak caterer dah mula panik. Termasuklah kami adik beradik dah mula panik sebab takut food tak cukup. Memang betul food caterer takkan cukup, tapi syukurlah kami memang masak sendiri separuh. Selain daripada 2 jenis menu di atas, kami juga dah masak siap2 acar buah dan daging masak dendeng untuk diberikan buah tangan kepada semua tetamu yang hadir.

Ayah pula memang pakar memasak nasi minyak. So, memang dah memasak nasi minyak 2 kawah besar. Jadi, bila tengok lauk pauk dan nasi minyak kami sendiri pun banyak lagi, terus happy semula. Cuma terpaksa kerah tenaga seluruh kaum kerabat jugalah untuk bantu tenaga caterer yang dah mula kelam kabut. Kita sendiri pun dah berlari ke dapur, ke dalam rumah, ke tepi rumah, semuanyalah sebab nak jaga semua aspek. Tak ganggu mak dan ayah langsunggg. Yang penting mak ayah sambut tetamu.

Paling sadis, sejak dari adik ke-2 berkahwin, memang kitalah sebagai kakak sulung yang menyambut rombongan pengantin ke rumah. Biasanya, kena berdiri kat pagar, taburkan beras kunyit, atau sekadar bunga rampai kepada rombongan dan beri sedikit kata-kata aluan kepada rombongan sebelah sana. Lepas dah tabur2, barulah persilakan rombongan masuk.

This time juga, terpaksa jadi MC untuk acara di pelamin. Itupun half way jer sebab orang dapur dan orang luar dah cari kita minta macam2. Aduh, kelam kabut sungguh. Tapi tak ada terima aduan ketidakpuasan hati pun. Maknanya, oklah tu kan..?



Khemah dah penuhhh walaupun baru jam 12.00 tengah hari.


Rakan pejabat yang hadir bersama keluarganya. Terima kasih En Hashim.


Ini Adam, first time jumpa dengan abang angkat mamanya.

Abang angkat kita sejak kita menuntut di uni lagi. First year lagi dah menempel dengan dia. Dia pun memang selesa jer menempel dengan family kita. Mak dan ayah memang sayang dengan dia. Kami adik beradik semua kahwin, dia tak pernah miss lagi. Namanya Encik Jaiya bin Abu. Orang Seremban dan menetap di Bukit Chedang, Seremban. Banyak sungguh history dengan dia. Dia datang dengan isteri dan anaknya seramai 3 orang. Comel2 sungguh anak beliau. Sayangnya, x ambil gambar anak dan isteri beliau sebab ngam2 battery kong dah masa nie. Rasanya kita akan buat satu entry untuk mengimbas kenangan dengan beliau nanti. Insyaallah.

Last but not least, the King and Queen of the day.

Kepada En Kamaruzaman dan Puan Noranida Maarof,

Semoga perkongsian hidup di antara adinda berdua di rahmati Allah senantiasa.
Semoga kebahagiaan dan kegembiraan senantiasa bersama adinda berdua sehingga ke akhirnya.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan zuriat yang sempurna kepada kalian.
Semoga cinta dan kasih sayang kalian tidak akan pernah malap selamanya.

Adinda berdua. Dalam perkahwinan,

Kongsilah segalanya. Kegembiraan, duka dan tangis, susah dan senang, tanggungjawab dan impian.
Selalulah bertolak ansur, ikhlas dan sabar dalam segala aspek.
Sekarang anda ada 2 pasang ibu bapa, maka berilah hak sewajarnya kepada ke-2 ibu bapa ini.
Semoga penyatuan ini akan memberikan kekuatan kepada kalian dalam usaha meningkatkan keimanan dan mencari redha Allah.

Amin, Ya Rabbal Alamin.



Read More
Assalamualaikum.....

Selesai malam tadinya dengan tahlil, maka hari Sabtu tu ialah majlis pernikahannya.

Pernikahan dijadualkan selepas Zohor. Macam biasa, berhempas pulas memasak untuk lunch. Dan seperti semalam, disebabkan tiada komplen dari sesiapa tentang nasi, maka secara rasminya tugas memasak nasi untuk majlis nikah diserahkan kepada kita. Berganda lebih banyak dari semalam, namun syukur ianya berjalan lancar.

Tugas menyediakan minuman dan makanan untuk yang membantu di dapur pun tetap diteruskan. Cuma kita memang tak usik langsung pasal hal2 mengemas rumah. Itu, adik yang ke-3 uruskan. Dia menyapu, mop, lap dan mengemas segala macam tinggalan kenduri malam sebelumnya, sementara kita sibuk mengerjakan apa yang boleh di dapur. Adik lelaki pula pagi2 buta dah ke pasar untuk mengangkut daging berpuluh2 kilo serta barang2 dapur lain.

Majlis nikah dalam sejarah sebab satu2nya yang bernikah atas meja. Pengantin lelaki ada masalah lutut semasa jatuh ketika bermain futsal 2 tahun lepas. Tendon lututnya putus, ke cedera ke...macam tu lah. Tak macam ligamen yang boleh disambung, tendon harus di replace dengan mengambil sedikit dari bahagian peha dan di tampal di lutut. Beliau tak berapa yakin nak melalui prosedur itu. Ini, mengikut penjelasan dialah...kita pun x berapa pasti.

So, disebabkan tak boleh bersila, kenalah majlis dijalankan atas meja. Pelamin memang dah siap di pasang semalam lagi. So, terpaksa letak meja depan pelamin. Syukurlah rumah mak nie, dining hall tu macam stage, so sedang elok pasang pelamin.

Pengantin perempuan. Adik bongsu kita dah nak jadi isteri orang, sob..sob...


Dengan mak ayah dan Adam yang menempel.

Dah banyak kali terjadi, setiap kali anak2 berkahwin, mesti mak dan ayah terlalu sibuk uruskan makanan hingga tiada masa langsung untuk bergambar dengan pengantin. Alhamdulillah, this time mungkin agak teratur sikit (sebab dah buat planning baik), maka dapatlah tarik mereka untuk bergambar. Kalau tidak, dari majlis kita, hinggalah ke adik yang ke-3, memang tak ada langsung gambar mereka. Sedih kan..sob..sob. This time, selain dapat tarik mereka bergambar, mak dan ayah nampak macam relax sikit. Tak kelam kabut macam selalu dan mak ada time untuk duduk sembang dengan jiran2 sekampung sementara menanti majlis berlangsung. Brilliant kan kakak dia, manage wedding sampai mak dan ayah senang hati kan.. Pergh..! Perasan!

Mak dengan Makcik Siah Siran dan Makcik Nah Ahmad. Adam wajib untuk cukupkan bilangan genap.



Ayah di apit oleh Imam dan Bilal untuk proses dokumentasi.


Pengantin lelaki dah bersedia dengan Imam dan saksi 2 orang.



Ini pula, acara confirmation ke dua belah pihak.

Di sebelah bawah tu ialah ketua kampung yang terlindung oleh brother baju grey tu sedang mewakilkan ayah selaku tuan rumah, menyambut rombongan pihak sebelah. Masa ini, segala perjanjian yang dipersetujui masa majlis pertunangan setahun yang lalu disebut semula dan di periksa bahawa ianya ditunaikan. Tradisi di kampung kita, wang hantaran menggunakan cash money. Maka cash money itu dikira dihadapan public untuk mengesahkannya. Duit tu dah disusun dalam album untuk memudahkan pengiraan. Memang ada beberapa keluarga yang guna cek dulu, tapi ada beberapa kejadian yang tak sedap berlaku selepasnya, maka kampung kita stick to cash money.


Alhamdulillah, selesai.

Ok, cium tangan hubby yer dinda...

Berakhir sudah majlis pernikahan.

Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.

Mommy pun datang juga. Thank you Mommy....



Sebaik selesai, kita dengan hubby bawa pula Mommy, Ba and Firdaus check-in di Avillion Admiral Cove. Memang dah bookingkan satu malam untuk mereka berehat di situ sementara majlis bersanding selesai esoknya.


Ngam2 katil ada 3, tapi Adam menggedik nak tidur kat situ gak. Akal dia sebab nak mandi swimming pool. Lagipun kat rumah dah tentu busy, so lepaskan jerlah dia. Terpaksalah di share dengan Firdaus. Mujurlah day bed tu besar.

Bawa dulu diorang makan nasi lemak di pekan PD, tapaukan pula mee goreng mamak dan kuey tiaw goreng kerang mamak yang power kat pasar lama PD tu. Maklumlah, budak2 tengah aktif nie, kan ke kuat makan. Nanti kita dengan hubby tak ada, so tak nak Adam dan Firdaus menyusahkan atok neneknya pula.

Settle down mereka semua, kita dgn hubby berkejar semula ke rumah dan sambung berbagai2 persiapan untuk majlis kemuncak esoknya.

Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabra semua? Kita doakan semoga semuanya sihat2 belaka walaupun kita dan orang2 di sekeliling semuanya agak kurang sihat. Ujian kesihatan kan..

So, InshaAllah majlis perkahwinan terakhir dalam keluarga kita. Akhirnya, adik kita yang bongsu bertemu dengan jodoh pilihan hatinya yang ditemukan oleh rakan sejawat beliau.

Setelah setahun bertunang dan membuat persiapan, maka berlangsunglah majlisnya.

Majlis bermula dari hari Jumaat, 2hb Nov 2012 dengan kenduri tahlil untuk arwah atuk kesayangan kami semua. Sedihnya kerana beliau tak sempat untuk menyaksikan majlis ini. Dah 6 tahun pun dia pergi meninggalkan kami, tapi seolah2nya dia masih ada dengan kami.

Anyway, of courselah di kampung, semuanya masak sendiri kan. Dari pengalaman yang lepas, bermula dari adik ke-2 berkahwin yang penuh kecoh dan kelam kabut, kita ambil iktibar dengan membuat persiapan awal. Kita implementkan pada adik ke-3 dan ianya berjaya. Maka untuk yang bongsu nie, kami guna pendekatan yang sama.

Paling lewat, seminggu sebelum all-out majlis, kita akan kumpulkan adik beradik bersama pasangan masing2 untuk meeting. Bincangkan menu, aturcara majlis, tugasan setiap daripada kami sehingga majlis selesai. Hasil perbincangan akan di print outkan dan setiap siblings akan ada satu copy seorang. Jadi, semua dah tahu tugasan masing2. Ianya juga untuk memudahkan kami memantau perjalanan majlis dan meringankan beban mak dan ayah.

Selalunya, saudara mara dan orang kampung yang datang rewang akan sering bertanya kepada kami adik beradik selaku tuan rumah tentang berbagai perkara.

Bawang nak kupas berapa banyak? Nak blend ke?
Udang yang dah kupas nak simpan kat mana?
Daging nie nak masak apa?
Rempah kari mana?
Cili boh dan santan ada berapa kilo?
Telur nak rebus bila?
Kambing sembelih kat mana?

Dan beribu macam soalan lagi.

Mak dan ayah dah tentu sibuk, jadi kami adik beradik mentadbir yang lain2nya. Ternyata sangat2 berkesan bila ada meeting, ada list dan pembahagian kerja.

So, hari Jumaat tu, sebelum Subuh lagi kami dah mula bergerak untuk buat persiapan. Kenduri tahlil lepas Isya' tapi persiapannya, persiapan untuk esok dan berbagai macam kerja harus disiapkan. Sedikit meriah kerana adik lelaki kita menyumbangkan seekor kambing untuk hidangan kenduri tersebut.


Kambing yang redha dan pasrah.

Tiba2 mak kata telur belum beli lagi. Tak ada dalam list tugasan pun sebenarnya. Secara adhoc, kita sambar seorang cousin untuk teman kita borong telur yang berjumlah lebih dari 1000 biji. Aduh, takutnyaaaa telur2 tu pecah dalam kereta.

Sendal dengan segala bantal dan kain yang boleh.

Tapi berhasil la jerih payah kami tu. Telur pun kami pilih yang segar. Alhamdulillah, tak ada yang pecah sepanjang perjalanan kami ke rumah tu.



Pecal. Hidangan sayur untuk lunch.

Masak untuk lunch, sekadar untuk keluarga kami dan yang mebantu rewang. Pecal dan ayam masak lemak cili padi serta ikan masin.

Untuk kenduri, ada kari kambing, sambal tumis sotong dan masak lemak kering kobis dan soo hoon di samping hidangan lain. Tugasan utama kita? Ha, masak nasi. Sepanjang hari masak nasi. Nasi untuk org rewang, nasi untuk kenduri sampai bertong2 (flask nasi tu lah). Syukurlah nasi yang kita masak tu turn out good. Alhamdulillah. Cousin2 yang muda tu tanya2 juga. Macam mana Kak Long sukat air untuk beras banyak2 tu, macam mana nak masak jangan lembik dan keras. Entahlah. Tak pernah buat pun masak banyak untuk kenduri nie. Masak jer macam masak untuk family macam biasa. Paling penting, jangan gelojoh. Hormatkan beras, sayangkan rezeki beras tu. Berhati2 dan niat mesti ikhlas dari masa kita cedok beras dari guni.

Selain daripada tu, selaku anak sulung, kita pantau segala aktiviti dalam rumah. Paling tak tahan, kejap2 mak dan ayah dah order buat teh susu berjag-jag banyaknya untuk tetamu dan jiran yang membantu. Wah, dalam pada tak yakin tu, laris juga teh susu kita. Orang kampung kita gelar teh susu yang kaw nie, teh ketat. Tapi tak la buat kaw sangat. Sederhana jer. Cuma nak balancekan teh dan susu jer. Kalau buat ketatt, ada pulak yang diabetic dan darah tinggi tu terus admit hospital kang. Tak pasal2 jer.


Alhamdulillah majlis tahlil berlangsung dengan lancar. Makan buffet bawah khemah, mudah sikitlah dari buat hidangan dalam dulang macam selalu tu. Kalau buat hidangan, banyak nak guna dulang, piring, mangkuk, sudu dan macam2. Buat buffet, guna pinggan jer. Settle! Pakcik2 yang dah sakit lutut pun seronok sebab boleh makan dan sembang lama2 atas kerusi. Kalau bersimpuh, mula laa semua mengaduh sakit lutut.


Kebetulan, birthday anak buah kita yang montel si Adlina Umairah. Bapanya tumpang lah kek sekaki.

Kek Angry Bird ker Adlina?


Atok dan cucu paling bongsu, si Miasara.

Lewat juga selesainya sebab nak kemaskan apa yang patut dan masih teruskan merebus daging sebagai persiapan esok.

Alhamdulillah, selesai chapter 1.

Read More
Assalamualaikum.....

Ops, jangan salah sangka, bukan kita. Adik kita yang bongsu akan menamatkan zaman bujangnya hujung minggu nie.

Majlis akan berlangsung pada hari Ahad, 4hb November ini. Kepada rakan2 blogger yang berada di kawasan sekitar, jemputlah singgah. Boleh kita berkenal-kenalan nanti kan....

Alamat : Jln Hj Khalid, Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak tahu jalan? Tak per, kita tepek map yang hubby kita buatkan..



Maka dengan ini, kita akan bercuti dari berblog sehingga selesai semuanya dan sehingga kita kembali mendapat kekuatan...hehehehehe.

Entry ini akan melekat hingga weekend.

Scroll ke bawah untuk entry baru.

Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama