Assalamualaikum.....

Terima kasih kepada wish segalanya di atas entry kita yang lepas. Kita kongsikan pengalaman kita dan hubby di sini sebab bila kita cuba search, tak jumpa pula sesiapa yang share pengalaman mereka secara detail. Mungkin mereka sesiapa yang pernah mengalami itu tak ada blog, ataupun blogger itu merasakan yang ianya adalah perkara peribadi. Oleh itu, kita dengan ikhlas berkongsi dengan harapan dapat menyampaikan serba sedikit maklumat dan panduan kepada sesiapa di luar sana. Kalau pun bukan dari kalangan blogger, mungkin kenalan anda sekalian.

Mari kita sambung....

Keesokannya hubby di lepaskan pulang oleh doktor untuk berhari raya. Kami harus tiba semula ke hospital pada Jumaat minggu depannya. Maka kami pun pulang ke Melaka dalam keresahan. Kita sambung bekerja Rabu tu sehingga Jumaat. Kena jimatkan cuti sebanyak yang boleh sebagai persediaan menjaga hubby di hospital nanti.

Persediaan untuk berhari raya memang tak ada. Kebetulan baju raya kami 3 beranak telah ditempah daripada sebelum puasa lagi, maka itulah saja tanda yang menggambarkan kami beraya tahun ini. Tiada langsung kuih muih. Kononnya kita nak shopping cookies last minute nanti dan ada terselit jauhhh dalam hati nak cuba buat 1 atau 2 cookies. Tapi kesihatan hubby yang lebih penting.

Tiada ketupat dan rendang seperti tahun2 sebelum nie.

Tahun nie pula giliran pagi raya adalah di rumah family kita di Port Dickson.

Hari Sabtu sebelum raya, kita ambil kesempatan untuk mengemas rumah serba sedikit dengan hubby dan mengemas kain baju serta packing untuk raya. Selepas Maghrib baru bergerak ke rumah parents-in-law. Lepas makan, terus ke PD. Sampai PD dah almost tengah malam. Mak dan adik dah 'tumbang' sebab letih sangat memasak. Kita rasa bersalah sangat sebab tak dapat tolong. Tapi, apakan daya, suami harus diutamakan.

Seperti biasa, pagi raya, keluarga kami bangun dan bersiap seawal jam 5.00 pagi. Lepas solat Subuh, terus bergerak ke rumah nenek kat sebelah di mana semua keluarga adik beradik mak berkumpul. 2 keluarga tak join tahun nie, tapi 5 keluarga yang lain memang tetap setiap tahun.

Selepas memohon maaf merata2 di dalam esak tangis dan sedu sedan, kami semua bergerak untuk menziarah kubur arwah atok. Satu keluarga jer sebagai wakil ke kubur arwah mak long dan moyang yang terletak di kawasan lain.


Kayu pusara yang baru diganti sebab yang lama dah reput.
 Sejak dari beberapa tahun sebelum meninggalkan kami semua, arwah atok selalu berpesan agar pusaranya nanti di kepung dengan kayu dan papan saja. Jangan sekali2 buat simen, batu ataupun marmar. Katanya nanti dia rasa berat di dalam sana. Apa maksudnya tu, entahlah. Allahu'alam. Kami turutkan saja. Setiap beberapa tahun bila kayu tu dah mula di mamah anai2, kami akan tukar. Pakai kayu cengal, merbau dan jati pun, lut juga di gigit anai2.

Balik dari kubur, semuanya makan bersama di rumah nenek. Rumah nenek tu kecil, so padatlah semua orang di situ. Terasa rapat dan meriah. Setiap rumah bawa hidangan masing2 dan kami makan bersama di situ. Ala-ala pot luck lah. Lepas makan dan distribute duit raya, barulah masing2 bertempiaran balik ke rumah masing2 dan yang lelakinya bersiap ke masjid. Oh, di kampung kita, kebanyakan wanita solat hari raya di rumah masing2. Jadi biasanya masjid penuh dengan lelaki.

Selepas solat, berehat sekejap di rumah mak sementara menanti adik lelaki kita tiba dari Sepang. Dah janji nak round rumah makcik2 beraya sebelum kami pulang semula ke Melaka.

Rumah pertama, rumah Mak Teh. Dihidangkan dengan rendang itik dan singgang daging. Sempatlah kami bergambar. Kalau tak, jawabnya memang tak ada gambar raya langsunglah tahun nie.


Hubby tersenyum riang sebab dah telan ubat tahan sakit. Appreciate pic nie so much. I can see your love, hubby...

Kami sekeluarga.

Kita tak mampu nak sogok muka riang gembira sebab dalam hati ribut gundah gelana melanda.

Selepas tu, kami ke rumah Mak Ngah dan dihidangkan dengan spaghetti bolognese. Wallahh, spagheti di pagi raya. Pak Ngah yang masak. Kelllasss...!

Next, rumah Pak Su. Dapat makan rendang daging rusa pula. Memang terbaekk lah.

Last, rumah Achik, dapat makan sambal goreng jawa power. Perghhh!

Tiba di rumah mak semula, hubby tidur dulu. Dah kenyang dan penangan ubat tahan sakit juga sebenarnya tu. Selepas dia berehat, kami bergerak balik ke Melaka semula untuk ke rumah parents-in-law pula. Macam2 food ada. Mommy every year akan siapkan hidangan yang meriah. Tahun nie ada ketupat rendang seperti biasa, ada pulut himpit, so tak perlu lemang dah. Ada nasi beriyani, kuah lodeh, kuah kacang, sambal ayam dan kari kambing.

Tapi Mommy pun tak ada mood sangat nak masak sebab risaukan hubby. Ba dengan adik ipar kita kata, Mommy asyik nanges jer kat dapur sebab risaukan hubby. Ba gelar menu kami tahun nie, menu 'hujan'. Besarnya kasih sayang seorang ibu, tiada terbanding.

Kami pulang ke rumah kami selepas Maghrib kerana hubby perlu berehat. Esok pagi ada perancangan lain telah di atur.





Read More
Assalamualaikum.....


Jadi, Isnin pagi tu kami dipanggil ke bilik doktor untuk diberi penerangan yang jelas tentang keputusan MRI tersebut. Confirmed, ada slip disc.

Anda boleh google tentang slip disc, tapi secara ringkasnya slip disc bukan bermaksud tulang anda tergelincir. Ia sebenarnya bermakna tulang anda telah bermasalah. Dalam bahasa medicalnya dipanggil Prolapsed Intervertebral Disc.

Keadaan ini terjadi mungkin sebab kita jatuh, angkat barang berat dengan cara yang salah atau beberapa sebab lain lagi.

Secara mudahnya, tulang belakang kita terdiri daripada kepingan2 tulang keras dan kuat yang bercantum dalam satu garisan disepanjang tengkok hingga ke punggung kita. Selari dengan tulang2 ini adalah saraf tunjang kita.

Sebenarnya, di dalam kepingan tulang yang keras, wujudnya tulang lembut yang berfungsi seperti absorber kereta atau kusyen untuk menyerap hentakan tubuh.

Bila kita jatuh, kemalangan atau mengangkat barang berat dengan cara yang salah, tulang keras tersebut menjadi rosak dan 'bocor'. Kebocoran ini menyebabkan tulang lembut perlahan2 merebak keluar dan mula mengganggu saraf.

Contoh MRI adalah seperti berikut :

 Yang di atas ni, kita cedok dari Google. Thank you Google.

Tapi hubby punya lebih kurang mcm ni, cuma bahagian yang ditunjukkan anak panah ada 2 tingkat kerana 2 level tulang hubby dah jadi macam tu. Tulang yang terkeluar yang ditunjukkan anak panah telah menekan saraf yang mengawal pergerakan kaki hubby. Maka oleh kerana ini, physiotherapy tidak memberi kesan. Pembedahan adalah satu2nya pilihan yang ada.

Doktor kata : Condition memang teruk.



Sila click gambar untuk jelas.

Ini adalah gambarajah untuk keratan rentas dari atas (top view) tulang belakang. Nampak tak tulang yang berwarna biru laut dah bocor keluar dan menekan saraf? Well, hubby's condition, saraf dah terpenyek 50%!

Sepanjang doktor memberi penjelasan, kita rasa nak nangis, seluruh badan menggigil dan hati rasa sangat sedih. Semua rasa bercampur. Sedih, risau, bimbang, terkejut dan macam2 lagi. Tapi kita tak nak nangis sebab nanti hubby kecut semangat. Kita paksa diri untuk kuat, tenang dan yakin.

Jadi, doktor nak buat pembedahan sebelum raya, tapi hubby tak bersedia. Kami minta ditangguh sehingga lepas raya dan appointment untuk warded semula adalah pada Hari Raya ke-6 iaitu hari Jumaat.

Fikiran kosong.

Hilang arah tuju.

Apa tindakan betul selanjutnya?

Apa-apa pun, balik raya dulu. Fikir dan study dulu tentang semua nie....


BERSAMBUNG....
Read More
Assalamualaikum.....


Sekali lagi blogger Hasrul Hassan memberikan peluang untuk bloggers berkenalan dan menumpang traffic dari segmen beliau.

Secara jujurnya, blog My Rainbow ini juga telah banyak mendapat manfaat dari beliau.

Selain segmen beliau, isi kandungan entry beliau sering memberi manfaat. Cuma kadang2 kita rasa ianya singkat dan terlalu am. Mungkin HH mahu membuka platform untuk kita semua menjadi pemikir dan melontarkan idea2 kita semua agar perspektif topik menjadi lebih luas....

Oh, blog beliau telah bertahun2 melekat di dalam bloglist My Rainbow.

Kalau nak join, sila ke blog beliau.

Read More
Assalamualaikum.....

Sebelum kita bertambah busy dalam seminggu dua nie (tengok kalendar dah x muat nak selit tugas dah nie..), eloklah kita bercerita dulu tentang kisah Aidilfitri kita anak beranak untuk tahun nie. Orang lain semua dah tempek macam2, tapi kita baru nak mula story.

Seperti ada yang kita ceritakan, lebih kurang 2 minggu sebelum raya, hubby kita asyik mengeluh sakit pinggang. Kejap2 dia suruh kita tekan belakangnya di certain2 point yang dia rasa akan buatkan dia rasa selesa. Ketika yang lain pula dia akan minta Adam untuk tolong tumbukkan belakangnya. Certain tempat dia suruh tumbuk kuat dan certain tempat dia suruh perlahan jer.

Apabila ke klinik, doktor memberikan ubat urat dan relax otot seperti biasa dan MC untuk rehat. Tapi tiada perubahan, malah kakinya pula asyik sengal dan kebas. Esoknya dia cuba ke klinik sebelahnya pula and this time dia diberi suntikan penahan sakit dan ubat untuk tahan sakit beserta meredakan inflammation dalam saraf.

Esoknya (Rabu) dia bekerja tetapi dalam keadaan menahan sakit. Tapi disebabkan ada ubat penahan sakit, maka dia rasa keadaannya sedikit baik dari hari sebelumnya. Tapi managementnya yang risau tentang keadaan dia. Dia disuruh balik untuk berehat. Hari berikutnya (Khamis) dia masuk kerja seperti biasa dan keadaannya sedikit baik dari hari sebelumnya. Yerlah, bila sakit tulang atau muscle nie, mana boleh baik dalam masa 24 jam. Ambil masa lama. So, pergerakan fizikalnya agak limited kerana dia perlu masa untuk membaiki keadaannya.

Tapi menurut management team beliau, dia kelihatan sangat pucat pada hari tersebut. So, mereka paksa dia ke hospital. Bila tiba di hospital, di emergency room lagi doktor dah test dia serba sedikit dan doktor suspect dia ada slip disc.

Slip disc? Takkanlah...? That serious?

Setahu kita, kalau orang ada slip disc nie memang lifenya akan sedikit terganggu. Ada yang kena buat major operation, ada yang sentiasa kena buat physiotherapy and ada juga yang terpaksa telan ubat tahan sakit seumur hidup. The worst case ialah bila ada yang tempah, malah lumpuh setelah melakukan operation. Na'uzubillah Min Zalik...

YA ALLAH...

Untuk memastikannya, hospital akan menjalankan ujian MRI ke atas beliau. X-Ray yang telah dilakukan oleh pihak hospital tidak membantu.

Oleh kerana wad penuh, maka hubby dimasukkan ke wad twin bedded. Maka tak dapatlah kita nak tidur di hospital menemani beliau kerana ruang yang terhad. Maka setiap hari kita akan berada di hospital dari awal pagi hingga tengah malam.

Sementara menunggu giliran untuk MRI, hubby hanya disuruh berehat, dilarang bergerak banyak dan kena pergi sesi physiotherapy sebanyak 2 kali sehari. Tetapi malangnya selepas 4 sesi, kakinya bertambah lemah. Nak naik tangga dah semakin lemah dan terpaksa berpaut pada railing tepi tangga. Doktor mula mengerutkan dahi bila keadaan hubby begitu.

Akhirnya selepas beberapa drama kerana miss communication antara pihak hospital dan service provider, MRI hubby diselesaikan pada hari Sabtu tengahari. Doktor datang wad petangnya untuk explain, tapi kami pula di dalam sesi physio, so kena tunggu Isnin pula. Tapi mengikut kata staffnurse, condition hubby agak 'teruk'. How bad it is, dia x dapat nak pastikan.

Menunggu Isnin dari hari Sabtu seumpama bertahun2 lamanya. Hati asyik dup dap jer. Berdoa sangat2 agar ianya hanyalah muscle pain atau pun minor saja. Tak dapat nak bayangkan apa yang akan mendatang.

Akhirnya...Isnin tiba juga.

BERSAMBUNG....
Read More
Assalamualaikum.....

Tak macam tajuk berita langsung kan...

Al-kisahnya, sebab hujan lebat sangat, kita keluar office agak lewat semalam. Jam 9.00 malam baru gerak dari office. Sebabnya air-cond compressor kereta hubby 'kong' sekali lagi recently. So, bahaya memandu dalam hujan.

Malam tadi nak gerak balik ke Melaka sebab Isnin tu tak balik Melaka. Kita tunrun dari Bukit Jalil jer, jalan dah mulai sesak. Sampai hotel Nouvelle tu, kereta dah mula tak bergerak. Tapi kita ingatkan sebab beratur nak masuk tol. Tapi bila dah nak sampai tol tengok kereta tak boleh bergerak dari toll booth tu kita dah pucat rasanya. Mana nak lari lagi?

Tanya budak jaga tol, dia kata ada banjir tapi satu lane boleh lalu. Dia kata mcm tu, kita redahkan juga lah.. Dalam hemat fikiran kita, kalau lama pun mungkin sejam dah boleh lepas kot. Lepas pada tu, jalan sampai ke Melaka semua dah clear. Tapi satu jam berikutnya, kita masih di area Sg. Besi lagi. Dok sibuk berhimpit dengan kereta lain, dengan lori dan bas yang selamba badak gesel kereta orang lain...

Di tepi-tepi jalan kereta2 parking dah berlapis2. Hentian dan stesyen minyak sampai dah tak boleh masuk. Ada yang dah piknik atas rumput, ada yang dah piknikkan anak2 kecil atas bonet kereta, ada yang hisap rokok sambil berbual dengan kenalan baru dalam kumpulan2 kecil dan macam2 ragam lagi.






Tak lama kemudian, kita dengar berita trafik di radio yang PLUS mengatakan ada banjir kilat di antara exit Serdang dan Kajang. Kesemua lane di naiki air dan ditutup. Maka kami semua hanya ada 2 pilihan. Pertama ialah exit di Serdang dan kedua menangguhkan perjalanan sehingga banjir reda. Kita pilih yang pertama.

Sepanjang jalan, banyak kemalangan kecil yg berlaku sebab kereta terlalu sesak dan banyak juga kereta yang tersadai sebab rosak. Kita berdoa agar kereta kita tak terlibat dalam peristiwa tu semua. Maklumlah, bawa kereta tua, dah macam2 ragam. Pulak tu dengan air cond rosak lagi.

Memang rasa macam nak pitam dalam kereta sebab penat baru balik kerja, panas, lapar dan haus sangat. Bawa kereta hubby, so tak ada stok makan minum langsung. Kalau kereta kita tu, Insyaallah 3 hari takder supply pun masih boleh survive.

Keadaan menjadi lebih genting bila hampir dengan plaza tol Serdang, kereta hubby dah mula batuk2 kecil. Kering terus darah di muka rasanya masa tu. Janganlahhhh kereta buat hal. Kalau tengah2 traffic light, tengah2 jalan dia break down, siapalahh yg nak tolong kita. Hubby nun jauh di Melaka, sakit pula tu. Kawan2 semua dok jauh2, mekanik pun nun jauh di Melaka. Ya Allah, tak putus2 kita berdoa.

Syukur Alhamdulillah, setelah 3 jam meredah traffic jam, kita tiba di rumah apabila tengah malam telah pun berlalu pergi. Sepanjang berbelas tahun kita berulang alik menggunakan PLUS, inilah kali pertama kita terperangkap begini.

Malam nie akan usaha pulang ke Melaka lagi.

Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama betul kita tak buat entry tentang makan2 kan..? Ok lah, hari nie kita santai2 jer cerita tentang makan2 yer. Tentang operation hubby tu kena tunggu lah dulu sebab gambar2 tak sempat nak transfer lagi.

Sejak hubby berkerja di Kuantan nie, kami akan menempuh sedikit bahagian Segamat, Johor untuk ke Kuantan sekiranya kami bertolak dari Melaka. Pada suatu hari, sehari sebelum kita jatuh sakit 3 bulan lepas, kami bergerak ke Melaka dari Kuantan agak lewat malam tu. Kami tiba di Segamat pun dah hampir tengah malam. Kebetulan nampak restoran baru nie, di simpang tiga Kuantan - Segamat. Dengan lampu yang terang benderang dan dekorasi yang menarik, kami pun teruja untuk singgah. Lagipun tak ada apa yang nak dikejar. So, sajerlah hubby ajak duduk2 dan minum2 kat situ. Nak makan memang terasa kenyang lagi. so kami minum2 jer lah.

Namanya Rich House Cafe. Ada banyak juga menu yang menarik kat situ. Tapi kami hanya minum dan makan sedikit pastry saje.



Buku Menu nya..

Antara menunya.


Air kita : ice tea

Hubby's : teh tarik

Adam's : Lemon Ice

Roti Bakar Peanut Butter

A few pastry dish.

Telur rebus separuh masak

Slurrppp....! Sekali sedut jer..

Atas kaunter tu buah durian belanda fresh.

All in all, memang tempat yang sesuai untuk take a break kalau anda dalam perjalanan yang jauh.

Read More
Assalamualaikum.....

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk kita layangkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua.

Sebelum tu, nak tanya. Ada yang rindu tak...? Ahaks! Confirmmm takder... hahahahahha!

Tapi kita yang rindu. Rindu banget dengan blogging world and blogging friends... Its good to be back.

Alhamdulillah, hubby telah selamat menjalani pembedahan pada hari Isnin minggu lepas. Hari ini beliau sedang berehat di Melaka. Dah semakin sihat. Cuma nasihat doktor, beliau tak boleh duduk untuk tempoh masa 2 minggu nie. Baring, jalan dan berdiri jer yang boleh setakat yang hubby mampu. Membongkok lagilah diharamkan...

Penat.

Memang penat.

Jadi driver, uruskan hospital, uruskan rumah tangga, uruskan tetamu yang datang tak putus2, dan melekat dengan pesakit setiap masa. Memang masa tu rasa macam nak jadi superwoman. Kalau boleh terbang, kalau boleh jadi macam Boboiboy, split jadi 3, kalau boleh pejam mata dan terus muncul di tempat yang kita nak dannn kalauu ada yang membantu.

Tapi syukur ke hadrat Allah di atas sebesar2 rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Allah berikan kita kesihatan yang cemerlang, kekuatan yang luar biasa, kesabaran yang melampaui batas, ketabahan yang kental dan kasih sayang yang melimpah ruah. Tak perlu super powers, kasih dan belas kasihan dari Ya Rabbi itu telah melangkau jangkauan.

Syukur Ya Allah.

Untuk cerita tentang prosedur dan operasinya, akan mengambil sedikit masa. Izinkan kita menunaikan amanah dan tanggungjawab pada tugas yang lama ditinggalkan....

Terima kasih kepada anda kerana masih ingat pada blog My Rainbow ini.


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama