Assalamualaikum.....
Kita di perkenalkan Tegar ini oleh Adam beberapa hari yang lalu. Tegar ialah seorang kanak2 lelaki yang berumur 12 tahun, di Indonesia. Oh, dia seorang Muslim.
Dia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Pada umurnya 7 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah kerana kesempitan hidup. Dan dia meneruskan hidup dengan menjadi seorang pengemis jalanan, sama sperti ibunya. Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh kasar.
Namun, bakat seni yang diwarisi daripada ibunya mengalir dalam darahnya. Dia mencipta lagu sebagai pesembahan sewaktu mengemis dan akhirnya menarik minta salah seorang aktivitis seni di Indonesia.
Ini Tegar, semasa masih menjadi pengemis. Umur 10 tahun masa nie.
Tegar mula bertapak dalam dunia seni.
Tegar kemudiannya di lorongkan oleh lelaki seni itu untuk menyertai pertandingan nyanyian di Indonesia. Beliau akhirnya menerima tawaran untuk menjadi artis rakaman. In fact, lagunya yang meletup2 dan digilai oleh ramai rakyat Indonesia, tak kira apa lapisan sekali pun ialah lagu yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang berkembang daripada seorang pengemis sehinggalah menjadi artis rakaman.
Tegar sekarang sangat bersyukur kerana kehidupannya dan keluarganya telah menjadi jauh lebih baik daripada dulu. Dia juga telah mampu menyambung pelajarannya.
Memang hati rasa tertarik menonton persembahan Tegar di laman You Tube. Tapi, dalam masa yang sama, terdetik rasa kasihan, kagum dan bersyukur apabila mengenangkan perjalanan hidup yang dilaluinya.
Dulu, dia kurus jer, sekarang dah senang, dah chubby sikit mukanya. Itu saja dah cukup menjadi bukti perubahan hidupnya.
Dan kita sering mengingatkan Adam, jangan pernah lupa bersyukur dengan apa yang dia ada, dengan apa yang kami ada. Bayangkanlah pada usia Adam, begitu ramai lagi kanak2 dalam dunia yang kekurangan dari segala segi.
Tegar,
Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat, ya.
Amiin, Ya Allah.