Assalamualaikum.....


Thank you blog....thank you blog....

Hubby reads my entries and he finally understand that I need a new pair of shoe.

So, he asked me to chose, but being grateful, I decided to find the cheapest shoe in store so that I can frequently change the shoe and get to buy new design each time. Hahahahha. I like the color, though. Feel comfortable in it. Very light and kind of motivates me to go to gym.

My gym time is actually only once a week. Hahahaha...nothing to shout about. But at least, beside the house chores and daily walking of 20 minutes, this gym activities could slowly add up the amount of calories burnt.

Oh, thank you husband. I love you....... cat.


.
Read More
Assalamualaikum.....


Semalam punya semalam, dekat kafe opis ni, ada berbagai booths yang jual macam2. Salah satunya jual benda ni. Ini adalah lasagne. Memang dia tapaukan dalam polisterine tu. So, anda semua dah boleh agak saiznya besar macam mana kan.

Harganya RM8.00

Kita agak terkejut... tapi beli jugaklah sebab nak tahu apa yang special. Beef intinya. Rasa, so and so...tak berapa mewah dengan cheese and kualiti daging pun, yang biasa2 tu. So, apa pendapat anda?

Oh, sewa booth tak mahal pun. Sehari baru puluh2 ringgit jer kat sini...bawah RM50 rasanya.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Semalam balik dari kerja dalam keadaan penat dan mengantuk dan oerlukan rehat dalam kedamaian, tapi diganggu pula oleh suara2 yang nyaring di tepi rumah. Oh, di KL ni kita duduk di rumah pangsa jer... Janji dekat nak pergi kerja, dapat tidur, mandi dan masak dengan selesa...cukup lah..

So, bila duduk di rumah pangsa nie, sedia maklumlah dengan community nya. Ada yang ok..berhemah sangat...ada yang "Apa aku kisah...?"

Petang semalam pula, budak2 kecik yang sekolah rendah nie, boleh pulak main bola kat koridor rumah. Adoiii...punyalaaahhh bingitnya.

Mula2 kita cuba nak sabar..tapi bila diorang terpekik2 tu sampai kita pun nak pengsan dengar, mula lah otak cari jalan nak buat macam mana.

Berlegar2 kita dalam rumah sambil mata dan otak sama kerja keras. Nak buat apa nie yer...

Selongkar dapur...yess! Dapat idea.

Buka peti ais..kelaurkan sebungkus besar kerepek...beberapa peket biskut coklat dan beberapa peket coklat yang dapat kat rumah orang kawen.

Buka pintu...tunggu jap...nampak jer sorang budak yang tengah menjerit, terus panggil dia.

Dia datang dengan muka gengster. Umur dalam lingkungan 8-11 tahun.

Dia sampai jer, dia tanya "Nak apa?!"

Wah..ganas....

Kita buat muka tegas....

"Ni, nak keropok tak? Makan dengan kawan2, nak?"

Mata dia terus fokus pada bungkusan2 di tangan kita. Terus dia angguk2.

Kita kata dengan dia : "Makan dengan kawan2, main kat padang mainan kat bawah, ok? Tak boleh bising2 kat sini yer... Ramai orang nak rehat, ada baby yang tengah tidur, ada yang tengah belajar.... Tak baik ganggu orang kan..?"

Dia pandang muka kita sambil angguk2 lagi.

Kita hulur semua makanan tu pada dia... dan pesan lagi.. "Jangan main jerit2, ok?"

"Ok". Ringkas jawabnya.

Dan lepas tu, semuaaaa aman damai.

Alhamdulillah. Walaupun kena umpan sikit, tapi sekurang2nya mereka patuh.

Maknanya, mereka tu kanak2 yang baik...cuma nak kena pantau dan guide sikit,

Tapi, rasanya taktik ni tak berjaya kalau kanak2 tu super nakal...

Ada cara lain...?

Read More
Assalamualaikum.....

Jarang2 kita bercerita tentang tempat2 makan di Port Dickson kan. Pertamanya, sebab kita jarang nak berlama-lamaan di PD. Keduanya, kalau kat PD, dah tentu lah makan kat rumah, atau sekadar beli lauk sikit2 atau lepak2 kedai tomyam malam2. Kalau ada pun kedai, semuanya biasa2 jer. Nothing to share. Tak ada yang beyond expectation.

Tetapi.....

Baru2 ni, ada satu kedai mamak baru di PD yang dah mula mendapat perhatian kami. Baru jer mula beroperasi beberapa bulan yang lepas.

Restoran Mannusalwa
Sebelah kanan yang signage hijau tu ialah pusat tuisyen Adam.

 Lokasi restoran ni, berhadapan dengan stesyen minyak Shell di Batu 5, Port Dickson. Dekat2 dengan hospital daerah. Senang cerita, kalau nak pergi Telok Kemang, kena lalu roundabout kan? Sekitar2 roundabout tu jer lah....

Restoran ni adalah anak syarikat Restoran Haji Tapah. Siapa pernah dengar? Dulu, masa kita study, kita dengan kawan2...dan kemudian dengan tunang (hubby ler..) selalu lepak di Haji Tapah dekat Ong Tai Kim Gombak tu. Rupa2nya, Mannusalwa ni adalah cawangannya, anak syarikatnya. Yang bestnya, owner Mannusalwa ni rupa2nya pernah serve kitorang masa kitorang bercintan cintun dulu..... Dia lepak borak2 dengan kami, kata macam pernah nampak...story punya story...maka sampailah ke zaman 14-15 tahun lepas. Dan dia pula masa tu masih belasan tahun dan masih belajar menguruskan perniagaan dengan bapa dia...sehinggalah sekarang, dia dah berjaya ada restorannya sendiri. Hahahahha...

Oh, ownernya ni, permastautin tetap Malaysia. India mari...jenis yang macam hindustan tu. Yang tu selatan ke utara ekk? Lepas tu, kahwin dengan perempuan Melayu...beranak pinak semua kat sini lah.... Siaplah adik beradik dia pun ada yang kahwin India Muslim Malaysia, ada yang kahwin Melayu juga.... dan semua pun ada restoran sendiri juga. Kaya betul lahhhh....

Apa yang istimewanya kedai nie...?

Masa minggu ke-2 dia baru di buka, kita dengan hubby cuba lunch di sini. Nasi beriyani dan lauk pauknya. Something different. Karinya tak pekat melekat macam kebanyakan mamak, tapi lebih ringan sedikit rempah2nya. Nasi beriyani pun tak kuning atau cekelat macam biasa. Tapi colourful..macam nasi hujan panas pula. Tapi bila makan, memang terasa beriyaninya... Tapi, nope, nasi beriyaninya tak outstanding sangat. Sedap2 biasa jer... Mommy punya nasi beriyani lagiii sedap... heheehehhe.

Then, kami datang malam pula... First time datang, kami suka. Suasana mesra...lapang, dan paling penting, bersih. Kerusi, meja lantai semua berkilat. Ke, sebab baru ke..tak tau lah kan....

Bila datang malam, kami order roti naan. Adam sangat suka dengan naan. Paling feveret ialah naan cheese. So, kami order sorang sekeping. Lepas dari malam tu, boleh kata selalu sangat lah kami repeat kat situ semata2 sebab nak makan naan cheese nya... Berhantu okehh...



Naan Cheese

Kat atas ni, contoh naan cheese. Cheesenya kat dalam ler...mana nampak. Cheese kat naan restoran ni, tak ada leleh punya. Cheesenya sedang2 elok ada rasa cheese. Tapi entah kenapa, cheese dalam naan ni macam menambahkan perisa pada naan dan juga melembutkan naan ni. Perisanya tak strong....tapi kita akan rasa nak makan lagi dan lagi sebab nak determine rasa yang ada. Sort of food trap. Trap kita untuk makan lebih..hahahahaha.

