Semalam, sebaik sahaja habis kerja, kita terus bergegas ke kereta. Memandu dalam keadaan yang sangat penat dan mengantuk sehingga ke Port Dickson. Tiba di PD pada jam 5.50 petang. Alhamdulillah.
Adam sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Dan kami bergerak ke bazar Ramadhan pada jam 6.15 petang. Dalam perjalanan pulang, 3 minit sebelum masuk waktu berbuka Kuantan, hubby called. Dan kami berbual bersama melalui speaker telefon yang dipasang kuat sehinggalah hubby membaca doa berbuka puasa. 3 minit kemudian, giliran kami pula berbuka di Port Dickson.
Walaupun online, walaupun berjauhan tapi kami sangat gembira kerana kami tahu hati kami sentiasa bersama.
Dan saya bersyukur sangat kerana mengenali ramai rakan2 yang ikhlas mendoakan kami. Doa kalian sememangnya sangat bermakna kepada kami.
Dan Adam sangat gembira semalam. Sepanjang masa terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Kita tak tutup lampu pun tidur malam tadi sebab nak tengok muka dia setiap kali mata kita celik. Dan tangannya tak lepas dari memeluk kita. Tak dapat peluk, dapat genggam sebatang jari pun dia capai juga.
Alhamdulillah.....
28 thoughts..
alhamdulillah ^_^
Alhamdulilah..syukur :)
kak Aziela..tabahnya akak..sy doakan semuanya dipermudahkan
terharunya akak... sampai bergenang air di kelopak mata ni rasanya...
alhamdulillah kak.. syukur... semoga akak sekeluarga terus bahagia selamanya.. amin..
bahagia kan bila orang tersayang selalu di samping?
deqla dpt bygkan betapa bahagianya akak ..alhamdulillah... ;)
Alhamdulillah, semoga berpanjangan hingga ke akhirat... amin
A simple yet touching blog entry....alhamdulillah, akak sekeluarga sangat dekat walaupun jauh syukur!
Sebak membacanya...
Assalam Aziela
Pak Temuk ucapkan selamat berpuasa, dengan cemerlang.
Kalaulah boleh juadah berbuka dan sahur di"on-line"kan... hihi. Tapi, syukurlah, Allah tetap mengizinkan kita berhubung dengan orang tersayang sekalipun dijauhkan oleh tugas dan lokasi.
Syukur...terasa bahagia waktu membaca entri ni. :)
Semoga perasaan ingat mengingati antara suami isteri sntiasa brkekalan
so touching la...I suka.
Alhamdulillah.. gembira tatkala k.yus membaca n3 ni, di mana ada kasih & sayang, di situlah kita bertamu. Semoga kebahagiaan itu melingkari hidup Aziela hingga ke Jannah.
Emma : Thank u Emma.
Mira : Yer, Alhamdulillah
Lynda : Kadang2 tak sangka boleh tempuh. Tapi dah ujian depan mata, redah jer lah dik...
Seri Kandi : Akak...nanti saya pun ikut nangis.
Rozita : Bahagia sangat. Alhamdulillah.
Deqla : Terima kasih dik... Amiin.
Liya Sufiah : Amiin.
Azham : Thank u sudi membaca dan berkongsi.
zouldahan : Kami dah biasa, Doc.
Salam Pak Temuk. Itulah kan. Cuma kalau bersama tu, saling menyuap dan saling menghulur juadah. Feel lain sikitlah kan.
Ujie : Terima kasih, Ujie.
aby : Terima kasih kakang. Amiin.
Inda Marya : Touching yer...x sanka pula..hehehehehe. Thank u yer dear...
Yusnida : Amiiin Kak Yus. Terima kasih mendoakan kami.
Catat Ulasan