Sebelum kita bicara lebih panjang, kita ucapakan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Qur'an kepada semua. Ada beberapa negeri yang bercuti kan..? Ermmm...seharusnya, cuti sebeginilah kita gunakan untuk lebih memeriahkan masjid2 dengan pengisian2 tentang sejarah Al-Qur'an. Merancakkan tadarus lebih2 lagi di bulan Ramadhan. Tak kiralah tadarus di rumah atau di masjid atau di mana juga. Ada juga pejabat2 yang menganjurkan majlis tadarus di pejabat kan?
Oh, bukan tak boleh shopping. Bolehhh. Cuma, janganlah shopping itu lebih utama daripada ingatan dan kerinduan kepada Al-Qur'an.
Ok..ok...
Kembali kepada tajuk entry ini.
Sebenarnya syarikat kita bekerja nie ingin memberi sedikit sumbangan kepada beberapa keluarga susah yang terpilih sempena bulan Ramadhan ni. Kami dah cuba dapatkan senarai daripada Baitulmal dan pusat Islam, tapi banyak sangat ditendang macam bola. Haihh.... So, kena usaha sendirilah jawabnya.
Kami tak approach rumah2 anak yatim, rumah2 orang tua dan sebagainya sebab dah tentu mereka pun terima banyak bantuan.
Pihak syarikat pula tidak berniat untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk barangan makanan. Dan kami yang terlibat harus menyerahkannya secara personal kepada mereka.
Oleh itu, kita mengharapkan bantuan daripada pembaca blog ini untuk memberi cadangan sekiranya ada calon yang bersesuaian yang anda kenal secara personal. Perinciannya adalah seperti berikut :
1. Setiap negeri, kami memerlukan 2 calon keluarga.
2. Calon haruslah betul2 miskin dan daif. Lagi susah, lagi daif, lagi bagus.
3. Sila berikan cadangan anda melalui e-mel kita iaitu : aziela.adam@gmail.com
Nyatakan di dalam e-mail tersebut :
- Nama calon
- Tanggungan calon
- Tahap kemiskinannya (sila gambarkan atau ceritakan)
Keterangan lanjut :
Untuk calon itu, kalau boleh calonnya adalah keluarga yang miskin. Agak2 mereka kais pagi makan pagi begitulah. Kalau ada kereta tu, maknanya taklah susah sangat kot kan? Ini jenis2 yang masuk Bersamamu di TV3 tu. Walaupun ramai yang kata dalam rancangan tu ada yang berlakon sahaja. Anyway, keluarga miskin ni, kami nak bantu mereka untuk berhari raya. Tak banyak sangat peruntukannya, tapi kalau boleh, biarlah ianya sampai kepada yang betul2 memerlukan.
Atas bantuan anda, kami tiada apa2 untuk diberikan. Namun sekiranya calon anda terpilih, kita akan kirimkan sedikit saguhati berupa cenderamata daripada syarikat untuk anda. Selain daripada itu, semoga saham akhirat anda juga berlipat kali ganda bonusnya.
Oh, sekiranya ada sesiapa yang sudi war-warkan perkara ini, kita amat mengalu-alukannya.
Terima kasih kepada semua.
7 thoughts..
in sha Allah....tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima...moga yg memerlukan rase sinar bahagia sempena syawal yg bakal tiba nanti...amin
Salam ziela,
Kebnyak kita berasal dr kmpung. Kt kmpung kite psti ada keluarga yg susah. Klu kita dh lupa mereka yg susah, kita tnya mak atau keluarga kite yg ada d sana, psti depa tu blh bg tau. Bnyak tmpat yg pnduduknya prlu bntuan, K Lipis, ulu tembeling, Pekampungan d Pekan sekadar beberapa contoh. Klu ride melalui jalan2 tu akan nmpak keadaan kehidupan mereka
susah jugak tu nak pilih, Ziela.. kena carik yang betol2..
Eh! Betul ke bersamamu tu ada yg brlakon susah???
Pagi ini ada dengar ceramah Prof Muhaya.
Orang yang murah hati dan suka menderma,
rumahnya takkan dimasuki pencuri.
Sebab pencuri tak nampak rumah.
Allah melindungi.
Subhanallah.
Wah... a really noble effort by your company! bestnya kalau dapat join sekaki ni hehe....bagi bantuan kepada pihak yang memerlukan :)
awak saya ada calon jugak...nak masuk dalam senarai...
Ibu Tunggal dalam 20 orang dan anak-anak miskin dalam 13 orang?
Ok ke?
Ibu tunggal jaga sorang anak OKU kat Felda blh ker ?
Catat Ulasan