Assalamualaikum.....



P/S : Eqbal Zack nak beri duit raya RM100.00 di samping shopping baucer. Meh tengok SINI.


Read More
Assalamualaikum.....

Kita di perkenalkan Tegar ini oleh Adam beberapa hari yang lalu. Tegar ialah seorang kanak2 lelaki yang berumur 12 tahun, di Indonesia. Oh, dia seorang Muslim.

Dia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Pada umurnya 7 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah kerana kesempitan hidup. Dan dia meneruskan hidup dengan menjadi seorang pengemis jalanan, sama sperti ibunya. Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh kasar.

Namun, bakat seni yang diwarisi daripada ibunya mengalir dalam darahnya. Dia mencipta lagu sebagai pesembahan sewaktu mengemis dan akhirnya menarik minta salah seorang aktivitis seni di Indonesia.

Ini Tegar, semasa masih menjadi pengemis. Umur 10 tahun masa nie.


Tegar mula bertapak dalam dunia seni.
 Tegar kemudiannya di lorongkan oleh lelaki seni itu untuk menyertai pertandingan nyanyian di Indonesia. Beliau akhirnya menerima tawaran untuk menjadi artis rakaman. In fact, lagunya yang meletup2 dan digilai oleh ramai rakyat Indonesia, tak kira apa lapisan sekali pun ialah lagu yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang berkembang daripada seorang pengemis sehinggalah menjadi artis rakaman.



Tegar sekarang sangat bersyukur kerana kehidupannya dan keluarganya telah menjadi jauh lebih baik daripada dulu. Dia juga telah mampu menyambung pelajarannya.

Memang hati rasa tertarik menonton persembahan Tegar di laman You Tube. Tapi, dalam masa yang sama, terdetik rasa kasihan, kagum dan bersyukur apabila mengenangkan perjalanan hidup yang dilaluinya.

Dulu, dia kurus jer, sekarang dah senang, dah chubby sikit mukanya. Itu saja dah cukup menjadi bukti perubahan hidupnya.

Dan kita sering mengingatkan Adam, jangan pernah lupa bersyukur dengan apa yang dia ada, dengan apa yang kami ada. Bayangkanlah pada usia Adam, begitu ramai lagi kanak2 dalam dunia yang kekurangan dari segala segi.

Tegar,

Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat, ya.

Amiin, Ya Allah.

Read More
Assalamualaikum.....

Bagi kaki pancing seperti hubby, Ramadhan tidak membataskan beliau daripada meneruskan hobinya tu. Hubby pula, sejak menemui port barunya untuk memancing terus melekat di situ saja. Tak jemu2 disitu kerana dia jarang pulang tanpa hasil.

Contohnya.....

Ikan Gelama

Musim gelama, hubby dapat gelama. Kadang2, dapat siakap, kerapu dan ada juga sekali, rezekinya dapat bawa balik cencaru walaupun sekadar memancing di tepi pantai.

Gelama yang di atas tu agak besar juga...kecuali 2 ekor yang kecil tu. Tengoklah mata2 ikan tu semua. Cantik bersinar dan putih kan....

Kalau dapat fresh macam nie, terus siang dan goreng kunyit jer pun, sedap. Tapi ada juga yang buat masak kari atau ada juga sekadar goreng bercili. Kalau yang kecil2 tu, mak kita suka goreng celup tepung... Makan panas2, ratah macam tu jer sambil hirup secawan kopi o... Pasti memuaskan...

Bagaimana puasa anda hari nie?

Kita tersangatlahhhhh mengantuknya pagi nie. Entah kenapa entah. Dari bangun memasak untuk sahur tadi...segar jer, tapi bila nak gerak ke KL dari PD, bukan main tak menahan lagi mengantuknya. Aduhai..... Kena buat lompat kijanglah jawabnya lepas nie...



Read More
Assalamualaikum.....

We were invited to hubby's friend's wedding reception, Raj just a few weeks before Ramadhan.

He works in Kuantan with hubby but his hometown is Malacca. Same with hubby. But his wife, Trisha is from Penang. Raj is an Indian while Trisha is a Punjab. Let me share some pictures of them.

Adam and hubby at the couple picture.

The slide show

Sweet couple

The hall and guests

Among the performances


We were convinced by the groom that the caterer is halal version. And when we saw the waiters and waitresses and I as usual being busybody, asked them several questions, were convinced that the food was halal.

They were 3 -4 tables of Muslim guests there.

The reception was very grand. The MC's are so profesional and the performances are were entertaining. We were served with the Beriyani set. It was a delicious meal. Hubby and Adam dive into the meal excitedly...haahhahahaha.


The Beriyani Rice

The curry and others.

Oh my, I published food pictures today. Apology for this. But I can't share the function story without the food pictures, right..?

Hmm...maybe we can breakfast with beriyani set today?

.

Read More
Assalamualaikum.....

I was listening to Mix.Fm this morning. With Sarimah and The Rod online, discussing a serious issue. Is it man or woman who are more afraid of being committed to each other?

It started yesterday regarding a listener shared her story. She is suppossed to get married tomorrow. Yeap, Friday, 19th July 2013. Exactly tomorrow and yesterday, her fiancee cabut lari. He cancelled their wedding at the very last minute. Reason with is he's not ready to tie the knot.

As usual, The Rod will defend all the male in the world. So does Sarimah.

But, since I was young, it was always man whom are not ready to be committed into a cycle so called family. Woman usually is quite reluctant due to their emotions. They thought they are in love with someone else. Or they are not confident that this future husband is capable of loving her until the last breath. No matter who ever breath's is that.

But never that a woman take off from a wedding just because of she is afraid of being in a commitment.

But men..? Yeap.. Even if you tell them that your parents would like a meet up with them, they will give you 1000 excuses. Not all..of course. But MAJORITY of them. These men will continue 'running' until at one point (or age..?) they thought it's time for them to settle down and have babies so that they won't be left alone at Rumah Sri Kenangan or any old folks home. They will not sacrifice their joy days earlier than it should be.

Hmmm...

Any other opinions out there?



Read More
Assalamualaikum.....

Blogger foodie terkenal di samping foodie bloggers yang femes lenlain tu, tak lain tak bukan, Kak Ida dari blog Koleksi 1001 Resepi.

Jumaat minggu lepas, Kak Ida umumkan nak buat GA sempena bulan Ramadhan nie. Tak susah pun. Just buat entry dan tepek gambar berbuka puasa kita dengan masa weekend yang baru lepas nie.

Kita memang bersemangat nak join.

Tapiii.... Ba masih di hospital. Kami berbuka ala kadar dan ikut mana sempat jer di hospital. So, tak adalah nak bergambar bagai. Tengah2 susah hati orang sakit, takkan nak bergambar sakan kan. Confirm jadi menantu derhaka. Hahahahahha... takderlah. Ba dan Mommy sporting jer, tapi inappropriate kata orang.

Makanya, tak dapatlah kita join kemeriahan GA Kak Ida ni.

Untuk mereka yang join, selamat berjaya kita ucapkan. Sesiapa yang tak join, nanti visit fb Kak Ida, dan jenguk2lah kat situ yer. Kenapa?

Ha, kenalah baca dulu Kak Ida nak buat apa kat SINI.

Untuk Kak Ida... seribu kemaafan saya mohon sebab tak berdaya nak join.... apa2 pun, kami tetap sokong blog Koleksi 1001 Resepi.
Read More
Assalamualaikum.....


Hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan tahun ini. Bagaimana puasa anda?

Kita nak share sikit tentang solat bagi yang sakit.


Bagi mereka yang ada masalah kesihatan dan menyukarkan mereka untuk solat seperti biasa, kita kongsikan sedikit di sini.

Zaman sekarang, ramai juga yang mengalami masalah kesihatan. Dah ramai yang mula bersolat duduk. Kebanyakkannya sebab sakit lututlah biasanya. Sebab tu lah kebanyakan masjid2 dan surau2, pasti ada kerusi disediakan untuk jemaah yang tak bersolat secara duduk.

Mak memang dah lama bersolat duduk atas kerusi. Kakinya memang tak tahan nak turun naik2 sujud dan rukuk. Hinggakan jadi tak khusyu' dalam solat sebab asyik menyeringai sakit. Oleh itu, beliau lebih selesa solat duduk atas kerusi. Pergi mana2 pasti ada kerusi lipat spare dalam bonet kereta untuk solat.

Yang penting, kewajipan itu, kan.

Kita pun sama2 mengingatkan diri sendiri juga.

Selamat berhujung minggu semuanya.

Kita tak sabar nak balik untuk berbuka dengan keluarga hujung minggu nie. Rindunya...

.
Read More
Assalamualaikum.....

Semalam, sebaik sahaja habis kerja, kita terus bergegas ke kereta. Memandu dalam keadaan yang sangat penat dan mengantuk sehingga ke Port Dickson. Tiba di PD pada jam 5.50 petang. Alhamdulillah.

Adam sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Dan kami bergerak ke bazar Ramadhan pada jam 6.15 petang.  Dalam perjalanan pulang, 3 minit sebelum masuk waktu berbuka Kuantan, hubby called. Dan kami berbual bersama melalui speaker telefon yang dipasang kuat sehinggalah hubby membaca doa berbuka puasa. 3 minit kemudian, giliran kami pula berbuka di Port Dickson.

Walaupun online, walaupun berjauhan tapi kami sangat gembira kerana kami tahu hati kami sentiasa bersama.

Dan saya bersyukur sangat kerana mengenali ramai rakan2 yang ikhlas mendoakan kami. Doa kalian sememangnya sangat bermakna kepada kami.

Dan Adam sangat gembira semalam. Sepanjang masa terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Kita tak tutup lampu pun tidur malam tadi sebab nak tengok muka dia setiap kali mata kita celik. Dan tangannya tak lepas dari memeluk kita. Tak dapat peluk, dapat genggam sebatang jari pun dia capai juga.


Alhamdulillah.....



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama