Assalamualaikum.....

Wah, sejak mula mengimbas zaman sekolah nie, dah mula melarat pula. Teringat dulu, perubahan diri dari sekolah rendah, ke sekolah menengah dan seterusnya.

Masa di sekolah rendah, kita rasa kita dengan kawan2 berkawan tanpa mengira latar belakang. Tiada perbezaan antara jantina, bangsa, pekerjaan ibu bapa, permormance dalam pelajaran, mahupun berapa sen bawa duit belanja ke sekolah.

Masa zaman tu, murid2 sekolah tidak dibahagikan kepada kelas pandai dan kurang pandai, kumpulan pandai dan tidak pandai. Semua murid bergaul mesra betul2 macam rojak. In fact, setiap kumpulan dalam setiap kelas mesti ada pelajar pandai dan kurang pandai. Jadi, semua orang saling membantu. Mengeratkan silaturrahim dalam caranya tersendiri. Melarat ke kehidupan tak formal. Bermain bersama, bergurau bersama, saling bantu membantu.

Dan masa tu kita, antara pelajar sederhana atas dalam pencapaian akademik. Tak pernah cemerlang, tapi tak pernah juga menghampakan ibu bapa. Alhamdulillah. Tak sangka pula kita boleh dapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang mana masa tu tahun pertama di perkenalkan UPSR di Malaysia. Memang tidak percaya, dan in fact seluruh ahli keluarga dari datuk nenek, pak cik makcik dan parents sendiri, hinggalah ke guru2 sekolah dan guru besar sekolah semua tak percaya kita yang menakluki UPSR di sekolah tu. Alhamdulillah.

Seterusnya semua di uruskan oleh parents dan makcik pakcik.

Sehinggalah dapat tawaran ke sekolah berasrama. Dalam kebingungan, dalam pasrah, kita penuhi juga permintaan keluarga.

Tapi semasa di sekolah menengah, kita antara pelajar corot. Yeap, tak segan untuk mengaku. Memang antara pelajar corot di kalangan rakan2 yang pandai dan lebih serba serbi. Paling sedih, keyakinan diri kita sangat rendah. Oleh itu, bila masuk Form 1, terus rasa amatlah kerdilnya di antara mereka2 yang lain. Susah betul nak develop diri sendirian berhad. Tambah2 lagi x ada moral support sebab family tak ada, kawan2 pun susah nak cari yang memahami dan paling ketara, most of the students kat sekolah menengah kita dulu datang dari latar belakang yang sangat jauh berbeza.

Family kita orang biasa, taraf ekonomi sederhana, dan taraf sosial pun sederhana juga. Tapi most of the students di sekolah menengah kita tu datang dari keluarga yang berada. Parents jenis taraf atas dalam kedudukan sosio-ekonomi dan politik. Malahan, anak menteri, cucu menteri pun ada dalam sekolah tu. Hanya sebilangan kecil jer yang sama kelompok dengan kita.

Bila dah bertahun2 berkawan, barulah sedikit demi sedikit lingkungan pergaulan meluas. Iyerlah kan, tak boleh lari ke mana lagi. Tapi, of course, jurang antara yang pandai, cantik dan kaya tetap wujud dengan golongan bawah nie.

Syukurlah sebab parents kita tak mengharapkan yang tinggi melangit. Setakat yang kita mampu, katanya. Kerana pada masa itu pun, dalam kampung kita tu, kita lah yang paling cemerlang. Anak dara glemer dalam kampung sebab kononnya pandai. UPSR cemerlang, masuk pula sekolah menengah itu, dan sentiasa terjaga budi bahasa.

Walhal, orang kampung x tahu betapa tensennya kita jadi pelajar corot kat sekolah.
Orang kampung x tahu kalau tersalah langkah sikit, kena marah dengan mak ayah.
Orang kampung tak tahu kalau tak jaga tingkah laku, nenek sebat pakai kayu api bawah dapur (masa tu nenek masak pakai dapur kayu lagi..)
Orang kampung tak tahu, kalau tak reti nak maniskan muka depan tetamu, mulut kena lenyek dengan cili api.

Tapi, betapa ganasnya zaman pembesaran kita, kita bersyukur kerana telah menjadikan kita seorang wanita seperti hari ini. Tak cemerlang, tapi bolehlah kalau nak hidup.

Habis jer SPM, dengan rasa rendah diri yang semakin menebal, hidup kita tetap diteruskan dengan...





Ok, nanti2 sambung ekk...

Read More
Assalamualaikum.....

Walahaii, entry nie sebenarnya dah terlewat sehari. Sepatutnya semalam, tapi tu la, internet buat hal. Kat rumah pun sama, nak sign in x boleh juga.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke, err..err... (nanti korang tanya sendirilah yer) kepada Puan Rahmah, tuan tanah kepada blog yang famous dan selalu menambat hati kita semua iaitu http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com







Beliau adalah seorang rakan yang baik dan ikhlas. Sentiasa jujur dan berani berterus terang dengan kami sekiranya kami ada kekhilafan di mana-mana. Tiada apa yang lebih berharga selain daripada jalinan persahabatan ini.

Awak,

Happy Birthday from all of us. Semoga kehidupan awak sentiasa di sirami dengan kebahagiaan, kegembiraan, rahmat Allah dan rezeki serta kesihatan yang baik.

Oh, semoga dipermudahkan semuanya.. Amiin.


Read More
Assalamualaikum.....

Hensem dalam terminology hidup kita adalah merujuk kepada species di bawah ini. Hehehehehe.

Tapi yang paling menggoda dan menggugat iman ialah ini.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-


Kawasaki Ninja ZX10R

Everytime di jalan raya, ternampak motor nie, atau di pintas, atau berselisih, memang rasa lemah jiwa dan raga. Owh, terpesona sungguh. Pandangan mata kita bila nampak motor nie ialah dia adalah motor yang membawa watak hero gagah perkasa, penyayang, romantik, protective, bijak, bergaya dan matang. Ishh, teruk betul kita nie kan. Motor jer pun, bukannya hero novel! Hahahaah.

Tapi, itulah perasaan kita dan memang tak boleh deny lah feeling tu.

Adam sampai dah faham dah. Hubby jer yang jealous, hihihihi. Alah, itupun sbb hubby kita tak mahir menunggang motor.. Opss..!

Tapi, kalau tak ada yang kat atas tu, yang bawah nie pun dah mampu menggetarkan jiwa. 




Kawasaki Ninja 250R


Amacam...?

Ok, taste setiap orang tak sama yer....faham, faham.

Kenapa suka motor ekk?

Hmm, kita dah start menunggang motor sejak umur 12 tahun. Maklumlah, dok kampung. Arwah atok yang ajar. Lagipun, senang bila nenek soh shopping kat kedai Ah Wah kat jalan depan sana tu. Cepat jer sampai rumah.

And, sampailah dewasa, angkut adik2, angkut kawan2 bawak gie round tempat menarik kat PD, angkut nenek pergi rewang rumah kenduri dan tukang hantar berkat dan kawan2 nenek balik bila ada kenduri. And semua tu tanpa lesen menunggang yang sah. Ayarkk..!

Anyway, pembesaran hidup kita berkait rapat dengan motor. Tiba2, dapat boipren terakhir (hubbylah), dia tak mahir bawa motor. Bila dah kawen, in fact Adam dah ada masa tu, adalah sekali dapat naik motor dengan hubby. Sekali tu jer lah... Lepas tu, jangankan kata nak membonceng, nak bawa sendiri pun x pernah dapat chance.

Dah meningkat umur nie, (haip, belum tua taww!) mulalah rasa rinduuu sangat dengan motor. Aissh, lambatnya Adam nak dewasa. Tak sabar nak ikut dia merempit.    Ehh?!  Ok, jangan bayangkan. Nanti tak boleh tidur seminggu. Gerenti mimpi ngeri tetiap malam.

Ada sesiapa yang menunggang motor nie..?


Owh, gambar semua dapat kat google. TQ google.


Read More
Assalamualaikum.....

Repeat makan dengan hubby di D'Limau Nipis di Bangi. Dah pernah cerita kat SINI. And hubby pun berpuas hati makan di sini. Adam pun enjoy.

Ikan pari bakar. Hubby teringin.

Udang galah bakar. Macam lobster jer kan.

Nasi dan ulam

Sotong bakar jer lupa nak snap. Macam biasa, sotong nyer memang sedapp sangat. Udang tu besar sangat, so isi dia mcm keras sikit. Lagipun, kepala jer yang besar kan.

Altogether, kos yang kami belanjakan dah x ingat, hehehehehhe. Tapi almost RM100 juga rasanya. Yer lah kan, udang tu jer dah mahal. Tapi dah hubby teringin. Lagipun bukan selalu nak datang Bangi. Kami kan port Melaka dengan Kuantan jer...

Aishh, macam nak repeat lagi pula rasanya. 
Read More
Assalamualaikum.....

Ha, teringin pula nak sambung. Ari tuh dah cerita pasal bawah katil kan.. ini nak cerita pasal locker pula.

Kejadian nie berlaku masa kami di tingkatan 5. Dah besar okehh...17 tahun dah. Tapi, sekolah arahkan, setiap hari Ahad pagi, kena pergi kebun. Setiap kelas di berikan sebidang tanah di kawasan2 tertentu dan kena usahakan tanah tu. Tak kiralah nak buat apa sekali pun, janji jadi cantik. So, setiap murid dalam kelas tu mesti saling membantu untuk mencantikkan landskap sekolah.

Since kami rasa SPM lebih penting dan berkebun tidak menjanjikan penempatan di universiti, maka kami selalu skip sesi Ahad pagi nie.

Setiap Ahad pagi, memang warden akan cek setiap bilik dengan pengawas, mcm biasa. Dan kami advance sikit. Boleh kata 95% pelajar form 5 yang skip, akan menyorok dalam locker. Sesiapa yang lockernya kat tingkat atas dan tak dapat menampung berat dia, akan berpusu2 mematikan diri dalam stor di bilik hujung yang pada ingatan warden telah pun dikunci, walhal kami dah berkurun2 keluar masuk suka2 hati stor tu.

Selalunya memang x jadi masalah langsung.

Tapi sepandai2 tupai melompat kan....

Satu hari tu, salah seorang rakan kami masuk locker lewat. Dia paling last sekali. Kebetulan masa warden masuk bilik dia ( dia bilik sebelah ), warden nampak pintu locker dia perlahan2 tertutup 'sendiri' padahal bukaan yang tinggal untuk tertutup habis hanyalah 2 inci sahaja.

Habisss.....

Baiknya hati beliau, beliau tak mention langsung pun yang satu floor semua ada dalam locker juga. Tapi, atas semangat setia kawan, kami sama2 tampil dan mengaku. Maka, petangnya, berbarislah semua pelajar senior nie di kawasan lapang depan bilik warden dan di denda. Dendanya 'naik motor'. Menggigil kepala lutut menahan motor imaginasi tu.

Tapi yang bagusnya, tak ada cikgu lain ataupun pelajar lelaki yang nampak. Maklumlah, form 5 ialah king of the school walaupun ada pelajar form 6. Siapa yang berani buka mulut sindir kami, siaplah menanggung nahas kena torture, walaupun pelajar lelaki. Hehehehhehe

And, kawan yang kena tangkap dengan warden tu..? She's a doctor now. Graduated from Ireland.

Nak jadi doktor? Nyorok dalam locker asrama.

Eh, silap ek, Daddy Ziyad? Lariiikkk!!!

Read More
Assalamualaikum.....

This story has been shared by one of my friends and I would like to share it with you. Such a touching tale.



Love your siblings;

Once there lived two brothers who lost their parents at an early age. They
worked together on their family farm. Some years later, the elder married
and had a family with 2 children, while the other was still single. They
worked hard together in the day and at the end of each day they shared
their produce equally.

One day while the single brother was working in the fields, he thought to
himself, “It’s not right that we share equally everything. I’m alone and my
needs are simple. My brother has a big family. He needs much more.”

With that in mind he took a sack full of grains and slowly went to his
brothers barn and places the sack quietly. He did so every night.
Meanwhile, the married brother thought to himself, “It’s not right that we
share everything equally. After all, I’m married and I have my wife and
children to look after me in years to come.

My brother has no family and no one can take care of his future. He really
should have a bigger share.” So each night he took a bag of grain and put
it into his brothers barn quietly. This went on and both men were puzzled
for years because their grain never dwindled.

Then one night, on the way to each others barn, the two brothers
coincidentally met and they found out what was happening all these years!
They dropped their bags, cried and embraced one another with tears of
happiness.


They love each other, sincerely. What about us..?

Something to ponder.

Read More
Assalamualaikum.....

Sebuah restoran di Grand Continental Hotel, Kuantan.

Hubby datang sini a few times sebab company dia ada organize dinners kat sini. And dia rasa food sedap, and harga berpatutan. Tak lah cekik darah. So, hubby bawak kita and family ke sini a few times. Chinese food, chinese menu.



Tid-bits..

The restaurant

Lately nie, kami suka betul dengan menu kat atas nie. Fried brocoli with cheese. Mak oii, rangup, lemak, masin dan perisa yang lain semuanya seimbang. Sedap sangat.
usually kami order sepinggan nasi goreng dan share 2 orang sebab portion dia sangat banyak. Nasi goreng garlic is still the best.


Terung masak cili dan belacan. Mak oii, terasa macam nikmat makan sambil berkelah tepi sungai lak rasanya...


Tofu stim. Yummy.


Ikan nie masak asam nyonya. Lain dari yang lain and memang sedap sangat.

Oh yer, restoran nie antara restoran yang dipaparkan dalam rancangan TV3 yang femes tu. Jalan-jalan Cari Makan... Plak JJCM pun elok jer tergantung kat sini. So, recommended kan..
Read More
Assalamualaikum.....

Me and hubby grab the chance to watch this 18 rated movie a few weeks ago. Since Adam was not with us, we went for a date. Hahaha... What? A date is essential though you have been married to each other for your life time. Sometimes, a date without kids could spark the romance... Ok, I'm drifting out of topic.

Judge Dredd

I've never heard, read or even known what is Dredd, or who is Dredd. But that ticket counter boy recommended this movie, we gave it a shot. Hubby is on the right track. He's after the action thriller movies, so he did enjoy the whole movie.

Basically Dredd is a character in a comic book about the future imaginary world. Justice and laws are relying totally to the selected and elected judges whom will judge the offenders there and then and punish them there and then.

In this movie, it is about the famous Judge Dredd is trying to assess a new elected judge named Anderson whom happenned to be has a unique psychic power. Thanx to the mutation.

First assignment, they went to investigate a homicide case in which later on brought them deeper into bigger problem. They have to face the Ma-Ma clan. The most powerful and merciness clan in drugs bussiness.

So, the rest of the movie is about their fights, their survival, the fresh bloods, the guns and modern technology weapons. I do not really fond of this type movie. It's dark. I don't like the darkness. I like fairytales romance.

However, to be fair just like Dredd, it is a good entertaining movie.




Dredd and Anderson
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama