Assalamualaikum.....

Petang2 nie, sambil makan keropok lekor (sebab kat opis nie kami tgh kenduri keropok lekor), sajerlah nak bercerita tentang budak kecik ni.

P/S : Sila abaikan Lady in Red yang selekeh itu...



Alleycia ni, berumur 2 tahun setengah.

What is so special about her? Erm... None!

Memang tak ada yg istimewa. Sama seperti kanak2 lain. Sama seperti ibu bapa, nenek atuk, pakcik makcik kepada kanak2 yg lain, yang rasa bangga dan sayang dengan budak kecik dalam family masing2.

Cumanya, nak cerita, dia nie agak jarang berjumpa kami di Melaka. Bila parents dia balik Melaka once a month, barulah dia nampak we all. Atau bila we all kadang2 singgah rumah dia di Seremban.

So, since baby lagi, dia memang melekat tak hengat dengan mama dia jer. Bila balik Melaka, nampak we all, macam nampak criminals. Walhal semua orang bukan main pujuk dan 'pancing' dia.

Me? She calls me Mak Ngah and hubby is Pak Ngah. Hubby bukan jenis yang berlemah lembut (maklumlah, bukan romantik yer..), so dia agak seriau bila nampak hubby. Expecially dengan suara hubby yang sangat besar itu..hahahahhaha. So, secara x langsung, dengan Mak Ngahnya sekali kena cop criminal dek dia. Since malas nak dengar bunyi jerit terpekik, kita dengan Adam cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari budak kecik nie. Tak nak satu isi rumah pening kepala sebab dia nie kalau dah start nangis, dari pagi sampai ke malam pun dia larat nak meraung2.

Tapi last year, parents dia terpaksa tinggalkan dia dengan neneknya (Mommy) di Melaka sebab preparation takut mamanya bersalin tgh malam buta, susah pula daddy dia nak angkut dia ke hospital sekali. Kebetulan Adam cuti sekolah, and hubby minta Adam stay di Melaka seminggu untuk training karate for tournament.

Masa tu every day kita berulang alik KL ke Melaka. Pagi, hantar Adam ke rumah Mommy, baru ke KL kerja. Malam, ambik Adam, pergi dinner anywhere, and balik rumah. So, sometimes adalah bawa children pergi lepak di McD... Since hubby tak ada, maka si Alleycia nie jinaklah sikit dengan kita.

Lama kelamaan, pantang nak bergerak, dia mulalah sibuk tanya Mak Ngah nak kemana..nak ikutlah, itulah, inilah.

Now, bila dia balik Melaka, duduk kat pangku kita, makan pun nak apa yang kita makan.

My point is, certain children, kalau kita terlalu give attention dan minta perhatian from the child, diorang rasa takut. So, bila kita buat mcm biasa, tak endahkan dia, this child biasanya akan perhatikan kita dari jauh, study about us, and soon dia akan rasa nak kenal further. Nanti dengan sendirinya dia akan datang kat kita. Tapi, kita pun kenalah sediakan umpan sikit2. Just jangan obvious sangat. Macam Alleycia nie, umpannya McD jer. Sekali visit, terus tewas. Hehehehehehhe.


Read More
Assalamualaikum.....

Kita dengan hubby nie, seperti pembaca blog sedia maklum, memang heavy traveller. Asyik ke sana sini sinun...merata2. Kalau tak kerana tuntutan kerja, kami tetap akan travel jauh sebab holiday. Memang penat. Kalau dah manusia pun penat, si pembawa kami lagiilah penat. Kereta kami berdua, bergilir2 minta perhatian.

Kereta kita bersedih nak kena servis, kereta hubby pula dah meraung sampai overheating. Bila dah pujuk yang meraung, baru nak layan si penyedih. Elok dah berhenti menangis yang bersedih, pagi nie kereta hubby pula nak merajuk. Aishhh...nasiblah 'doktor' kereta kami di Melaka tu dah siapkan bekalan.

So, kalau travel jauh2 macam nie, walaupun nampak seolah2 habuan nya besar, tapi bila bila diperhalusi, kos yang keluar pun sangat tinggi. Maintenance kereta kami agak tinggi tambahan lagi kereta kami berdua adalah kategori continental car. Memang seblum beli dah tahu akan tersiksa dengan kos maintenance, tapi memikirkan keselesaan perjalanan jauh dan untuk menjaga kesihatan kami, terpaksa juga kami redahkan....

So, dari mata kasar, besar periuk, besarlah keraknya. Tapi masalah kami, bukan setakat kerak besar, tebal pulak tu. Hahhaa.... Cuma, bila dikira tolak campur bahagi darab, kami tetap bersyukur kerana kami suami isteri telah mencapai target kami dalam usia 30an, iaitu lebih awal dari kebanyakan orang. Betullah kata orang-orang bijak pandai.... Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekarang ini adalah tempoh bersusah-susah untuk mencapai matlamat bersenang-senang di hari tua... INSYAALLAH...

Anda semua bagaimana?

Apa target jangka masa panjang anda? Dah bermulakah atau belum...?
Read More
Assalamualaikum.....

Secara rasminya, GA telah berlangsung selama beberapa minggu. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi join dan dengan seikhlasnya meng'wish'kan kami birthday.

Cabutan akan dilakukan dan keputusannya akan kami paparkan. Semoga berjaya semuanya...

Owhh..Miss Banu pun dah announce...
Read More
Assalamualaikum.....

INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU. 



Addduuhhh...terketar2 jari nak menaip untuk entry nie. Al-Maklumlah, x pernah buat GA dan langsung x ada experience. Hmm...harap2 tak ada salah dalam pengalaman pertama nie.

Oh yer, ini GA special. Blog kita bergabung dengan blog adik manis, Miss Banu untuk GA nie, sempena bulan April iaitu bulan birthday kami. Birthday kami pun berbeza beberapa hari jer. So, macam mana ekk?

Macam biasa, kepada sesiapa yang sudi join, bolehlah copy banner di atas tu dan buat entry di blog anda yer. Kemudian bolehlah tinggalkan entry anda di ruangan komen kita, ataupun di entry GA ni di blog Miss. Banu. Oh yer, kalau sudi, silalah jadi follower kami untuk memudahkan urusan perhubungan sekiranya ada apa-apa updates nanti.

Syarat2 terperinci, sila ke entry di SINI.

Selepas 5hb Mei, kami ber-2 akan buat cabutan untuk pemenangnya.

Hadiah, tak ada lah grand sangat. Maklumlah, baru nak warm-up....
By the way, ada 2 hadiah :

1. Top-up berharga RM30.00. Apa sahaja rangkaian

2. Sekeping token dari Macau, China. Sumbangan dari hubby kita khas untuk pembaca blog ini.


So, jangan tunggu lama2. Marilah support kita dan adik manis kita beramai2 yer.....


SENARAI PESERTA :

Update terkini, kita compilekan senarai2 peserta yang join GA kita dan Miss Banu. Alhamdulillah, walaupun x hangat, tapi dapatlah juga sambutan serba sedikit. Terima kasih kepada yang sudi join. Jadi, untuk memudahkan kita semua BW di samping berkenalan, inilah dia senarainya..


Read More
Assalamualaikum.....

Terlalu banyak kita semua disogokkan dengan berita tentang Bersih 3.0. Apa yang betul, apa yang salah masih misteri kerana kita semua tidak berada di situ. Tapi kalau anda percayakan bulat2 apa yang dilaporkan di media tanpa memberi peluang kepada pihak satu lagi memberi penjelasan, anda telah mengabaikan hak asasi manusia. Islam itu agama yang memberikan garis panduan untuk segala aspek. Even dalam kes kecil sekalipun, pihak mahkamah akan panggil 2-2 pihak untuk beri penjelasan. So, kita zalimkah untuk tidak mendengar penjelasan yang satu lagi?

Well, kita bukan sided mana-mana pihak. Entry ini cuma untuk provok masyarakat agar mengambil kira secara keseluruhan sebelum menjatuhkan hukum. Sebabnya... kita dah naik jelak dan muak dengan komen2 negatif tentang Bersih. Bukan nak suruh komen positif, tapi kata2 kejian dari seorang Islam kepada Islam yang lain amatlah memalukan. Dah lupa kah kita apa yang di ajar oleh Rasulullah...? Bagaimana cara Rasulullah berdakwah, walaupun kepada kaum musyrikin? Dah lupa...? Bawa2lah muhasabah.

Oh yer...

Kita bukan nak cerita pengalaman kita. Tapi kita nak ajak pembaca untuk membaca pengalaman seorang gadis yang berani dan berjiwa besar untuk mengetahui kebenaran. Gadis itu tidak memihak sesiapa. Sekadar di dorong perasaan ingin tahu.

Bagi sesiapa yang mampu untuk mengawal minda dan bersihkan hati, bolehlah cuba membaca.

Sila klik SINI.
Read More
Assalamualaikum.....


Sebenarnya bab2 sambal merah nie, kita tak berapa nak expert. Selalunya kalau sambal ayam nie, tetaplah buat sambal cili api kegemaran keluarga sejak dulu. Tapi hubby suka sangat makan ayam masak merah dan sambal tumis. Jarang betul kita buat sebab weekend jer ada kat rumah. Lagipun Mommy rajin masak makanan kegemaran hubby. Dah lah tu, masakan Mommy memang sangat marvellous. So, kita pun menumpang jer lah makan.

Tapi pada satu hari nie, kita sajalah gatal2 dengan hubby kata nak try lah buat sambal ayam. Makan Mommy punya bukan main sedap lagi. Hubby pulak gatal2 pergi cakap dengan Mommy. Dahlah Mommy suruh kita masak, lepas tu dia kata hantarlah semangkuk kat dia. Bolehlah dia cuti masak.

Alamak...panik seh.

Takperlah..demi hubby tercinta dan parents in law, kita gigih jugalah memasaknya. Tapi sedihnyaaa....x dapat langsung sama dengan macam yang Mommy masak. Nasib baiklah hubby dengan Adam kata sedap. Bolehlah....tapi x sesedap Mommy masak.

Oleh kerana kita pun x berapa nak berpuas hati dengan hasil kejadiannya yang setakat tahap lulus jer nie, maka tak perlulah kita nak share resipinya kat sini. So, tengoklah gambar sambal yang tak berapa nak best nie...




Read More
Assalamualaikum.....



Dalam kerja yang banyak dan telah mula menimbun, kita nak juga menyelit untuk joiun segmen nie. Tujuan jadi blogger ialah BERKONGSI! Kita nak kongsi kisah hidup, kisah mati, kisah pekerjaan, kisah ilmu dan apa sahaja yang mampu dan wajar untuk kita kisahkan di sini...

Mari berkongsi dengan kita...

Nak join..?

Klik ----------> SINI
Read More
Assalamualaikum.

Entry ini adalah rentetan daripada entry Papa-Ntique mengenai kesedapan lauk pauk di kedai nie. Terpengaruh dengan entry Papa, kita pun ajak hubby makan disitu. Walaupun kami orang Melaka, tapi memang tak pernah sampai ke kedai nie..

Kebetulan kami sampai awal, so deretan lauk pauk memang banyak dan fresh lagi. Meh tengok gambar dulu yer..

 


Antara pilihan lauk pauk yang terhidang.

Lagi deretan lauk pauk.


Belum berusik lagi tau...



Inilah dia kari kepala ikannya...


So, review kita. Kari kepala ikan tu, lain daripada kari di restoran mamak. Karinya adalah versi Melayu. Macam mana nak cakap yer. Kalau mama tu, kari dia pekat dengan rempah ratus kan. Yang ini, light sikit. Ada campur bahan2 lain mcm biasa, cili kering, air asam. Setuju dengan Papa, yang tak bestnya, kepala seketul nie, bukanlah seketul. Ianya hanyalah sebelah saja. First time jumpa macam gini.

Kami makan 2 orang. Nasi putih dengan lauk sampingan 2 jenis, serta kepala ikan nie, kami membayar sebanyak RM54.00. Hmm..agak sedikit pricey.

Anyway, mungkin x berapa sesuai dengan selera kami. Not going to repeat here. Tapi, terima kasih banyak2 pada Papa....
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama