Assalamualaikum.....

Ok, mari kita sambung.


Acara seterusnya ialah anggota komando menyelamatkan tebusan yang dikurung di dalam bangunan. Kebetulan, bangunan yang didirikan secara 'mock' berada si hadapan posisi kami lepak tu. So, dapatlah lihat dengan jelas sikit.





 Di atas ini adalah 'pentas persembahan' komando. Di sekelilingnya dah di pagar dengan kawad duri untuk mengelakkan dari orang awam termasuk ke kawasan itu. Bahaya sebab ada bom di tanam dalam pasir2 tu.




Ini pula adalah bangunan 'hotel' yang di jadikan prop persembahan. Maka komando bergerak senyap dan pantas dalam menyelamatkan tebusan walaupun tentera pengganas berkawal ketat dan menyerang dari dalam 'hotel'.



Antara kubu buatan yang menempatkan anggota tentera kita. Tak nampak macam ada orang pun dalam tu. Tapi bila riffle mula melepaskan tembakan, baru kami tahu ada tentera kat dalam tu. Siap ada percikan api dari muncung senapang tau. FIRE!



 Helikopter tiba untuk membawa tebusan keluar dari zon bahaya tersebut. Kami semua dihujani dengan pasir pantai yang berterbangan dek kerana kipas helikopter yang hampir dengan kami. Kita dengan hubby berselubung dengan kain alas meja, hehehehehe. Bunyinya? Masya Allah... Betul2 terasa seperti di dalam peperangan.






Helikopeter lalu di atas kepala kami untuk membawa tebusan ke tempat yang selamat. Feeling betul2 rasa macam berada dalam situasi sebenar.

Tak lama kemudian, mereka betul2 memulakan pertempuran yang hebat. Tembakan dilepaskan tidak berhenti2. Baru first time kita dapat dengar bunyi tembakan daripada senapang2 M16, rifle segala jenis. Secara tiba2, datang tembakan dari arah belakang kami. Kira2 2 meter dari tempat duduk kami. Rupa2nya ada sniper dah standby atas pokok di belakang kami untuk menyerang pengganas. Betul2 peluru melayang2 di atas kepala kami. Ngeriiii!

Kemudian, bom meletup merata2 di kawasan pantai. Percikan pasir terhambur ke segenap arah dek kerana letupan-letupan bom tersebut.




Akhir sekali, bangunan hotel itu musnah di bom oleh tentera. Tinggal rangka seperti gambar di atas. Dalam gambar di atas, tentera sedang mengumpulkan tawanan yang dijumpai.

Tak lama kemudian, kami dengar bunyi ambulan bersahut-sahutan. Rupanya2 ada kanak2 yang terkena serpihan. Bukan serpihan bomlah agaknya, tapi mungkin dari papan yang berkecai tu. MUNGKIN...!
Salah bapanya juga. Khabarnya bapanya dukung anak dia terlalu hampir dengan 'pentas persembahan' sehingga melangkaui jauh dari tali penghadang. Degil kan! Konon nak tengok dengan jelas dari jarak dekat, sampai sanggup melanggar arahan keselamatan. Tapi dengarnya hanya setakat cedera ringan. Jadi pengajaran untuk semua kan. Syukurlah nyawa tak melayang.


Selesai pertunjukan itu, kami semua memandang antara satu sama lain sambil ketawa dan tersengih dan tangan menepuk2 dada dek kerana berdebar2 yang amat. Syukurlah itu adalah lakonan. Kalaulah perang yang betul, emosi memang tergolek bawah kaki agaknya.

Barulah tahu betapa kuatnya tentera. Bukan sahaja fizikal, tapi emosi, mental. Semuanya harus berfungsi dengan kuat serentak di medan perang. Bertambah kekaguman kita dengan tentera Malaysia.

Read More
Assalamualaikum.....


Setelah berhari2 berlangsung, baru kita sempat nak update.

Ahad yang baru lepas nie, kita dan hubby berpeluang bawa Adam dan Asyrol ke acara Sambutan Ulang Tahun ke-80 Tentera Darat Malaysia. Sayangnya kami tak dapat turut serta dalam perarakan yang berlangsung pada hari Sabtu tu kerana kereta kita pula breakdown. So, Sabtu adalah hari sibuk yang dipenuhi dengan agenda kereta dan workshop di Melaka.

Kalau ikutkan keupayaan, macam tak mampu nak drive balik ke Port Dickson pada hari Sabtu tu sebab dah terlalu penat dan dalam tempoh 24 jam, kita dan hubby hanya dapat tidur 2 jam sahaja. Tapi hubby gigihkan juga untuk pulang ke PD demi untuk memenuhi permintaan Adam nak menonton pertunjukan pada hari Ahad tu. Kami tiba di PD pada jam 2.00 pagi.

Ahad pagi, kami bergerak dari rumah jam 8.00 pagi dan 5 minit kemudian kami tiba dengan kekusutan fikiran sebab tak dapat cari tempat nak parking kereta. Aduhaii..penuhhhhh sangat2 Pantai Saujana tu. Pantai Saujana ni, bagi penduduk PD, kami panggil Batu 4 jer. Alaahai, yang ada pasar malam tepi pantai dekat sebelah Petronas. Itulah lokasinya.

Maka pada hari Ahad, 3hb Mac 2013 acaranya ialah Pertunjukan Khas Komando dan Pasukan 10 Briged Para. Ada berbagai2 lagi acara yang menarik. Kalau ada yang berkelapangan, bolehlah jenguk blog BERTIWI untuk jadual dan penerangan lanjut.




Pantai sangat penuhhh dengan orang ramai. Tentera sahaja dah hampir separuh rasanya, orang awam lagilah penuh. Tapi mostly adalah keluarga tentera dan anggota komando yang tamat latihan tu rasanya. Tapi kami dapatlah juga menempel di bawah khemah. Dapatlah duduk selesa atas kerusi, ada meja segala. Syukur.

Kita dengan hubby tak larat nak menyempit2 dengan pengunjung lain sebab kami sendiri memang tak cukup rehat. Jadi, kami biarkan Adam dan Asyrul yang menjelajah sendiri. Cuma kami pesan agar mereka berhati-hati. Kita beri handphone, minta Adam snap gambar. Tapi Adam memang tak suka snap2, so dapat ini jer lah...

Acara pertama ialah pertunjukan bagaimana anggota komando menyelamatkan tebusan di atas kapal laut. Maka beberapa meter dari pantai, ada kapal lanun, ada bot2 komando dan anggota2 komando yang tegas, pantas dan perkasa menyelamatkan tebusan. Sebaik sahaja tebusan selamat dipindahkan ke bot tentera, maka kapal lanun itu diletupkan.

Yes, MELETOPPP!

Memang guna bom real. Tak ada tipu2 punya. Tak lama kemudian, ada 2-3 helikopter datang untuk membawa pulang tebusan2 bersama tentera. Untuk keselamatan segera, helikopter hanya menurunkan sehelai tali dan tebusan serta tentetra ini bergayut pada tali itu untuk segera beredar dari kawasan bahaya.

Letupan tu memang betul2 menggegarkan bumi pantai. Kami semua tutup telinga sebab sangat kuat bunyinya. Tapi feeling memang best lah. Betul2 seronok rasanya.

Ada peperangan lagi lepas tu. Petang nie kita updatekan yer. Nak sekalikan dalam satu entry nie, panjang sangat pula rasanya. Acara seterusnya nie, kami manage untuk snap gambar yang lebih sedikit.





































Read More
Assalamualaikum.....

Kalau ada masa dan apabila perlu, kita memang akan bawa kereta ke kedai tayar untuk rutin balancing dan allignment. Oleh kerana jalan jauh juga, kita selalu pastikan tayar kereta kita di rotate kedudukannya untuk keselamatan dan untuk penjimatan maksimum. Hehehehehe.

Dan untuk servis balancing dan allignment ini, kita suka pergi ke satu kedai tayar di Lukut, Port Dickson. Dalam banyak2 kedai di seluruh negara yang pernah kita pergi, skill di kedai inilah yang paling memuaskan hati kita.

Anyway, macam biasa kalau di kedai tayar atau di workshop memang penuh dengan orang lelaki jer. So, bila kita seorang jer perempuan yang ada untuk servis kereta sendiri, memang adalah yang ramah bertanya itu dan ini. Tapi bila start buka topik pasal kereta, mereka pun jadi comfortable kerana kita boleh 'masuk'.

Dalam pada menunggu giliran kereta kita tu, tiba2 kami yang sedang berbual nie dikejutkan dengan bunyi melangking raungan seekor anjing. Fokus kami terus tertumpu kepada suara itu.

Ya Allah, rupa2nya salah seorang pekerja kedai itu telah terrrrr..gelek kaki seekor anjing semasa sedang mengundurkan kereta yang diservis.

Aduuuhhh.... kasihannya anjing tu. Anjing tu, walaupun stok2 anjing kurap dan terbiar, tapi bila dia meraung kesakitan di tengah jalan raya tu...memang sayu betul rasa hati nie.

Anjing tu dilanggar semasa dia nak lintas persimpangan jalan memandangkan kedai ini adalah corner lot. So, bila dah kena langgar, dia terdampar di tengah simpang atas jalan raya tu dengan raungan kesakitannya. Aduhh, sampai sekarang masih terngiang2 suaranya melangking2 tu.

Kebetulan, kereta kita sedang di parkingkan di luar kedai untuk menunggu giliran masuk ke deck allignment. Lalu anjing ini, cuba juga untuk bangun dan terloncat2 berjalan dengan 3 kaki untuk baring di bawah kereta kita. Agaknya panas, dan nak cuba berteduh sambil meredakan kesakitannya.

Sepanjang masa anjing ini meraung kesakitan. Dan kita pun dalam kedai tu asyik bising minta sesiapa yang baik hati untuk tengokkan kaki anjing tu. Tapi tak seorang pun yang bergerak. Kita memang tak sangguplah nak menonggeng di tengah public yang penuh lelaki tu untuk tarik anjing tu keluar kan...

Tapi agaknya sebab tak tahan dengar kita meleter dan sebab rasa bersalah, pekerja tadinya yang terlanggar anjing tu cuba tarik anjing tu keluar untuk diperiksa. Dan kalau boleh, nak bawa masuk ke kedai sebab cuaca panas sangat. Walaupun pekerja tu Cina, tapi beliau tetap lapik tangannya dengan kain buruk. Mungkin juga untuk jaga kebersihan sebab anjing tu anjing kurap.

Tapi, bila cuba di capai, anjing tu pula dengan garangnya gigitt tangan pekerja tu. Syukurlah dia dah siap2 balut tangannya dengan kain buruk tu.

Oleh itu, kami terpaksa diamkan saja. Tapi kita pesan berkali2, bila nak alihkan kereta kita, pastikan keselamatan anjing tu.

Selepas 20 minit, kami nampak anjing itu terdengkot2 berjalan keluar dari bawah kereta kita walaupun perlahan suara kesakitannya masih ada.

Syukur Alhamdulillah.... Kita lega sebab anjing tu masih boleh berjalan lagi. Orang lain lega sebab anjing tu masih hidup lagi.



Tetapi, bila tentera yang Malaysia bantu latih dulu kononnya membantu dalam serangan ke atas Sabah, rasa2nya sama tak dengan situasi di atas?
Read More
Assalamualaikum.....

Sabah masih bergelodak. Anasir luar yang tak tahu malu memang rakus bertindak. Apatah lagi Malaysia memang terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa. Dalam politik pun bersopan, hatta dalam perang pun masih bersopan. Biarlah orang tak berbudi, asalkan kita berbahasa sehingga terkorban nyawa perwira kita.

Maaflah. Bila melibatkan nyawa anggota keselamatan, kita agak sensitif. Kita membesar di Port Dickson. Bandar Tentera Darat Malaysia. Saudara mara pula ramai polis. Hidup penuh dengan perwira. Maka bila mereka2 itu gugur satu demi satu, kita memang rasa sangat marah! MEMBAZIR! Mereka yang gugur ini semuanya aset negara. Tak bolehkah rancang apa2 sahaja untuk menangani masalah ini dengan bijak dan bermaruah tanpa mengorbankan nyawa aset negara?

Apa sebenarnya yang berlaku di sana sekarang memang belum jelas lagi pada kita semua. Kalau ikutkan nafsu amarah, nak jer join sama pasukan di sana (statement tak sedar diri). Tapi mana mungkin kan.

Apa yang boleh, berdoa dengan setulus hati.

Kebelakangan ini, banyak betul berita2 sedih yang tiba pada kita. Semoga segala kesedihan ini akan segera pergi.



Read More
Assalamualaikum.....


Semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ba bulan lepas di Rantau, tak semena2 kami terserempak dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat Hassan. Ok, kami waghiihh... panggil Tok Mat jer la. Kita pun apa lagi, ambil kesempatan suruh Adam dan Firdaus bergambar dengan beliau.

"Tok, bulih tak saya nak ambik gambar Tok dongan anak bujang sey tu?"

"Bulih..bulih... Mano deh (mana dia)?. Meh sini ha.." katanya.

Dan hasilnya....




Ha, sangat sempoi MB nie. Dia datang pun lone ranger jer. Takder escort dari sesiapa pun. Sebiji motor chip pun tak der. Apa tah lagi bodyguard. Dah, katanya balik kampung, kan. Habis semua orang tua2 kat situ dia jumpa, dia salam, dia peluk. Tak kiralah kat mana pun diorang, dia selamba jer redah. Dia dah kenal dengan mereka, membesar dengan mereka, takkanlah jawatan MB tu jadi noktah persaudaraan kan...


And, sejak dia memerintah NS, setiap new year, setiap raya, setiap sambutan Maulidur Rasul, pasti kita akan dapat sms dari beliau. Actually dari sistem lah kan, tapi tak semua org dapat. Hatta orang kuat majlis pun x terima. Entah siapalahhh yang masukkan nombor kita dalam sistem tu. Tapi kita syak itu mesti kerja abang angkat kita, En Jaiya Abu tu.


Kita gembira NS ditadbir oleh beliau. Terima kasih, Tok Mat.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Bila selesai pengajian di matrik, kita melangkah pula ke main campus. Short formnya, main camp jer kan.

Di main camp ni, kita terus cuba mengaktifkan diri dalam persatuan. Persatuan pertama yang kita join ialah Kelab Penyayang ataupun di panggil Caring Club. Banyak aktiviti kemasyarakatan di buat dalam kelab nie. Semua ahli2nya, tanpa mengira status, latar belakang, kursus, senior atau junior, bersama2 fokus untuk masyarakat. Inilah yang sepatutnya berlaku. Kalau ada program apa2, kadang sampai midnite kami semua masih sibuk dan riuh rendah dalam bilik kelab. Ada yang cat banner, ada meeting, ada yang siapkan handouts, ada yang siapkan equipment, malah ada tukang bancuh kopi lagi.

Salah satu aktiviti yang kita join ialah program motivasi untuk anak-anak Felda terpilih dari seluruh Malaysia. Lebih kurang 100 orang peserta dari serata negara. Khas untuk kecemerlangan mereka.

Kita adalah salah seorang  barisan fasilitator.

Antara pelajar yang terlibat


Alhamdulillah, anak2 fasi kita semuanya mendengar kata dan langsung tidak memberikan masalah. Yang pasti, kita sangat gembira bila perubahan mereka sangat jelas dan nyata pada hari terakhir, berbanding pada hari pertama.




Hari terakhir, mereka di kehendaki membuat perbentangan mengenai topik yang telah diberikan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sebelah malamnya pula kami membuat persembahan sketsa yang mana ianya amat meninggalkan kesan dan keinsafan dalam hati ramai penonton. Alhamdulillah.

Feedback yang pengerusi kelab terima dari pihak Felda kemudiannya sangat memberangsangkan. Rata2 ibu bapa dan guru2 mereka gembira dengan semangat dan komitmen pelajar2 tersebut. Perubahan mereka nyata dan ketara.

Alhamdulillah.

Program ini telah menyuntik semangat dalam diri kita untuk memberikan lebih lagi kepada masyarakat. Kepuasan itulah yang berharga. Di samping tu, perasaan rendah diri yang sentiasa dekat bagaikan bayang2 dengan diri kita masa di sekolah menengah, semuanya hapus. Kita mula menghargai diri sendiri dan mula rasa kita perlu berkongsi apa saja ilmu sekelumit yang kita ada dengan mereka2 yang memerlukan agar Melayu dan Islam lebih teguh di masa akan datang.


Insya Allah, banyak lagi yang akan kita kongsikan. Harap tak ada yang bosan dan muntah membaca pengalaman kita.



.
Read More
Assalamualaikum.....



Inilah mee kahwinnya. Yang sebenarnya, repeat makan di kedai mee di Ujung Pasir, Melaka. All these while, kami sekeluarga dok makan mee rojak atau mee rebus jer. Tapi bila orang lain macam suka dengan mee kahwin, kami pun cubalah juga.

Oh, mengenai kedai tu, sila baca di SINI.

Since mee kahwin nie agak famous sehingga a few times masuk rancangan tv, wajiblah kami explore. Ianya adalah mee rebus dan mee rojak yang di combine dalam satu pinggan. Kuah combine, isi pun combine. Tu lah namanya mee kahwin. Mommy dengan Ba tak berapa boleh accept. Diorang prefer yang original taste. Tapi kita dengan hubby macam suka pulak. A combination of various taste in one plate. Just like Malaysian. Semua lebur dalam satu negara. Sedap kan?

This week sebenarnya kita agak busy sikit. So, entry main caca marba jer. Novel pun dah bersusun tunggu di review tapi satu pun belum bergerak lagi.

Sedang berdebar2 nak tunggu perkembangan pencerobohan negara di Lahad Datu sebenarnya.




.


Read More
Assalamualaikum.....


Berdebar2 menunggu perkembangan cerita Lahad Datu.

Dah banyak nyawa terkorban. Harap kerajaan Malaysia tegas dan bangkit. Tengok apa jadi bila berlemah lembut dengan penceroboh yang tak faham bahasa?





Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama