Ingat tak kita ada bertanya minggu lepas tentang cadangan dari sesiapa yang boleh beri nama fakir miskin di kawasan anda? Well, seperti yang dijangka, tiada sambutan. Langsung tiada satu nama pun. Sama ada pembaca My Rainbow memang sedikit (tapi everyday, koman2 pun ada ratus2 viewer juga), atau readers semua tinggal di kawasan yang tiada fakir miskin.
Tapi kami tetap nak teruskan usaha kami. Nak decide nak beri pada siapa. Nak target kawasan. Nak bagi apa. Sambil2 tu, dapatlah kita mengenali golongan2 penerima zakat.
Sumber
Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
- Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
- Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
- Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
- Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
- Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
- Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
- Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
- Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Harus di ingat yer, anak2 yatim tiada di dalam golongan ini. Bukan semua anak yatim fakir dan miskin. Sekiranya anak yatim itu tergolong di dalam golongan pertama dan kedua atau ke-7, maka dia layak menerima zakat anda.
Allahu'alam.
Sekiranya ada kesilapan dan pembetulan, harap dapat maklumkan kepada saya.
18 thoughts..
Terima kasih berkongsi tentang ini
Terima kasih berkongsi tentang ini
Memang sukar saya nak kenalpasti golongan fakir miskin di kawasan saya ni...apa apa pun, semoga usaha murni awak di permudahkan NYA...Insya Allah..
terima kasih...
boleh dijadikan panduan..
Perkongsian bagus..
kawasan sayani mungkin ada tapi tuler akibatnyer tak berapa nak beramah mesra ngan jiran tetangga... tapi kalau kat kampungtu mungkin emak ngan bapak boleh carikan..
amil jatuh no 3 ..
tp napa kita carik mereka seolah olah kumpulan ni tempat yg pertama
salam ramadhan akak tu..uHuuu
saya pun sama macam dr faizie.. semoga dipermudahkan kak..
Qashmere : Sama2. Semoga mendapat manfaat.
Daddy Ziyyad : Terima kasih Doc.
ainnoraini : Terima kasih
Mrs Eady : Semoga bermanfaat
Cho Zila : Iyer kan...
aby : Sebab kita bayar percaya mereka jujur untuk mengagihkannya...
Wak Gelas : Salam Wak tu...
Rai : Amin.
Maaf yea akak sebab saya tak membantu... rasa bersalah sangat :(
Catat Ulasan