Bila borak2 dengan ownernya, cerita pasal kesedapan naan dia...owner dia mengaku naan dia memang sedap. Dia memang cari tukang masak naan nie. Tukang masak naan ni ialah orang Pakistan. Pernah kerja dengan bapak dia dulu...lepas tu balik negeri. Datang semula, kerja kat kedai lain di Jalan TAR, tapi owner Mannusalwa berjaya jejak dia dan offer baeeeekkkk punya, bawak datang PD.


Set Roti Naan Cheese

Kadang2, kami tak dinner kat rumah dan makan nasi. Kami purposely datang sini untuk dinner roti naan cheese ni. Bila dinner, kenalah ada tandoorinya sekali.

Nampak tak kuah kari tu? Kuah tu adalah kari dhal campur kacang kuda. Aduhai, the right amount of spices, the softly cooked of chick peas in lentil curry..wallah! Oh, bear in mind. This curry is a little bit spicy and fiery. Which is sangat disukai ramai di PD tu. Maklumlah, orang nogori semuo eh nak podeh. Tapi, no worries, kalau tak nak pedas, minta jer lah kuah dhal yang biasa. 

Chicken Tandoori

Chicken tandoori...kalau kami makan 3 beranak, selalunya ambil dua jer ayam tandoori. Oh, Adam kan ke makan portion orang dewasa kan... Anyway, 2 tandoori pun selalu bertolak2 untuk nak dihabiskan. Ayamnya memang garing..crunchy tapi isinya lembut dan moist. Boleh terasa rempah perapnya sampai ke isi ayam. Tak lah sampai overspiced, tapi just nice. And paling best, boleh rasa kemanisan daging ayam tu menandakan mereka menggunakan ayam segar. Kuah tu adalah special mixture antara mint (pudina) dan rempah2 lain. Kita belum dapat detect lagi apa bendanya, tapi tak lah menyengat dan masam macam pure mint sauce tu kan.

Adam pula, dia sangat suka dengan kuah tosei yang sambal tu. Kuah cicah tosei kan ada 2 jenis sambal selain dhal kan? Ada yang putih (kelapa) dan satu lagi yang merah. Adam suka yang merah tu. So, makan naan ni, dia memang minta sambal merah tu....




Ha, macam dalam gambar tosei yang kat atas ni, ini tosei Restoran Aliff di Kuantan. Adam suka yang tengah2 tu. Kadang2 merah pekat, kadang2 dia macam oren2 sikit...

Bila makan sorang sekeping naan ni, dengan tandoori yang di kongsi, dah cukup mengenyangkan untuk dinner kami.

Mula2 ayah yang inform pasal kedai nie masa dia baru2 dibuka. Tapi ayah tak pernah try naan dia lagi. Sekali, bila kami bawa balik naan ni....ayah rasa sedap. Dah, dia pun suka. Everytime ambik Adam balik dari tuition, atau hantar Adam tuition, kadang2 ayah lepak sini dulu...hehehehehe

Tapi, harus di ingat. Naan nie, pukul 5.00 petang ke atas jer tau.

Kalau agak2 nak lepak2....pekena naan cheese kat PD...bolehlah singgah kedai nie yer...


Kalau ada lagi tempat2 best di PD untuk makan, kita akan kongsikan yer.. Insya Allah.


.
Read More
Assalamualaikum.....

No pictures this entry. No pictures for CNY entry this year as well....

I don't have a good feeling to celebrate CNY this year. Ba is not even 100 days yet leaving us. The memory of Ba is still here. Everytime CNY, Ba will be the liveliest person in the family. Though Mommy is the Chinese one, but Ba loves Mommy's family as much as he loves all of us.

So, we started quite late this year. Usually as early as 10.00 am we will surely be at Uncle Ah Huat's house, but this year, it's late afternoon. Besides, it's Friday..so after Friday prayer we went to Auntie Nyaros' house. Stay there for a while and chat with Danny's new bride. Then, meet Ah Teng after several years didn't meet her. Her daughter is 3 years old already with a beautiful face just like the mother.

After that, we went to Kuala Sungai Baru and visited Grandpa Ah Heng with Grandma Em Chi. Grandpa was so sad. Both of them keep on talking about Ba. Mommy's siblings also keep on talking about Ba. Reminiscing the moments when Ba was still around.

Usually Ba will always be the 'keypochi' one. 1 miles before entering any house, he will shout , "Auntie, Uncle...Happy New Year..!!!" And everybody will smile broadly and start talking just like in a pasar.

But this year, it's all very quiet. The other grandma with a gold teeth in which we discreetly call her "Nenek Sumbi' was the saddest ever. She loves Ba dearie. She is old and not able to walk properly anymore, thus she didn't attend Ba's last day at home. We came, and she started asking questions. Her children and grandchildren all sat quietly listening to our narrative story about Ba's condition.

And she keeps on saying "Siannn dia. Baiikkk orangnya. Siannnn dia..."

And I cried silently. Tears started to flow down my cheeks and I can feel a big lump choking my throat.

Well.... that was it. Things are not the same without him anymore....


.

Read More
Assalamualaikum.....




Pssstttt....... Betul ke?


Read More
Assalamualaikum.....


Anak buah yang baru. Danish dah mula meniarap sejak umur 2 bulan. Ish..ish..ish...cepat betul. Badan dia besar, although tak ler chubby sangat. Tapi ringan, orang tua2 kata. Baju untuk bayi umur 18 bulan, dia dah selesa pakai walaupun umur dia baru 3 bulan lebih.

Rangka dia besar. Parents nyer pun besar2 dan tinggi2. Bukan main manja lagi... Now, tinggal dengan atuk dan nenek. Penyambung legasi Adam. Weekends, baru parentsnya datang ambil. Arahan tegas dari atuk dan neneknya juga. Maka parentsnya pun terpaksa pasrah. Hahahahah..Dik, welcome to the club!

Dulu2 masa Adam kecik, adik kita yang nie selalu 'sound' kita, apasal tinggalkan Adam dengan mak ayah. Walhal mak ayah yang berkeras suruh tinggalkan. Now, dia pun rasa juga...hehehehehhee. Adam, Insya Allah tahun depan akan mula bersekolah di KL dengan kita. Akhirnya, dapat juga kami tinggal sebumbung...

Oh, apa2 pun, kita semua ada pilihan. Pilihlah yang terbaik. Bukan pilih mengikut pendapat orang lain...


.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni, kita masih bercuti lagi. Replacement untuk Hari Wilayah yang bertindih dengan Tahun Baru Cina hari Sabtu tu. Tapi, public holiday hari Sabtu memang tak akan diganti lah.

Anyway, kadang2, tak selera nak makan nasi. Kadang2 dah boring dengan street food..

So, satu malam tu, hubby ajak lepak di restoran Arab El-Idrus di Kuantan....

Tak minta set nasi pun.... Kami nak cuba yang lain.


Hubby order kebab. Dan juga order roti Mulauwah ni. Kami kongsi. Sekali bila sampai..mak oiii...sebesar dulang ok roti ni...

Roti nie ala2 roti canai, tapi tepungnya tidak berminyak macam roti canai. Isi nya juga macam berlapis tetapi lebih kenyal dan padat. Tak ada rasa masin atau manis. So, kena cicah dengan kuah yang disediakan.



Dibakar garing dan lembut. Baunya juga harum. Di atasnya ada ditabur dengan black seeds iaitu habbatus sauda. Memang berkhasiat.

Mula2, hubby dok beriya-iya tegas mengatakan bijian tu ialah black sesame ataupun bijan panggang. Tapi kita makan seulas, rasanya seperti ada minyak habbatus sauda. Dah sorang bijan, sorang habbatus sauda, penyelesaiannya, tanya jer lah dengan waiter. Sah, habbatus sauda...heheheheheh.

Oh, malam tu, kami tak habis makan pun. Balance roti tu, bawa balik. Panaskan sekejap dalam microwave, atau boleh kukus untuk lembutkan...dan bolehlah cicah dengan kuah kesukaan kita sendiri. Kita pula, cicah dengan sambal tumis...hehehehehehe.


Mesti ramai yang pernah makan kan?

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama