Dulu masa mula2 start blogging, Aku berazam untuk update blog at least seminggu satu entry. Entah di mana silapnya ( silap apa..memang time tuh busy), selalu sangat aku gagal mematuhinya. Ada laa bulan yang langsung takder update, ada ada pulak yang satu bulan tu 2 entry jer. Paling banyak pun, satu bulan ada 6 entry jer..hehehhe. Orang leain, 6 entry tu sehari..aku?? Teruk sungguh kan. Lately nie ada laa azam baru. Nak update lebih dari sekali seminggu. 2 entry seminggu pun ok gak...heheheh. So, join la blog Ben Ashaari tu. Seronok. ramainyerr blogger kat situ. Barulah terasa meriahnya dunia blog nie. Tup2, entah mcm mana, bulan nie, bulan pertama pada tahun nie aku berjaya mencapai azam ku...yesss... Lebih dari 1 entry seminggu tauu... nyeh..nyeh..nyeh.... Satu pencapaian. Harap2nya boleh berkekalan la prestasi nie atau boleh terus meningkat lagi (boleh ke?). Harap dapat sokongan daripada rakan2 sekalian....
Read More
Opismate aku yang dok kat sebelah aku nie baru lepas bercerita dengan aku...sangat bersemangat cara dia cerita. Dia kata semalam ada satu gangster dah masuk dalam area kedai dia ( dia jual burger memalam ). Dah la menceroboh...buat cara kurang ajar plak tu. Sekali tu, gangster yang memang ada di area kedai dia... gie la shooh gangster baru yang kwang hajor nie. Dh nama pun kwang hajo..menceroboh kawasan lain, dia plak attack gengster kawasan kedai, mementanglaa dia besooo. Gengster ori kawasan kedai nie terus cabut...carik back-up. Dia kembali dengan kepala gengster yang sgt fierce, besarrr and tough... Member aku kata lagak seperti harimau. Boss gengster ini pun terus attack semula penceroboh itu dan kejar macam harimau menerkam mangsa sampai penceroboh tu tak cukup tanah nak lari. Hingga penceroboh tu lari sampai melompat dan terpijak kuali burger member aku. Dengan tapak kaki yang melecur tu, dia tetap berlari menyelamatkan diri dari diterkam gengster yang garang bak harimau.

Maka selamatlah kawasan kedai member aku tu daripada diganggu gugat oleh gengster penceroboh yang kwang hajo tadi tu. Dan kawan aku terpaksa menutup kedai untuk mencuci kuali yang telah dipijak tadi.

Opss..lupa plak nak inform. Pengkisahan gengsterism di atas adalah komuniti kucing2 yer sahabai handai sekalian....
Lariiikk....!! Bukan salah saya....kawan saya cerita..!!!
Read More
Ini gambar atas ehsan dari Utusan Malaysia online hari nie. Polis wanita yang paling kiri sekali tu is my auntie... ngeh...ngeh...ngeh..... Pepagi lagiii dia dah call. "Cari Utusan...dalam section Mega, ada gambar Uda...hehhehehe". Opis kebetulan mmg langgan Utusan... pergh..2 pages gambar dia... I'm proud of her. Among aunty yang paling rapat dgn aku since I was a baby.
Article dia kat sini .

Memang beliau nie menetap dan bertugas di Pekan, Pahang sangat lama. Everytime cuti sekolah or cuti sem, aku and family akan lepak rumah dia. Masa habis darjah 6 dulu pun...lepak rumah dia...main2 dengan anak2 dia... my cousins semua masih kecik masa tu. Sampaikan my UPSR result pun dia yang sampaikan... "Bgn2, mak call Uda, ko dapat 5A". I was like..uishh..ini mimpi paling real nie... Iyer laa... Kol 2 pagi..tak ker tgh nyenyak tido masa tu..hahahah. Mlm2 pulak, dia kena keluar...operasi. Mcm2 kes. Kes kena rogol nie memang selalu sgt dia kena handle. Maklumlah, dia nie dulu meja jenayah kat Balai Polis Pekan tu. Most of the cases nie, melibatkan perempuan2 dari kawasan pedalaman contohnya macam part of Muadzam, Chini and Nenasi. One of the cases yang aku ingat, a 13 years old girl di rogol oleh sekumpulan warga asing Bangla dalam kawasan kampung dia. Kanak2 tu sampai pregnant dan melahirkan bayi by 14 years old. She was so traumatic, sampaikan dia x nak tengok langsung baby tu. And that baby di ambil oleh satu keluarga sebagai anak angkat. So, my auntie terlibat la juga sebab bawa dia ke mahkamah, ke hospital dan sebagainya. Kasihan kan. Baby itu tidak berdosa, tapi mangsa nie hanyalah seorang kanak2. Fikiran dia pun belum matang lagi. Apalah yang dia tahu. Keluarga pun orang susah.

Yang mangsa lain tu...diorang tarik semula report la, batalkan kes la, atau tukar bukti la, sebab termakan dengan pujuk rayu pemangsa masing2. Kesian kan.

My auntie nie, sampai sekarang bising dengan aku. Nak pergi mana2, jangan lupa bw senjata, waima sekaki payung untuk pertahankan diri. Jangan pergi black area, tempat bnyk samseng, jln2 tak tentu arah...mmg dia warning banyak la..sebab risaukan keselamatan kami semua.

Hmm...esok pagi dh janji nak breakfast dengan dia. Now dia kena lepak kat Balai Polis Sri Petaling sementara sebab Brickfields nyer balai tengah renovate. So, dekat laa nak gonjeng2 dengan dia sementara waktu nie... Esok kena bangun awal nie... chaiyookk!!
Read More
Minggu baru...hari baru..walaupun hari nie dah menjelang senja...heheheh. Macam2 kejadian pada semua orang pada weekend yang lepas kan....
Jumaat, lepas Adam habis sekolah, terus gerak ke Kuantan. Kol 12.30pm gerak...kol 6.00pm baru sampai Kuantan. Ikut Jalan K.Pilah dan Muadzam Shah. Punyalaa lama drive sebab ada pulak treler panjanggggg 3 biji bawak konkrit besaaarrrrrrr ikut jalan tu dgn polis trafik pengiring. Adoiii...daripada Muadzam tu, nak sampai ke simpang 4 Paloh Hinai, punyalaa siksa nya. Naik cramp rasa betis kontrol minyak ngan brek. Itu pun nasib baik keter automatik... Sampai simpang 4 tu, tak sanggup dah nak mengekor lori, terus masuk arah ke Pekan, menghala ke Tg Lumpur. Ha...lega..takder lori lagi dah...heheheh.

Sabtu pepagi we all dh bangun, lepas breakfast kat kedai Nasi Minyak Tanjung Api (nnt buat review food yer ), terus carik workshop. Jumpa pun service center. Betul2 depan kilang hubby jer rupanya. Tukar engine oil dgn filter jer pun. Yang penting jer. Yang sampingan nak repair tu dah buat appointment dgn service center kat Melaka. So lepas tu proceed ke kedai tayar. Nk tukar 2 tayar belakang jer sbb dh abis bunga (botak). Tp tokey tu pujuk2..nak beli tayar depan tu harga tinggi la..apa la...tukar jugaklaa 4-4 biji tayar terus. Ceiiss....lemah sungguh dengan pujuk rayu. Bila dah buat allignment and balancing, tokey tu gie la test drive jap..nak test gegar stering hehehehhe. Tapi sampai semula ke kedai, enjin ku ber ASAP..!!!! Oh TIDAKKKK...!!!!!!
Dia pun cepat2 siapkan tayar...terus drive semula ke service center... Selang 1 blok kedai jer pun. Kelam kabut staff service center tu attend problem keter aku. Kebetulan, keter yg lain pun dah hampir siap, so boleh laa diorang concentrate pada keterku... Huhuhuhu...ada minyak leaking. Minyak timing belt bocor sebab oil seal aku dah bocor. So, akibatnya, minyak yang bocor dah merebak pada timing belt and V-belt. Oucchh...kena tukar semua... Sob..sob..... Lepas jer settle keter aku, tetiba keter hubby plak dh menyala lampu warning minyak hitam. Sudaahhhh.... Keter2 nie sajer nak bermanja la rasanya.... Hubby punya Air Pressure Switch dah bocor gak. Nama macam tu... tapi aku nengok bendanya macam skru jer sebatang..kecikkk jer. Itu pun dah ratus kaa..aduusss...
So, altogether, Sabtu yang lepas, men 'spa' kan kereta2 kami...kami terpaksa melabur almost 2k masa tu. Sob..sob...sedihnyerr.....
Tapi tu la kan... bila pk2 balik. Aku nie dah la selalu travel dua beranak dgn Adam. Nasib baik laa kejadian tu di kalangan workshop2. Kalau kat tgh2 hutan belantara...mcm mana la agaknya kan. Syukur Alhamdulillah. Apa sangatlah 2k tu kalau dibandingkan dengan nyawa, yer tak? Tapi sedih juga nie.... Rela dalam paksa....sob..sob....
Read More
Ada bermacam-macam berita kan sekarang nie. Yang rasmi ada, yang tak rasmi ada. Yang happy ada, yang sad ada, yang menyampah pun ada. Mencik kan..kan..kan...
Aku tak taula...lately nie aku terasa macam aku sangat banyak terima berita2 yang mengejutkan..yang mendebarkan perasaan. Yang menyedihkan, yang menakutkan ada, yang menggembirakan dan mengujakan pun ada. Itulah orang kata ying and yang dalam kehidupan kita sehari2 kan. Yang ironiknya... aku memang bekerja dalam berita..ahaks... So, tak sepatutnya aku terperanjat kalau menerima berita2 yang da bomb tu kan...
Hmm..mcm mana ek kalau satu hari nanti semua orang di shut down daripada menerima berita media massa, tak kirala printed media atau electronic media. Agak2nya sasau tak semua orang? Macam zaman dulu2 tu kan. Nak dengar berita jer, orang ketuk gong dan segala bunyi2an yang berpalu tu, pas tuh semua kumpul ramai2 dengar berita sekali sekala. Eh..itu berita ke pengumuman ekk? Tapi masa zaman tu..elok jer orang semua idup dengan mendengar berita(gossip) dari ahli2 majlis mesyuarat tingkap kan.
Sebenarnya, aku nak bagitau..aku jarang tengok berita dan dengar berita. Sekali sekala jer aku baca berita hehehehhe. Salah ker kalau tak carik berita nie?
Read More
Tak kira..!!! Nak join juga... Bukan gila glemer...tapi nak berseronok heheheh. Seronok join community blogger dari Ben nie....hehehhe. TQ yer Ben sebab beri peluang kami beramah mesra dalam medium maya nie.

Nak tau ke apa nie? Meh baca pasal Jom Gegar Blog ni kat sini.

Saper yang singgah tu, sudi2kanlah tinggalkan comments yer... tq..tq...
Read More
Waaa...seronoknya.... esok dah Public Holiday. Thaipusam!! Lega rasanya bila Thaipusam ni being declared as PH a few years back from government. Thank u gomen...hehehhe. Yer la...kalau before this a few states jer holdiay, tapi sebenarnya effect states lain kan. Paling obvious, Bt Cave...ramai org yg stay di Gombak, Selayang semua nyer keje di KL. So, ada juga gangguan trafik dan nak juga celebrate kan. Lg pun, ini salah satu tarikan pelancongan di Malaysia apa. Eh..dah dapat pun holidaynya, apa lagi nak kisah kan...heheheh.

So, pantang ada cuti kan. Seronok gak PH Khamis nie..Jumaat aku terus apply leave.. dapat cuti sekali harung 4 days. Tapi disebabkan Adam kena sekolah Jumaat nie, terpaksalah tunggu dia habis skolah baru gerak ke Kuantan kot.

Mlm nie abis keje, terus ke Sepang. Nak visit adik aku baru dapat baby. Heheh..nnt ada time next week aku post gambar baby yer. Kalau terlarat lagi... boleh straight balik ke Melaka tonite...alone. Sbb dh booking dgn w/shop esok pepagi nak hantar keter servis. Esok ptg atau malam, aku balik ke PD. Jumaat tu Adam abis jer skolah, terus drive ke Kuantan.

Ini perancangan saja. Sbb tetiba hubby call plak tadi. Dia kata apa kata balik Kuantan terus esok pagi? Servis keter kat Kuantan jer. Aku ok, tapi sekolah anak aku cemana ek? Tuisyen dia lagi esok malam. Kalau nak pegi gak...Tuisyen tu kena laa aku jumpa cikgu dia sok pagi..minta homework and bagi surat kat sekolah, dia kena ponteng Friday nie. Adam kenalaa buat extra school work kat Kuantan nnt. Tapi sama ke apa yg aku ajar dgn cikgu sekolah ajar? Ermm..mcm mana tu? Pening dah nie. Hubby soh balik...kena balik la kan..tapi skolah anak macam mana? Aiyooo cik abang... apa macam laa...
Read More
A few days back nie, memang banyak sungguh tekanan perasaan yang aku terima. Tekanan yang muncul dari setiap sudut kehidupanku. Tak mudah untuk menerima dugaan2 ini, mengimbangkan dan meneutralkan. Tapi apalah dayaku, aku hanya insan biasa. Sampai satu tahap dan ketika, pecah juga tembok kekuatan diri yang cuba aku pertahankan. Sampailah saatnya aku menjadi wanita sejati, meluahkan kepedihan melalui air mata. Aku cuma berdoa agar aku berjaya sekali lagi mengharungi dugaan ini, seperti mana yang telah berjaya aku lepasi sebelum2 ini. Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Penyayang. Aku percaya ada hikmahnya disebalik semua kesulitan yang diberi. Semoga aku lebih tabah dan kuat untuk berjuang meningkatkan kualiti diri, keluarga dan ummah. Amiinnn....




Perjalanan harus diteruskan walaupun kabus menyeliputi....
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama